Rumah Anak Yatim An-Nur

Rumah Anak Yatim An-Nur Pertubuhan Rumah Anak Yatim An-Nur Bahagia, Kg. Keramat, Sungai Suli, Kampong Bahagia 36000 Teluk Intan, Perak

Alhamdulillah, satu lagi kenangan indah di bulan Ramadan 2026.Program Berbuka Puasa dan Sumbangan Duit Raya bersama Anak...
10/03/2026

Alhamdulillah, satu lagi kenangan indah di bulan Ramadan 2026.

Program Berbuka Puasa dan Sumbangan Duit Raya bersama Anak-Anak Yatim An-Nur anjuran Group Superbike Masjid An-Naim Sabak Bernam dan Alumni Irshadiah 1984 telah berlangsung dengan penuh keberkatan dan kegembiraan. Majlis ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah memberi peluang untuk berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan.

Turut diadakan penyampaian sumbangan sebuah televisyen daripada Alumni Irshadiah 1984 sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap kebajikan anak-anak yatim.

Semoga segala sumbangan dan usaha murni ini mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda serta membawa kegembiraan kepada mereka. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

Tuan puan Yang dirahmati Allah,Menjelang Ramadhan Al Mubarak kami merayu sumbangan, derma dan infaq untuk menyantuni ana...
09/02/2026

Tuan puan Yang dirahmati Allah,

Menjelang Ramadhan Al Mubarak kami merayu sumbangan, derma dan infaq untuk menyantuni anak-anak yatim asnaf berbuka puasa dan bersahur sepanjang Ramadhan. Juga untuk persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan pembelian baju raya anak-anak dan sedikit biskut raya untuk keluarga mereka.

Justeru bantulah kami bersama menyantuni anak yatim yang memerlukan santunan dan kasih sayang semua masyarakat yang perihatin. Walaupun sedikit amat bermakna dan berharga buat kami. Semoga Allah membalas dengan sebaik baik balasan. Jazakallah Khair.

Salurkan infaq, sedeqah, waqaf, zakat ke akaun dibawah dengan kadar RM60.00 sehari.

Alhamdulillah semalam kami dari Rumah Anak Yatim An-Nur telah menerima sumbangan pakaian sekolah dan cadar dari Pasaraya...
27/06/2025

Alhamdulillah semalam kami dari Rumah Anak Yatim An-Nur telah menerima sumbangan pakaian sekolah dan cadar dari PasarayaKu cawangan Taman Melor, Teluk Intan. Sumbangan telah disampaikan sendiri oleh Pengurus cawangannya.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan kepada anak-anak yatim. Bantuan anda akan digunakan sebaik-baiknya untuk keperluan mereka.

Terima kasih atas sokongan anda terhadap anak-anak yatim. Sumbangan anda adalah satu ibadah yang besar pahalanya.

28/03/2025

Check out Rumah Anak Yatim Miskin Annur’s video.

27/03/2025

Assalamualaikum muslimin muslimat yg dirahmati Allah. Kami menawarkan ladang pahala yg ganjarannya berganda dibulan Ramadhan yg mulia ini. Sumbanglah sepuluh ringgit menyantuni anak yatim asnaf mualaf dan dhuafa, menyinari masa depan, menginspirasi kebahagiaan mereka. Dan bantu kami menyebarluaskan risalah ini. Semoga Allah memberkati usaha dan sumbangan tuan. Amiin.

Assalamualaikum muslimin dan muslimat yg dirahmati Allah. Kami menawarkan ladang pahala yg ganjarannya berganda dibulan ...
13/03/2025

Assalamualaikum muslimin dan muslimat yg dirahmati Allah. Kami menawarkan ladang pahala yg ganjarannya berganda dibulan Ramadhan yg mulia ini. Sumbanglah sepuluh ringgit untuk menyantuni anak yatim asnaf mualaf dan dhuafa, menyinari masa depan, menginspirasi kebahagiaan mereka. Dan bantu kami menyebarluaskan risalah ini. Semoga Allah memberkati usaha dan sumbangan tuan/puan. Amin.

Assalamualaikum Dato', Datin, Tuan, Puan yang dirahmati Allah.Ambillah peluang dibulan Zulhijjah dan Hari Arafah ini unt...
16/06/2024

Assalamualaikum Dato', Datin, Tuan, Puan yang dirahmati Allah.

Ambillah peluang dibulan Zulhijjah dan Hari Arafah ini untuk berinfaq, bersedekah atau berwaqaf kepada anak yatim miskin, asnaf dan muallaf yang tinggal dan dalam asuhan asrama kami Pertubuhan Rumah Anak Yatim Miskin An Nur, Kg Bahagia, Telok Intan, Perak.

Semudah langkah ini. Scan QR code dibawah :

Atau bankin ke akaun:

Bank Islam (M) Bhd
0803 1016 9022 50
Pertubuhan Rumah Anak Yatim An Nur

Jazakallah Khairan Kathira. Semoga Allah membalas sebaik baik ganjaran kepada yang bersama sama menyantuni anak yatim. Insyaallah.

Menerima kunjungan daripada Malaysian Relief Agensi (MRA) Cawangan Teluk Intan bagi program khidmat bakti.Terima kasih t...
09/05/2024

Menerima kunjungan daripada Malaysian Relief Agensi (MRA) Cawangan Teluk Intan bagi program khidmat bakti.

Terima kasih tidak terhingga diatas pengisian dan program yang diberikan kepada anak-anak yatim di An-Nur, anak-anak seronok dan ceria sepanjang program yang disediakan.

Alhamdulillah Rumah Anak Yatim An-Nur menerima kemasukan anak yatim yang pertama Nur Nazira yang hadir bersama ibu dan b...
09/05/2024

Alhamdulillah Rumah Anak Yatim An-Nur menerima kemasukan anak yatim yang pertama Nur Nazira yang hadir bersama ibu dan bapa saudaranya.

Terima kasih kepada kumpulan E46 BCOM Motorsport Club kerana menyantuni anak yatim di RAY An-Nur dan memberikan sumbanga...
29/03/2024

Terima kasih kepada kumpulan E46 BCOM Motorsport Club kerana menyantuni anak yatim di RAY An-Nur dan memberikan sumbangan sempena ramadhan yang mulia.

Assalammualaikum. Salam Ramadhan Al Mubaraq. Dato'/Datin, Tuan/Puan yang dirahmati Allah. Sempena Ramadhan ini saya memo...
29/03/2024

Assalammualaikum. Salam Ramadhan Al Mubaraq.
Dato'/Datin, Tuan/Puan yang dirahmati Allah. Sempena Ramadhan ini saya memohon uluran tangan sumbangan dana berupa sedeqah, infaq, zakat atau waqaf untuk menyantuni anak yatim miskin, asnaf dan dhuafa yang bernaung dibawah Pertubuhan kami. Mohon juga untuk menyebarluaskan poster berkenaan dikalangan sahabat handai rakan taulan grup dan persatuan tuan puan agar mesej murni ini dapat disampaikan. Terima kasih tidak terhingga atas sokongan dan dokongan.

Jazakallah Khairan Kathira
"Bersama Menyantuni Anak Yatim"

Pengerusi
Pertubuhan Rumah Anak Yatim Miskin An Nur.

Address

Kampong Bahagia
Teluk Intan
36000

Telephone

+60193764985

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Anak Yatim An-Nur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Rumah Anak Yatim An-Nur:

Share