MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN

MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN Pihak Berkuasa Tempatan Paparan di Facebook MPTI ini adalah sumber informasi dan makluman umum sahaja, Tiada maklumbalas disediakan oleh pihak MPTI.

Sebarang isu/aduan perlu dikemukakan melalui laman web SISPAA http://mpti.spab.gov.my atau di talian aduan MPTI 056215504

14/08/2026
MPTI TINJAU PENGURUSAN TAPAK PELUPUSAN SAMPAH PULAU BURUNG MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI 13 OGOS 2026 | NIBONG TEBAL| ...
14/08/2026

MPTI TINJAU PENGURUSAN TAPAK PELUPUSAN SAMPAH PULAU BURUNG MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI

13 OGOS 2026 | NIBONG TEBAL| Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) bersama deligasi yang diketuai oleh Yang Berusaha Tuan Mohd Faizal bin Md Kasim, Yang Dipertua MPTI, bersama Dr Nor Akmar binti Ibrahim, Setiausaha MPTI, serta pegawai-pegawai kanan MPTI meninjau kaedah pengurusan dan pengoperasian tapak pelupusan sisa pepejal yang dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Kunjungan ini turut disertai oleh Encik Ahmad Zabri bin Mohamed Sarajudin, Pengarah Perkhidmatan Perbandaran MBSP, Encik Mohd Naim bin Mohd Ali dan Encik Alif Adham bin Zahari, Penolong Pengarah Kanan Perkhidmatan Perbandaran serta pegawai dan kakitangan MBSP.

Sesi perkongsian memberi tumpuan kepada pengoperasian tapak pelupusan, penggunaan teknologi dan peralatan pengurusan sisa pepejal, pengurusan impak alam sekitar termasuk air larut resap, bau dan gas tapak pelupusan, aspek keselamatan serta pemantauan dan pematuhan peraturan.

Turut dikongsikan ialah pendekatan MBSP dalam pengurangan, pengasingan, pemulihan dan kitar semula sisa pepejal sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pengurusan sisa yang lebih mampan dan berkesan.

Lawatan sebegini bukan sekadar perkongsian teknikal, malah membuka ruang kepada pertukaran pengalaman dan amalan terbaik antara pihak berkuasa tempatan dalam memperkasakan sistem pengurusan sisa pepejal yang lebih cekap, selamat dan mesra alam.

Bahagian Komuniti dan Perhubungan Awam
Majlis Perbandaran Teluk Intan



Majlis Perbandaran Teluk Intan menyokong Kempen Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2026 (MKPO) denga...
13/08/2026

Majlis Perbandaran Teluk Intan menyokong Kempen Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2026 (MKPO) dengan menyalakan cahaya hijau di Menara Condong Teluk Intan

Bahagian Komuniti dan Perhubungan Awam
Majlis Perbandaran Teluk Intan




๐๐€๐“๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹ ๐Œ๐Ž๐’๐๐”๐„ ๐Ž๐๐„๐ ๐ƒ๐€๐˜ 2026 ๐Ÿ•ŒAyuh sertai National Mosque Open Day 2026, sebuah program yang mengetengahkan masjid seba...
11/08/2026

๐๐€๐“๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹ ๐Œ๐Ž๐’๐๐”๐„ ๐Ž๐๐„๐ ๐ƒ๐€๐˜ 2026 ๐Ÿ•Œ

Ayuh sertai National Mosque Open Day 2026, sebuah program yang mengetengahkan masjid sebagai pusat ibadah, ilmu, komuniti dan pelancongan Islam.

๐Ÿ“ 13 ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ 2026 (๐Š๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฌ) - 15 ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ 2026 (๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜๐˜‚) Masjid Tuminah Hamidi dan Dataran Bagan Datuk

Antara pengisian menarik:

- ๐‚๐ž๐ซ๐š๐ฆ๐š๐ก ๐Š๐ก๐š๐ฌ (13 Ogos) bersama ๐€๐ฅ ๐…๐š๐๐ก๐ข๐ฅ ๐”๐ฌ๐ญ๐š๐ณ ๐‡๐š๐›๐ข๐› ๐€๐ฅ๐ข ๐™๐š๐ž๐ง๐š๐ฅ ๐€๐›๐ข๐๐ข๐ง ๐€๐ฅ๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ dan ๐€๐ฅ ๐…๐š๐๐ก๐ข๐ฅ ๐”๐ฌ๐ญ๐š๐ณ ๐‡๐š๐›๐ข๐› ๐๐š๐ฃ๐ฆ๐ฎ๐๐๐ข๐ง ๐Ž๐ญ๐ก๐ฆ๐š๐ง ๐€๐ฅ๐ค๐ก๐ž๐ซ๐ž๐

