Polis Daerah Hilir Perak

Polis Daerah Hilir Perak IPD Hilir Perak IPD Hilir Perak merangkumi lapan (8) buah balai polis :

1. Balai Polis Teluk Intan : 05-6299192
2. Balai Polis Hutan Melintang : 05-6411222
3.

Balai Polis Rungkup : 05-6489222
4. Balai Polis Bagan Datuk : 05-6466222
5. Balai Polis Langkap : 05-6591222
6. Balai Polis Chui Chak : 05-6592222
7. Balai Polis Labu Kubong : 05-6512222
8. Balai Polis Ulu Bernam : 05-6366222

🚨 AWAS PENIPUAN PINJAMAN PTPTN!Pelajar dinasihatkan agar berwaspada dengan pihak yang menawarkan pinjaman PTPTN melalui ...
02/09/2026

🚨 AWAS PENIPUAN PINJAMAN PTPTN!

Pelajar dinasihatkan agar berwaspada dengan pihak yang menawarkan pinjaman PTPTN melalui WhatsApp, Telegram atau media sosial.

PTPTN tidak pernah menawarkan pinjaman melalui pihak ketiga atau individu. Jangan sesekali berkongsi maklumat peribadi, kata laluan atau OTP serta membuat sebarang bayaran pendahuluan.

✅ Mohon pinjaman hanya melalui saluran rasmi PTPTN.
⚠️ Jika menerima tawaran mencurigakan, lakukan semakan dan laporkan segera.

Jangan mudah percaya. Lindungi diri dan masa depan anda daripada menjadi mangsa penipuan.

SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH HILIR PERAK: TANGKAPAN SUSPEK KES SAMUN MENYEBABKAN KEMATIAN DI TELUK INTANPolis berjaya...
01/09/2026

SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH HILIR PERAK: TANGKAPAN SUSPEK KES SAMUN MENYEBABKAN KEMATIAN DI TELUK INTAN

Polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun yang disyaki terlibat dalam kes samun menyebabkan kematian seorang lelaki berusia 69 tahun di Teluk Intan pada April lalu.

Suspek ditahan di Klang, Selangor melalui Op Kesan/Wanted dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan untuk tindakan lanjut.

PDRM akan terus mempergiat usaha mengesan serta mengambil tindakan tegas terhadap individu yang terlibat dalam kegiatan jenayah.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Chua Kok Lian, Pengerusi Perkep Hilir Perak P...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Chua Kok Lian, Pengerusi Perkep Hilir Perak Puan Chen Zhong Zhong serta seluruh warga Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, menghargai jasa para pejuang terdahulu serta memperkukuh perpaduan demi keamanan dan kesejahteraan negara tercinta.

Ayuh kibarkan Jalur Gemilang, semarakkan rasa cinta kepada Malaysia!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!







KUNJUNGAN HORMAT PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN PERAK KE IPD HILIR PERAK28 Ogos 2026 – Timbalan Ketua ...
28/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN PERAK KE IPD HILIR PERAK

28 Ogos 2026 – Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Supt. Asbudi bin Tarawe, telah menerima kunjungan hormat daripada En. Mohamad Rizan bin Mohamad Nordin, Pengarah Perbadanan Pelancongan Perak, di Pejabat Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak.

Kunjungan ini membincangkan aspek keselamatan dan kawalan lalu lintas sempena Festival Kraf Perak 2026 yang akan berlangsung pada 29 Ogos hingga 6 September 2026 di Dataran Menara Condong, Teluk Intan.

Kunjungan berjalan dengan lancar dan baik.

28/08/2026

SAMBUTAN MAULIDURRASUL S.A.W PERINGKAT IPD HILIR PERAK 1448H / 2026MTELUK INTAN, 26 OSGOS 2026 – Bahagian Integriti & Pe...
26/08/2026

SAMBUTAN MAULIDURRASUL S.A.W PERINGKAT IPD HILIR PERAK 1448H / 2026M

TELUK INTAN, 26 OSGOS 2026 – Bahagian Integriti & Pematuhan Standard (BIPS) dengan kerjasama Surau Ar Rahman, IPD Hilir Perak telah berjaya menganjurkan Program Sambutan Maulidurrasul S.A.W Peringkat IPD Hilir Perak bagi tahun 1448H/2026M.Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi ini telah dihadiri oleh seramai 150 orang warga IPD Hilir Perak, ahli PERKEP, serta anak-anak Tabika KEMAS.

Program dimulakan dengan perarakan aman dan alunan selawat beramai-ramai oleh seluruh warga IPD yang bermula dari Dataran Parkir IPD Hilir Perak menuju ke Surau Ar Rahman.

Majlis diserikan dengan Ceramah Maulidurrasul yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Hanis Zakwan bin Zainal Abidin tajuk "Muhammad S.A.W : Dari Sirah, Berputiknya Cinta".

Acara diteruskan dengan alunan selawat bersama, penyampaian cenderamata kepada penceramah, sesi fotografi, dan diakhiri dengan jamuan ringan.

Turut hadir, YDH ACP Chua Kok Lian (Ketua Polis Daerah Hilir Perak), YDH Supt Asbudi bin Tarawe (Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak), ASP Materang bin Bujang (Ketua Bahagian Integriti & Pematuhan Standard Hilir Perak), YBhg. Puan Mazzeani binti Basir (Naib Pengerusi PERKEP IPD Hilir Perak), Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam dan Anak-Anak Tabika KEMAS IPD Hilir Perak.
Selain menyemarakkan sambutan hari kebesaran Islam, program ini berjaya mengimbau sirah perjuangan Rasulullah S.A.W serta memupuk sifat mahmudah dalam tugasan seharian. Ia juga menjadi platform terbaik dalam memperkukuh ikatan silaturahim dan ukhuwah dalam kalangan seluruh warga IPD Hilir Perak.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada urus setia serta semua pihak yang terlibat dalam memastikan program berjalan dengan lancar dan jayanya!

25/08/2026

Address

Teluk Anson

Telephone

+6056233969

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Hilir Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share