Teluk Intan Di Hatiku

Teluk Intan Di Hatiku Informasi tempat tempat menarik di teluk intan.

Min baru baca berita antarabangsa, semalam 1 April, UAE telah naikkan harga bahan api secara mendadak untuk kali pertama...
02/04/2026

Min baru baca berita antarabangsa, semalam 1 April, UAE telah naikkan harga bahan api secara mendadak untuk kali pertama dalam sejarah mereka, terutamanya harga diesel mereka naik 70% sekaligus.

Berdasarkan kiraan MYR, UAE telah naikkan RM2.00+ seliter lebih semalam, kenaikan paling tiinggi dalam sejarah negara itu, menjadikan harga diesel hari ini RM5.20+ seliter.

Untuk pengetahuan walaun, UAE ni salah satu negara pengeluar minyak terbesar dunia, ranking ke-7. Negara kita Malaysia ni baru ranking ke-28 je.

Konflik peperangan di Asia Barat pada hari ini tidak sama dengan yang sebelumnya. Kesemua negara sedang diuji dengan krisis kenaikan harga minyak global, bukan Malaysia.

Tekanan peperangan tu sangat teruk sehinggakan negara besar pengeluar minyak seperti UAE pun tak tahan sampai kena naikkan harga bahan api mereka.

Alangkah beruntungnya rakyat Malaysia, walaupun kenaikan harga minyak dunia sedang naik, tapi rakyat Malaysia masih lagi menikmati harga minyak murah yang bersubsidi yang masih dijaga oleh kerajaan Madani.

Di UAE, harga minyak mereka tiada subsidi, maka kat sana semua terkesan.

Di Malaysia, harga minyak kata ada bersubsidi dan tidak bersubsidi, maka kenaikan hanya terkesan kepada warga asing dan kump**an yang tidak layak sahaja.

Rakyat Malaysia tidak terkesan, masih dapat harga minyak murah.

Itulah program subsidi bersasar oleh Madani.
Melindungi majoriti besar rakyat Malaysia hari ini.

Syukur kepada Allah.
Terima kasih Madani.

Borang keluar pejabat waktu kerja ialah borang yang digunakan oleh penjawat awam untuk memohon kebenaran keluar dari pej...
08/03/2026

Borang keluar pejabat waktu kerja ialah borang yang digunakan oleh penjawat awam untuk memohon kebenaran keluar dari pejabat dalam waktu bekerja atas urusan tertentu. Peraturan ini biasanya berpandukan garis panduan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
✅Tujuan borang ini
- Rekod pergerakan pegawai semasa waktu pejabat
- Memastikan pegawai mendapat kebenaran ketua jabatan / penyelia
- Digunakan jika keluar untuk:
urusan peribadi penting
temujanji hospital / klinik
urusan bank / dokumen rasmi
kecemasan keluarga
- Maklumat yang biasanya ada dalam borang
Nama pegawai
Jawatan / Unit
Tarikh
Masa keluar
Masa masuk semula
Tujuan keluar
Tempat yang dituju
Tandatangan pegawai
Kelulusan penyelia / ketua jabatan
✅Contoh ringkas borang
BORANG KEBENARAN KELUAR PEJABAT DALAM WAKTU BEKERJA
Nama:
Jawatan / Unit:
Tarikh:
Masa keluar:
Masa dijangka masuk semula:
Tujuan keluar:
Tempat dituju:
Tandatangan Pegawai: __________
Kelulusan Penyelia: __________
✅ Nota penting:
Biasanya masa keluar tidak boleh melebihi 4 jam kecuali dengan kebenaran khas.
Jika terlalu lama, pegawai mungkin perlu ambil cuti rehat / cuti separuh hari.

RENUNGAN BERSAMASemoga Menjadi Pengajaran Dan Teladan Untuk Kita Semua.Dulu-dulu-dulu,Minda kita sudah diset, anak yang ...
06/02/2026

RENUNGAN BERSAMA
Semoga Menjadi Pengajaran Dan Teladan Untuk Kita Semua.

Dulu-dulu-dulu,
Minda kita sudah diset, anak yang cemerlang itu ialah anak yang results peperiksaannya banyak 'A' dan mendapat kerjaya yang bergaji besar.

Itulah sebesar-besar kejayaan bagi setiap ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

Rupa-rupanya sekarang baru kita fahami sesuatu.

Mendapat banyak 'A' di sekolah dan bergaji besar ketika bekerja hanyalah satu bonus sampingan.

