Polis Teluk Intan

Polis Teluk Intan Balai Polis Teluk Intan 36000 Teluk Intan Perak

Op Curi SawitTeluk Intan - Petugas Balai Polis Teluk Intan bersedia menjalankan Op Curi Sawit 2021 untuk mencegah dan me...
12/10/2021

Op Curi Sawit
Teluk Intan - Petugas Balai Polis Teluk Intan bersedia menjalankan Op Curi Sawit 2021 untuk mencegah dan mengekang kecurian sawit milik masyarakat setempat. Ketua Polis Balai Teluk Intan, Insp Al-Ikhsan b. Borhan berkata, operasi ini dijalankan bagi mengesan dan menangkap suspek curi sawit bagi mengekang kecurian buah sawit di kebun milik penduduk kampung. Beliau juga menyeru supaya masyarakat dapat menyalurkan maklumat berkaitan suspek, rem sawit yang membeli buah sawit curi serta bekerjasama dalam membantu pihak polis menumpaskan suspek-suspek ini. Beliau juga berkata rem sawit yang membeli/menjual atau bersekongkol dalam jenayah curi sawit juga boleh dibatalkan lesen perniagaan rem sawit dengan kerjasama MPOB.Segala maklumat boleh disalurkan melalui whatsapp 018-9557603 untuk tindakan lanjut.

Sentiasa berhati-hati dengan penggunaan serta keselamatan akaun bank peribadi anda.  hanya mampu nasihat.  sudah terhant...
30/09/2021

Sentiasa berhati-hati dengan penggunaan serta keselamatan akaun bank peribadi anda.
hanya mampu nasihat.
sudah terhantuk baru tergadah.
beringat.

Satu tinjauan mengenai keselamatan wanita mendapati kebanyakan yang berusia 18 hingga 30 tahun pernah mengalami satu ben...
29/09/2021

Satu tinjauan mengenai keselamatan wanita mendapati kebanyakan yang berusia 18 hingga 30 tahun pernah mengalami satu bentuk gangguan seksual atau lain.

seksual
di luar sana perlu sentiasa berhati-hati.

Kami warga kerja Balai Polis Teluk Intan mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia. Semoga kita ber...
15/09/2021

Kami warga kerja Balai Polis Teluk Intan mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia. Semoga kita bersama-sama tanpa mengira lapisan masyarakat, agama serta bangsa dapat mengukuhkan perpaduan kaum dan berdiri dengan satu bendera iaitu "MALAYSIA"

dengan Malaysia.
Malaysia

TELUK INTAN - Operasi Pematuhan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 Covid-19 telah dilaksanakan oleh Insp Al-Ikhsan ...
14/09/2021

TELUK INTAN - Operasi Pematuhan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 Covid-19 telah dilaksanakan oleh Insp Al-Ikhsan b. Borhan (Ketua Polis Balai Teluk Intan) bersama anggota polis di sekitar kawasan perniagaan/tempat di Teluk Intan antaranya di Restoran McDonald' s, Restoran Nikmat, Pitstop 58 Dam Aji serta beberapa kawasan perniagaan lain di sekitar kawasan ini. Tujuan operasi ini dijalankan adalah untuk memeriksa pelanggan yang hadir mempunyai 2 dos vaksin lengkap semasa makan di restoran serta mengikut SOP PPN (Fasa 2) ditetapkan oleh Majlis Keselaman Negara (MKN). Semasa operasi ini dijalankan, seramai 4 orang pelanggan telah dikompaun kerana makan di restoran tanpa cukup vaksin yang lengkap. Masyarakat setempat juga diingatkan supaya mengikuti SOP PPN ditetapkan oleh MKN. Operasi ini dijalankan dari semasa ke semasa sepanjang SOP PPN ini dikuatkuasakan.

Pemberian Sumbangan Bakul Makanan 1.0 daripada Balai Polis Teluk Intan telah diserahkan kepada (146 buah) keluarga melip...
23/07/2021

Pemberian Sumbangan Bakul Makanan 1.0 daripada Balai Polis Teluk Intan telah diserahkan kepada (146 buah) keluarga meliputi beberapa kawasan kampung di kawasan Teluk Intan. Antara kampung terlibat iaitu Kg Glouster (16 keluarga), Kg Lrg Mesra, dan sekitar Bt 7 Changkat Jong (70 keluarga), Kg Bahagia (24 keluarga), Pemandu Teksi Bandar Baru (20 keluarga), Kg Batak Rabit (3 keluarga), dan Kg Sg Cawang Ganda (13 keluarga). Semoga dengan sedikit rezeki yg kami kongsikan dapat membantu saudara terlibat dalam keadaan menghadapi pademik Covid 19. Kami warga Polis Balai Polis Teluk Intan khasnya dan semua warga polis hanya meminta doa-doa kalian utk memberikan kesihatan yg baik dan semangat dalam kami menjalankan tugas kepolisian kepada masyarakat. Terima kasih juga tidak terhingga kepada penyumbang-penyumbang bakul makanan. Semoga anda diberikan kesihatan yang baik dan diberkati Allah SWT.

21/07/2021

TELUK INTAN, 21 Julai - Sekitar pemandangan Pkpd dikawasan Taman Melor Fasa 1, Teluk Intan

Assalamualaikum dan Salam SejahteraIni adalah halaman rasmi BALAI POLIS TELUK INTAN yang bernaung dibawah pentadbiran IP...
10/07/2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ini adalah halaman rasmi BALAI POLIS TELUK INTAN yang bernaung dibawah pentadbiran IPD HILIR PERAK. Tujuan halaman ini diwujudkan adalah sebagai pendekatan terbaru BALAI POLIS TELUK INTAN untuk berinteraksi secara alam maya dengan masyarakat khususnya penduduk disekitar kawasan TELUK INTAN PERAK. Jadi jika saudara/saudari mempunyai sebarang aduan atau maklumat yang ingin disalurkan. Boleh terus menghubungi kami melalui talian yang telah kami sediakan. Terima Kasih.



10/07/2021

TALIAN WHATSAPP NEGERI PERAK


Address

Teluk Intan
36000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Teluk Intan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share