โ€ข Penampilan istimewa artis jemputan ๐๐ž๐ฅ๐ฅ ๐๐ ๐š๐ฌ๐ซ๐ข, ๐€๐ซ๐ข๐ฅ ๐๐ข๐ฅ๐ฎ๐ฌ dan ๐„๐ฅ๐ฅ๐ฒ ๐Œ๐š๐ณ๐ฅ๐ž๐ข๐ง

โœจ Penyertaan adalah ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—–๐—จ๐— ๐—”.

Ayuh bersama-sama memeriahkan program ini dan menghayati peranan masjid sebagai pusat penyatuan ummah, perkongsian ilmu serta destinasi pelancongan Islam.

Jumpa anda di sana!

๐Ÿ“ข ๐’๐”๐ƒ๐€๐‡๐Š๐€๐‡ ๐€๐๐ƒ๐€ ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐๐€๐‡๐€๐‘๐”๐ˆ ๐‹๐„๐’๐„๐ ๐๐„๐‘๐๐ˆ๐€๐†๐€๐€๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ•?Para peniaga di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Teluk I...
11/08/2026

๐Ÿ“ข ๐’๐”๐ƒ๐€๐‡๐Š๐€๐‡ ๐€๐๐ƒ๐€ ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐๐€๐‡๐€๐‘๐”๐ˆ ๐‹๐„๐’๐„๐ ๐๐„๐‘๐๐ˆ๐€๐†๐€๐€๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ•?

Para peniaga di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), jangan lupa untuk memperbaharui Lesen Premis Perniagaan bagi Tahun 2027.

โฐ Jangan tunggu sehingga tarikh luput!
Buat bayaran lebih awal dan elakkan sebarang masalah di kemudian hari.

โŒ Kelewatan boleh menyebabkan:
๐Ÿ”ธ Dikenakan denda
๐Ÿ”ธ Lesen dibatalkan
๐Ÿ”ธ Tindakan undang-undang

๐Ÿ’ณ Pembayaran lesen perniagaan boleh dibuat dengan mudah secara dalam talian melalui:

๐Ÿ“ฑ JomPAY (Biller Code JomPAY: 52191)

๐Ÿ“ฑ myPATILBiz

โœจ Mudahkan urusan anda โ€“ perbaharui lesen lebih awal, berniaga dengan tenang!

Sebagai peniaga yang bertanggungjawab, pastikan lesen perniagaan sentiasa sah dan diperbaharui pada masanya.

๐Ÿ“ฒ Jangan lupa! Semak status lesen anda hari ini.

Bahagian Komuniti dan Perhubungan Awam
Majlis Perbandaran Teluk Intan








๐Š๐„๐Œ๐€๐’๐Š๐ˆ๐๐ˆโ—๏ธโ—๏ธ๐™๐Ž๐ ๐€๐‘๐„๐€ ๐Ž๐…๐…๐ˆ๐‚๐„๐‘ ๐๐€๐†๐ˆ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ– ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐๐€๐๐ƒ๐€๐‘๐€๐ ๐“๐„๐‹๐”๐Š ๐ˆ๐๐“๐€๐Bahagian Komuniti dan Perhubungan Awam...
11/08/2026

๐Š๐„๐Œ๐€๐’๐Š๐ˆ๐๐ˆโ—๏ธโ—๏ธ

๐™๐Ž๐ ๐€๐‘๐„๐€ ๐Ž๐…๐…๐ˆ๐‚๐„๐‘ ๐๐€๐†๐ˆ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ– ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐๐€๐๐ƒ๐€๐‘๐€๐ ๐“๐„๐‹๐”๐Š ๐ˆ๐๐“๐€๐

Bahagian Komuniti dan Perhubungan Awam
Majlis Perbandaran Teluk Intan



10/08/2026

Tiba-tiba terima notis tuntutan kompaun? Tentu anda panik.โ€‹โ€‹

Jika sentiasa bergantung pada staf, perniagaan anda memang dalam bahaya!โ€‹

Dengan myPATIL Biz, anda akan terima pemberitahuan segera apabila perniagaan anda dikenakan kompaun dan peringatan tamat tempoh lesen.โ€‹โ€‹

