Amanah Kawasan Teluk Intan 2023-2026

Amanah Kawasan Teluk Intan 2023-2026 https://forms.gle/aqEY8Nr3gVJ4uMQS7 SISTEM LAPORAN AKTIVITI / ADUAN CAWANGAN

29/08/2026
Secara peribadi, saya bersama rakan² Nurul, Fiza, aien, isha amat mengenali sosok dan keluarga ini dengan begitu dekat. ...
27/08/2026

Secara peribadi, saya bersama rakan² Nurul, Fiza, aien, isha amat mengenali sosok dan keluarga ini dengan begitu dekat. Kami hanya memanggil beliau Abang Onn.

Kehilangan beliau amat terasa buat kami. Setiap kali berkunjung ke Utara, Teluk Intan, tempat sahabat baiknya, en.rezal sering menjadi tempat persinggahan beliau. Malah, PORT kami menjadi tempat beliau bermalam, sama ada atas urusan rasmi mahupun tidak rasmi.

Senda gurau Abang Onn bersama Bang Mat pastinya antara kenangan yang akan sentiasa kami semua rindui. ❤️

Allah lebih menyayangi beliau. Alhamdulillah, saya dan rakan² bersyukur kerana pada usia yang masih muda, kami diberi kesempatan dan pengalaman untuk mengenali serta bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin hebat yang sering bertandang ke PORT kami.

Terima kasih atas segala kenangan, Abang Onn.

Al-Fatihah.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa beliau, merahmati rohnya dan menempatkan Allahyarham dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. 🤲🏻

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ﷺKetika Rasulullah ﷺ menerima wahyu dan mula menyampaikan dakwah, Baginda bukan sahaja berd...
24/08/2026

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ﷺ

Ketika Rasulullah ﷺ menerima wahyu dan mula menyampaikan dakwah, Baginda bukan sahaja berdepan penolakan, malah dihina, dicerca, disakiti dan dimusuhi. Namun Baginda tidak pernah menjadikan kebencian manusia sebagai alasan untuk berhenti menyampaikan amanah Allah.

Baginda terus melangkah dengan sabar, hikmah, akhlak dan istiqamah.

Itulah teladan yang kami bawa dalam perjuangan AMANAH Kawasan Teluk Intan.

Kami tidak bergerak untuk bersaing dengan sesiapa. Tidak juga untuk membalas sesiapa. Walaupun ada yang memerhati, menilai atau mungkin tidak senang dengan apa yang kami lakukan, kami memilih untuk terus bekerja dan berkhidmat.

Kerana perjuangan kami adalah untuk memperkasa warga Teluk Intan, membawa manfaat kepada masyarakat dan melaksanakan amanah sebaik mungkin.

Seperti Rasulullah ﷺ, kita terus melangkah bukan kerana tiada tentangan, tetapi kerana amanah dan perjuangan lebih besar daripada segala pandangan manusia.

Salam Maulidur Rasul 1448H. ﷺ

Terus berkhidmat.
Terus memperkasa.
Terus istiqamah dalam AMANAH.

Daripada :
Cik Zulaiha Binti Mohd Azam
Ketua Kawasan AMANAH Teluk Intan

KKA bersama pasukan telah hadir ke Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Negeri Perak Bil.5/2026 pada 20hb-07-2026 bagi m...
22/07/2026

KKA bersama pasukan telah hadir ke Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Negeri Perak Bil.5/2026 pada 20hb-07-2026 bagi membawa sendiri isu dan aduan masyarakat yang dirujuk de Pejabat Part AMANAH Kawasan Teluk Intan.

Apa yang lebih menarik, pada hari ini 21hb-07-26 | Selasa, hanya sehari selepas Program Mesra tersebut berlangsung, salah satu aduan yang berada di bawah kelolaan Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak telah mula diambil tindakan apabila pegawai tertinggi sendiri turun padang meninjau keadaan sebenar di lokasi aduan.

Tindakan pantas ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan setiap aduan rakyat diberi perhatian dan tindakan sewajarnya.

