21/08/2026
2026年下霹雳县昌明教育嘉年华
🌱 安顺三民一校参与 KMR 学习成果展示
本校师生于 2026年8月19日(星期三) 参与由下霹雳县教育局(Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak) 举办的 2026年下霹雳县昌明教育嘉年华(Karnival Pendidikan MADANI Daerah Hilir Perak Tahun 2026),活动地点为安顺市议会礼堂(Dewan Bandaran, Majlis Perbandaran Teluk Intan)。
在本次嘉年华中,安顺三民一校参与了 TS25学校转型成果展示(Showcase Transformasi Sekolah TS25),并呈现本校的 KMR 跨课程学习项目:
♻️ 《利用废弃物进行水耕种植》
“Penggunaan Bahan Buangan dalam Penanaman Secara Hidroponik”
这项学习计划让学生把课堂所学延伸至真实的生活情境中,通过重新利用废弃物进行水耕种植,实践环保理念,同时探索如何以创意和实际行动减少废弃物,培养珍惜资源与爱护环境的意识。
在当天的成果展示中,同学们亲自向参观者介绍整个项目的构思、制作过程及学习成果,并与前来参观的嘉宾及教育工作者进行交流。
这样的经历,不只是一次成果展示,更是一次难得的学习机会。
学生们从准备资料、整理展品、练习讲解,到正式站在参观者面前介绍自己的作品,整个过程中不断学习如何清楚表达、主动沟通、分工合作、解决问题,并建立自信心与责任感。
👏 恭喜并表扬所有参与此次活动的同学!
同学们在整个准备和展示过程中所展现出的认真、合作、勇气与积极态度,值得肯定与鼓励。每一次走出课堂、面对真实情境的学习经验,都是成长过程中非常珍贵的一部分。
🌹 本校也特别感谢所有负责指导的老师。
从项目规划、学生指导、学习材料准备、展览布置,到活动当天陪伴学生完成展示,老师们在背后付出了许多时间与心力。正因为师生之间的共同努力,孩子们才能拥有这个展示学习成果、锻炼能力及拓展视野的平台。
同时,本校衷心感谢下霹雳县教育局举办此次教育嘉年华,让各校有机会互相交流、分享教育成果,也让学生能够在更宽广的平台上展现自己的学习与创意。
我们相信,教育不只是课堂里的知识传授,更是让孩子拥有机会去体验、实践、探索、表达与成长。
愿这次宝贵的经历成为孩子们成长道路上的一份美好记忆,也继续激励他们勇于学习、乐于探索,并以实际行动关爱我们的环境。
🌿 从废弃物中创造希望,从实践学习中培养未来。
✨ 卓越组织 · 卓越学生
KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI DAERAH HILIR PERAK 2026
🌱 PENYERTAAN SJK(C) SAN MIN NO. 1 DALAM SHOWCASE KMR
Pada 19 Ogos 2026 (Rabu), SJK(C) San Min No. 1 telah menyertai Karnival Pendidikan MADANI Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Bandaran, Majlis Perbandaran Teluk Intan.
Dalam program tersebut, pihak sekolah telah mengambil bahagian dalam Showcase Transformasi Sekolah TS25 dengan mengetengahkan projek KMR bertajuk:
♻️ “Penggunaan Bahan Buangan dalam Penanaman Secara Hidroponik”
Projek ini memberi peluang kepada murid untuk menerapkan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari melalui pendekatan pembelajaran bermakna. Dengan memanfaatkan bahan buangan sebagai sebahagian daripada sistem penanaman hidroponik, murid bukan sahaja dapat meneroka idea kreatif dan inovatif, malah turut memahami kepentingan amalan guna semula, penjagaan alam sekitar serta kelestarian.
Sepanjang sesi pameran, murid-murid berpeluang menerangkan projek, berkongsi proses pembelajaran dan memperkenalkan hasil kerja mereka kepada para pengunjung. Pengalaman ini menjadi satu platform yang sangat baik untuk membina keyakinan diri, kemahiran berkomunikasi, keupayaan bekerjasama serta keberanian murid untuk berkongsi idea di hadapan khalayak.
👏 Syabas dan tahniah kepada semua murid yang terlibat!
Kesungguhan, disiplin, kerjasama dan keberanian yang ditunjukkan sepanjang persediaan serta semasa pameran amat membanggakan pihak sekolah. Setiap pengalaman seperti ini merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran yang membantu membentuk murid yang lebih yakin, kreatif, bertanggungjawab dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.
🌹 Pihak sekolah juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para guru pembimbing yang telah mencurahkan masa, tenaga serta komitmen dalam membimbing murid, menyediakan bahan pameran dan memastikan projek ini dapat dipersembahkan dengan baik.
Penghargaan turut diberikan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak atas penganjuran Karnival Pendidikan MADANI yang menyediakan ruang kepada sekolah untuk berkongsi hasil pembelajaran, bertukar idea serta memperlihatkan potensi dan kreativiti murid.
Semoga penyertaan ini menjadi satu pengalaman yang bermakna dan terus menyemarakkan semangat murid untuk belajar, mencipta, meneroka serta menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.
🌿 Daripada bahan buangan, kita cipta harapan.
✨ Organisasi Cemerlang, Murid Gemilang.