27/08/2026
KURSUS MULTIDISCIPLINARY APPROACH FOR PAEDIATRIC HEARING LOSS PERINGKAT KLUSTER PERAK SELATAN 2026
๐ 12 Ogos 2026 | Dewan Jauhari, Hospital Teluk Intan
Unit Audiologi, Jabatan Otorinolaringologi (ORL), Hospital Teluk Intan (HTI) telah menganjurkan Kursus Multidisciplinary Approach for Paediatric Hearing Loss Peringkat Kluster Perak Selatan 2026 bersempena dengan sambutan Better Ear, Hearing & Speech Month 2026.
Kursus ini telah disertai oleh seramai 80 orang anggota kesihatan yang terdiri daripada Pakar Perubatan, Pegawai Perubatan dan paramedik dari hospital-hospital Kluster Perak Selatan, Kluster Seri Manjung, Hospital Angkatan Tentera Lumut, Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak dan daerah-daerah sekitarnya, serta hospital dan PKD negeri Selangor yang berdekatan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Hospital Teluk Intan, Dr. Nordin bin Nasir.
๐ฏ Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman warga kerja kesihatan berkaitan masalah pendengaran dalam kalangan kanak-kanak, di samping menekankan kepentingan pendekatan multidisiplin dalam aspek pengesanan, penilaian, intervensi dan pengurusan kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran.
Dalam ucapan perasmian, Pengarah HTI turut menekankan kepentingan jaringan kerjasama antara pelbagai disiplin bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit adalah lebih holistik, berkesan dan berkualiti.
๐ Sekalung penghargaan kepada para penceramah yang telah berkongsi ilmu dan kepakaran:
๐จโโ๏ธ Dr. Ramaprabah Kandiah โ Pakar ORL HTI
๐ฉโโ๏ธ Dr. Nor โIzzah Kamilah bt Uda Yahaya โ Pakar Pediatrik HTI
๐ฉโโ๏ธ Pn. Farah Dalila bt Mohamad Tahir โ Pegawai Pemulihan Perubatan Audiologi HSM
๐ฉโโ๏ธ Pn. Zamuna bt Mat Nor โ Pegawai Kerja Sosial Perubatan HTI
๐ฉโโ๏ธ Pn. Amanina Hazirah bt Mohd Hazman โ Pegawai Pemulihan Perubatan Pertuturan HTI
๐ฉโโ๏ธ Pn. Cecelia Ayang Anak Kandau โ Jurupulih Perubatan Terapi Carakerja HTI
๐ฌ Maklum balas daripada para peserta amat memberangsangkan. Rata-rata peserta menyatakan bahawa perkongsian yang disampaikan telah memberikan pendedahan baharu serta meningkatkan kefahaman mengenai kepentingan pendekatan multidisiplin dalam pengurusan kanak-kanak bermasalah pendengaran.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penceramah, urus setia serta peserta yang telah memberikan komitmen dan sokongan dalam menjayakan kursus ini.
Semoga lebih banyak program pendidikan dan perkongsian ilmu seperti ini dapat dianjurkan pada masa akan datang bagi memperkukuh kompetensi, memperkasakan kerjasama multidisiplin dan meningkatkan kualiti penjagaan pesakit di negeri Perak. ๐