Usaha ini juga selaras dengan Pelan Tindakan Perak Sejahtera 2030, yang menekankan keperluan kerajaan memastikan setiap rakyat menikmati persekitaran kediaman yang selamat, selesa dan berkualiti.

Terima kasih kepada HiPer atas keprihatinan dan tindakan segera demi kesejahteraan rakyat._ZULAIHA, KKA.

19/07/2026
19/07/2026
12 Julai 2026 | AhadAl-Fatihah buat Allahyarham Abang Din.Walaupun saya tidak pernah benar-benar mengenali arwah, nama b...
13/07/2026

12 Julai 2026 | Ahad

Al-Fatihah buat Allahyarham Abang Din.

Walaupun saya tidak pernah benar-benar mengenali arwah, nama beliau sentiasa berada dalam senarai tugas-tugas khas yang pernah diamanahkan.

Pertemuan yang singkat, namun pemergiannya meninggalkan satu kenangan dan pengajaran bahawa setiap insan hadir dengan hikmah tersendiri.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa arwah, melapangkan kuburnya, serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.

Al-Fatihah.

11 Julai 2026 | SabtuZiarah Biro Kebajikan AMANAH Kawasan Teluk Intan bersama KKA. Alhamdulillah, Biro Kebajikan AMANAH ...
13/07/2026

11 Julai 2026 | Sabtu

Ziarah Biro Kebajikan AMANAH Kawasan Teluk Intan bersama KKA.

Alhamdulillah, Biro Kebajikan AMANAH Kawasan Teluk Intan bersama KKA telah berkesempatan menziarahi rumah ahli, Saudara Samsuri Selamat, serta bertemu isteri dan ibunya.

Ziarah ini turut bertujuan meninjau keadaan kediaman serta kedudukan tanah yang berstatus hak milik berdaftar bagi mendapatkan gambaran sebenar di lapangan. Maklumat yang diperoleh akan diteliti dan dipanjangkan kepada agensi-agensi berkaitan supaya bentuk bantuan atau intervensi yang bersesuaian dapat dipertimbangkan.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan usaha ini menjadi asbab kepada penyelesaian yang terbaik buat Saudara Samsuri dan sekeluarga.

Prihatin • Peduli • Bersama Masyarakat

Jom Balik Mengundi 🛵🚗Kepada semua anak-anak Johor yang sedang dalam perjalanan pulang, saya doakan semoga perjalanan and...
10/07/2026

Jom Balik Mengundi 🛵🚗

Kepada semua anak-anak Johor yang sedang dalam perjalanan pulang, saya doakan semoga perjalanan anda dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi. Pandulah dengan cermat, utamakan keselamatan diri dan keluarga.

Esok, tunaikanlah tanggungjawab sebagai rakyat dengan keluar mengundi. Datanglah lebih awal ke pusat mengundi bagi mengelakkan kesesakan dan jangan lupa membawa kad pengenalan untuk memudahkan urusan.

Sebagai Ketua Kawasan AMANAH Teluk Intan, saya menyeru seluruh rakyat Johor agar menggunakan hak demokrasi ini dengan bijak dan memilih pemimpin yang mampu membawa negeri Johor terus maju ke hadapan.

Marilah kita bersama-sama menyokong Pakatan Harapan demi sebuah Johor yang lebih progresif, ekonomi yang lebih kukuh, peluang pekerjaan yang lebih luas serta masa depan yang lebih baik untuk semua rakyat.

Selamat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Semoga pilihan kita membawa perubahan dan kemajuan buat Johor.

_Johor Ke Depan. Undi Harapan._

ZULAIHA MOHD AZAM
Ketua Kawasan AMANAH Teluk Intan

Address

No. 67, Lorong Raz Intan 3, Taman Raz Intan Cassia
Teluk Intan
36000

Telephone

+60199891528

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amanah Kawasan Teluk Intan 2023-2026 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Amanah Kawasan Teluk Intan 2023-2026:

Shortcuts

Share