06/09/2026
Seorang wanita muda berusia 25 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai menjadi mangsa keganasan rumah tangga dalam kejadian yang menggemparkan penduduk sebuah kawasan perumahan di daerah ini.

Mangsa, Nur Nadia Puteri, difahamkan sudah lama berdepan masalah rumah tangga dan beberapa kali didakwa menjadi mangsa pukul suaminya sendiri, Amirul Hakim.
Menurut sumber keluarga, Nadia sebelum itu p**ang ke rumah ibu bapanya bersama dua anak kecil untuk mendapatkan perlindungan selepas tidak lagi tahan dengan tekanan yang dialami.
Namun keadaan kembali tegang apabila suaminya datang ke rumah mentua untuk berbincang. Selepas berlaku pertengkaran, lelaki tersebut dikatakan berjaya memujuk Nadia p**ang bersamanya.
“Itu kali terakhir kami tengok dia masih sihat,” kata seorang ahli keluarga.
Beberapa jam kemudian, keluarga mula panik apabila telefon mangsa gagal dihubungi. Ketika cuba mendapatkan kepastian, suaminya hanya menjawab ringkas, “Ada tu mak.”
Sekitar jam 2 pagi, keluarga menerima panggilan daripada pihak polis yang memaklumkan Nadia telah meninggal dunia.
Menurut maklumat awal yang tersebar, mangsa dipercayai mengalami kecederaan serius pada bahagian dalaman badan selain terdapat beberapa kesan lebam ketika ditemui. Kes kini dalam siasatan pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Beberapa gambar keluarga yang tular di media sosial turut mengundang sebak ramai apabila dua anak kecil pasangan itu kini dilaporkan tinggal tanpa ibu di sisi.
Pada pendapat anda, sejauh mana masyarakat sekeliling peka apabila seseorang cuba mendapatkan perlindungan daripada keganasan rumah tangga?
Seorang wanita muda berusia 25 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai menjadi mangsa keganasan rumah tangga dalam kejadian yang menggemparkan penduduk sebuah kawasan perumahan di daerah ini.
Kredit:tiktok@babahnakal