Selesaikan dan bayar melalui telefon pintar anda, sebelum dikenakan tindakan mahkamah.โ€‹โ€‹

Jangan biarkan urusan perniagaan anda kelam-kabut.โ€‹โ€‹

Untuk Info Lanjut? โ€” layari biz.mypatil.my

๐ŸŒฟ KARNIVAL KELESTARIAN ALAM NEGERI PERAK TAHUN 2026 PERINGKAT (ZON PERAK SELATAN)๐ŸŒฟTELUK INTAN, 8 OGOS 2026 โ€“ Arena Squar...
10/08/2026

๐ŸŒฟ KARNIVAL KELESTARIAN ALAM NEGERI PERAK TAHUN 2026 PERINGKAT (ZON PERAK SELATAN)๐ŸŒฟ

TELUK INTAN, 8 OGOS 2026 โ€“ Arena Square Teluk Intan menjadi lokasi berlangsungnya Karnival Kelestarian Alam Negeri Perak Tahun 2026 Peringkat (Zon Perak Selatan) bermula pada jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang.

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Teh Kok Lim, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, sebagai salah satu usaha memperkukuh kesedaran serta penglibatan masyarakat dalam memelihara kelestarian alam sekitar.

Turut hadir Yang Berusaha Puan Mufidah binti Mahfodz, Pegawai Daerah Hilir Perak; Yang Berbahagia Orang Kaya Kaya Laksamana Raja Mahkota Dato' Haji Meor Redwan bin Mahayudin, Orang Besar Jajahan (OBJ) Daerah Hilir Perak; Tuan Mohd Faizal bin Md Kasim, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) serta Yang Berusaha Puan Intan Shafini binti Mustafa, Timbalan Pengarah Sektoral 2 UPEN Perak, Dr. Nor Akmar Ibrahim, Setiausaha Majlis Perbandaran Teluk Intan, Ahli-Ahli Majlis MPTI, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pengarah Jabatan MPTI.

Karnival ini turut mendapat sokongan dan penyertaan daripada ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan, Ahli-Ahli Majlis MPTI, rakan-rakan media serta komuniti di kawasan Perbandaran Teluk Intan.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan bagi menterjemahkan agenda kelestarian alam kepada penglibatan secara langsung dalam kalangan masyarakat. Antaranya termasuk pertandingan reka cipta dan peragaan pakaian menggunakan bahan kitar semula, kaunter dan pertandingan pembelian sisa elektronik (e-waste) dan pengumpulan dan pertandingan minyak masak terpakai, Jualan Rahmah serta pameran daripada agensi kerajaan dan NGO.

Usaha memperkukuh kelestarian alam turut disokong menerusi langkah Kerajaan Negeri Perak dalam mengurangkan penggunaan plastik sekali guna melalui larangan pemberian serta penggunaan beg plastik jinjit sekali guna dan kempen โ€œMoh Guna Beg Sendiriโ€.

Seiring dengan usaha tersebut, masyarakat juga digalakkan mengamalkan konsep 5R โ€“ Refuse, Reuse, Reduce, Recycle dan Recover sebagai amalan harian bagi mengurangkan pembaziran, memaksimumkan penggunaan semula serta memperluaskan budaya kitar semula.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk serta Jabatan Perpaduan Hilir Perak dan Bagan Datuk atas kerjasama dan sokongan padu dalam menjayakan pelbagai aktiviti pertandingan, khususnya pertandingan mewarna, peragaan pakaian dan reka cipta menggunakan bahan kitar semula.

Komitmen dan kerjasama semua pihak membuktikan bahawa usaha menjaga alam sekitar bukanlah tanggungjawab satu pihak sahaja, sebaliknya merupakan tanggungjawab bersama yang perlu dipupuk dan diamalkan oleh seluruh lapisan masyarakat.

Bahagian Komuniti dan Perhubungan Awam
Majlis Perbandaran Teluk Intan







10/08/2026

Address

Majlis Perbandaran Teluk Intan, Jalan Speedy
Teluk Intan
36000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6056221299

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN:

Shortcuts

Share