PAS Cawangan BATU 3

PAS Cawangan BATU 3 PAS Cawangan Batu Tiga , Taman Cicely Teluk Intan.

AHLAN WASAHLAN.Selamat datang ke kluarga BESAR PAS๐Ÿ’š
14/06/2026

AHLAN WASAHLAN.

Selamat datang ke kluarga BESAR PAS๐Ÿ’š

TARIKH PENTING PILIHANRAYA DUN JOHOR DAN NEGERI SEMBILANPilihanraya Negeri DUN Johor ke-16Penamaan Calon : 27 Jun 2026Pe...
12/06/2026

TARIKH PENTING PILIHANRAYA DUN JOHOR DAN NEGERI SEMBILAN

Pilihanraya Negeri DUN Johor ke-16

Penamaan Calon : 27 Jun 2026
Pengundian Awal : 7 Julai 2026
Tarikh Mengundi : 11 Julai 2026

Pilihanraya Negeri DUN Negeri Sembilan ke-16

Penamaan Calon : 18 Julai 2026
Pengundian Awal : 28 Julai 2026
Tarikh Mengundi : 1 Ogos 2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS KAWASAN TELUK INTAN KE-52๐ŸŒฟ Ayuh seluruh ahli, pendukung dan penyokong PAS Kawasan Teluk Inta...
30/05/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS KAWASAN TELUK INTAN KE-52

๐ŸŒฟ Ayuh seluruh ahli, pendukung dan penyokong PAS Kawasan Teluk Intan hadir memeriahkan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Teluk Intan Kali Ke-52.

Mesyuarat ini bukan sekadar memenuhi tanggungjawab sebagai ahli, malah menjadi medan memperkukuhkan ukhuwwah, menyatukan saf perjuangan serta merangka gerak kerja ke arah mencapai kemenangan Islam yang lebih gemilang.

โœŠ Kita hadir bagi mendengar Amanat terus daripada Timbalan Presiden PAS Pusat. YB Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man.

๐Ÿ“… Tarikh: 7 Jun 2026 (Ahad)
๐Ÿ•ฃ Masa: 8.30 Pagi
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Wak Johar, KOMPASTI

"Bertekad Mencapai Kemenangan"

Jom hadir beramai-ramai. Kita penuhkan Dewan KOMPASTI! ๐Ÿ’š

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhSegala puji bagi Allah SWT yang masih mengurniakan kepada kita nikmat iman, Is...
25/05/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala puji bagi Allah SWT yang masih mengurniakan kepada kita nikmat iman, Islam serta kesempatan menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H/2026 dalam suasana penuh kesyukuran dan ukhuwwah.

Saya selaku Ketua PAS Cawangan Batu Tiga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat serta semua perantau yang pulang ke kampung halaman.

Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, ketaatan dan keikhlasan sebagaimana pengorbanan agung Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Semangat ini perlu terus disemai dalam kehidupan bermasyarakat demi membina ummah yang bersatu, prihatin dan bertaqwa.

Marilah kita menjadikan ibadah korban sebagai lambang kebersamaan, kasih sayang serta keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan. Mudah-mudahan setiap pengorbanan yang dilakukan diterima Allah SWT dan dikurniakan keberkatan dalam kehidupan kita semua.

Semoga Aidiladha kali ini membawa rahmat, keamanan dan kesejahteraan buat seluruh umat Islam.

Sekian, terima kasih.

Aidiladha 1447H/2026

Yang menjalankan amanah,
Cikgu Rostam Malek
Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Intan
Ketua PAS Cawangan Batu Tiga

Alhamdulillah, selesai Program Pemberian Kek Hari Guru kepada guru-guru PASTI Ibn Rusyd Taman Cicely.Semoga sedikit peng...
18/05/2026

Alhamdulillah, selesai Program Pemberian Kek Hari Guru kepada guru-guru PASTI Ibn Rusyd Taman Cicely.

Semoga sedikit penghargaan ini menjadi tanda ingatan dan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan serta kasih sayang para guru dalam mendidik anak-anak menjadi insan berilmu dan berakhlak mulia. ๐Ÿค๐Ÿ’š

Terima kasih cikguโ€ฆ
Penat lelah kalian tidak mampu dibalas dengan nilai wang ringgit, namun sentiasa dihargai dan dikenang.






Alhamdulillah, Program Lestari Tamanku selesai dengan jayanya pagi tadi ๐ŸŒฟโœจRibuan terima kasih diucapkan kepada semua pen...
16/05/2026

Alhamdulillah, Program Lestari Tamanku selesai dengan jayanya pagi tadi ๐ŸŒฟโœจ
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua penduduk, sukarelawan, anak muda dan pihak yang bersama-sama turun padang menjayakan program gotong-royong ini. Semangat kerjasama dan kebersamaan yang ditunjukkan amat membanggakan โค๏ธ
Daripada membersihkan kawasan taman, menyediakan tong roro, pemeriksaan kesihatan percuma hinggalah kaunter pelupusan al-Quran dan kitab agama lama โ€” semuanya berjalan lancar hasil usaha kita bersama.

Semoga segala tenaga, masa dan sumbangan yang diberikan menjadi amal soleh di sisi Allah SWT.




๐ŸŒน SELAMAT HARI GURU 2026 ๐ŸŒนGuru bukan sekadar penyampai ilmu, bahkan insan mulia yang mendidik jiwa, membina akhlak dan m...
16/05/2026

๐ŸŒน SELAMAT HARI GURU 2026 ๐ŸŒน

Guru bukan sekadar penyampai ilmu, bahkan insan mulia yang mendidik jiwa, membina akhlak dan memimpin generasi menuju reda Allah.

โ€œBarangsiapa menunjukkan kepada kebaikan, maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.โ€
โ€” (Hadis Riwayat Muslim)

Terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas segala pengorbanan, kesabaran dan kasih sayang dalam mendidik anak bangsa tanpa mengenal jemu.

Semoga setiap ilmu yang dicurahkan menjadi saham akhirat yang terus mengalir, serta dikurniakan keberkatan, kesihatan dan ganjaran syurga daripada Allah SWT. ๐Ÿคฒ

โœจ Guru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaah โœจ

Ikhlas daripada:
PAS Cawangan Batu Tiga

๐ŸŒŸ Tahniah & Selamat Menjalankan Amanah ๐ŸŒŸSekalung tahniah diucapkan kepada seluruh saf kepimpinan baharu Dewan Himpunan P...
11/05/2026

๐ŸŒŸ Tahniah & Selamat Menjalankan Amanah ๐ŸŒŸ

Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh saf kepimpinan baharu Dewan Himpunan Pendukung PAS Pusat bagi sesi 2026/2027 yang telah diberikan kepercayaan untuk memimpin.

Semoga amanah yang dipikul ini dapat dilaksanakan dengan penuh hikmah, integriti dan semangat kebersamaan dalam membawa suara perpaduan, keharmonian serta memperkukuhkan sokongan masyarakat pelbagai kaum terhadap perjuangan PAS demi kesejahteraan negara.





10/05/2026

๐Ÿ”ฅ ๐—ฅ๐— ๐Ÿฐ๐Ÿฑ๐Ÿฌ ๐—›๐—”๐——๐—œ๐—”๐—› ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ - ๐—”๐—ก๐——๐—” ๐—ง๐—˜๐—”๐—  ๐— ๐—Ÿ๐—• ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š. ๐—ฃ๐—”๐——๐—จ?! ๐Ÿ”ฅ
โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–
๐ŸŽฎ Sertai Kejohanan
Mobile Legends: Bang Bang ESPORT MOBILE LEGENDS dan rebut gelaran juara!

๐Ÿ’ฅ Kumpulkan squad terbaik korang, susun strategi paling mantap dan lawan pasukan lain untuk bawa pulang hadiah lumayan!
๐Ÿ† HADIAH MENARIK MENANTI:
๐Ÿฅ‡ RM200 ๐Ÿ’ฐ
๐Ÿฅˆ RM150 ๐Ÿ’ฐ
๐Ÿฅ‰ RM100 ๐Ÿ’ฐ
โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–
BUTIRAN LENGKAP
โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–
๐Ÿ“… 16 Mei 2026 (Sabtu)
๐Ÿ“ Dewan Serbaguna KOMPASTI
โฐ 9.00 pagi โ€“ pendaftaran
โš”๏ธ 9.30 pagi โ€“ perlawanan bermula
โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–
๐Ÿ‘ฅ Penyertaan TERHAD kepada 8 kumpulan sahaja!
(5 orang satu kumpulan)
๐Ÿšจ Jangan tunggu slot penuh baru nak daftar!
Tag teammate korang sekarang dan bersedia jadi legenda arena!
Daftar disini:
https://bit.ly/BorangDaftarMLBBxMancing2026
Atau:
๐Ÿ“ฒ Urusan pendaftaran: Encik Hazwan
011-1684 6485

10/05/2026

JOM MANCING & MENANG KOME!

Hadir beramai-ramai ke Karnival Sukan KOMPASTI! Sertai pertandingan MEMANCING! Rebut peluang menangi pelbagai hadiah menarik (wang tunai)!

๐Ÿ“… 16 MEI 2026 | SABTU
โฐ CHECK-IN JAM 8.30 PAGI
๐Ÿ“ DEWAN KOMPASTI PDG. TEMBAK
Map: https://share.google/A4ponfWFxbnDj2JSG

DAFTAR ONLINE:
https://bit.ly/BorangDaftarMLBBxMancing2026
ATAU HUBUNGI
Encik Siddiq: +60 10-370 8426

โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–
MAKLUMAT TAMBAHAN
โž–โž–โž–โž–โž–โž–โž–
1. Sila rujuk poster untuk PERATURAN yang telah ditetapkan!
2. Hadiah terkumpul RM125 - kanak/remaja & RM270 - dewasa
3. Hadiah khas untuk IKAN TERBANYAK - jenis ikan terbuka

JOM! HADIR BERAMAI-RAMAI!!
(turut diadakan program mewarna,sukan wanita dll - gerai jualan)

Address

Teluk Intan
Teluk Intan
36000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Cawangan BATU 3 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share