Kecemerlangan anak-anak yang sebenarnya adalah ketika mereka kenal Allah dan rasul, kenal ibu bapa dan family dan yang paling utama mereka mampu berdikari tanpa menyusahkan sesiapa.

Seminggu dua yang lalu, seorang kenalan memberitahu saya anak lelakinya yang berusia lebih 30 tahun masih menganggur kerana terlalu memilih kerja. Anaknya itu lulusan universiti di luar negara. Pelajar cemerlang dari sekolah rendah sehingga ke universiti.

Seorang ibu yang lain p**a pernah bercerita, anaknya sering meminjam duit daripadanya untuk membeli susu dan pampers anak walaupun anak menantunya bekerja dan gaji kedua-duanya melebihi 3-4k seorang. Anak baru seorang.

Kata si ibu, pinjam selalu tetapi bayar tak pernah.

Ibu bapa yang lain bercerita, anak lelaki mereka sudah sibuk nak berkahwin tetapi duit satu sen pun tak ada walaupun sudah bekerja lebih 7 tahun.

Seorang family saya p**a berkongsi cerita, anak-anaknya mempunyai kerjaya yang hebat dan bergaji agak besar. Tetapi untuk beliau dan suami merasa duit anak-anak RM100 sebulan pun sukar kerana mereka sering tidak cukup.

Tetapi family saya itu tidak kisah kerana mereka suami isteri juga mempunyai pendapatan sendiri.

Beliau bercerita sebagai satu panduan agar jangan mengharapkan apa-apa balasan daripada anak-anak. Jika mereka meniti usia dewasa dan tidak lagi menyusahkan kita, itu sudah dianggap satu rahmat yang amat besar.

Berbalik pada gambar, kita sedih atas kematian Puan Zahrullail Basir yang berusia 52 tahun. Allahyarhamah Merupakan Anak Bagan Datuk.

Beliau ditemui meninggal dunia dengan 3 k3san t1kaman.

Khabar yang lebih duka apabila pelakunya dikatakan anak sulung beliau sendiri yang berusia 29 tahun dan sedang menghadapi masalah kewangan serius.

Walaupun masih dalam s1asatan, tetapi hati kita tetap terluka.

Allah hadirkan nyawa anak melalui si ibu, tiba-tiba anak itu yang tergamak merentap nyawa ibunya dengan begitu k3jam sekali.

Semoga Allah ampunkan semua dosa Puan Zahrullail dan tempatkan beliau bersama orang-orang yang soleh.

Namun jauh di sudut hati kita percaya, sekiranya Puan Zahrullail hanya mengalami kecederaan dalam kemalangan ini, pasti sebaik sembuh dia tetap akan memeluk anaknya sambil berkata,

"Nak, ibu maafkan kamu. Lain kali jangan buat lagi ya. Ibu sayang kamu hingga ke syurga."

Begitulah kasih ibu.

Kita hanya mampu berdoa semoga dijauhkan dan tidak diuji sebegini.

Sesungguhnya anak adalah rahmat dan anak juga adalah ujian.

Wahai ibu yang pengasih, bahagialah kamu di sana.
Al-Fatihah untukmu ibu.

CnP


"Jangan Kejutkan Harimau Tidur: Kisah Lelaki 'Penyabar' Yang Membina Kereta Kebal Sendiri Demi Sebuah Dendam."Oleh: Mazl...
26/01/2026

"Jangan Kejutkan Harimau Tidur: Kisah Lelaki 'Penyabar' Yang Membina Kereta Kebal Sendiri Demi Sebuah Dendam."

Oleh: Mazlan Syafie

Dalam dunia ni, ada satu jenis manusia yang paling bahaya. Bukan samseng jalanan yang bising memekak, bukan juga penjenayah yang muka pecah rumah.

Manusia paling bahaya adalah orang pendiam yang "penyabar".

Orang yang hari-hari senyum, buat kerja sendiri, tak kacau orang. Tapi bila dia ditekan, dibuli dan dipijak maruahnya sampai ke dinding... sekali dia meletup, Tuhan saja yang tahu akibatnya.

Inilah kisah Marvin Heemeyer.

Tahun 2004, di sebuah pekan kecil bernama Granby di Colorado, Marvin hanyalah seorang tukang kimpal dan pembaiki muffler (ekzos) yang mahir.

Dia ada kedai kecil. Dia hidup tenang. Orang kata dia ni jenis "workaholic", tapi baik hati. Kalau kawan minta tolong, dia tolong.

Tapi ketenangan hidup Marvin mula diganggu oleh Majlis Perbandaran (Town Council) dan orang-orang kaya di pekan tu.

Kisahnya bermula bila sebuah kilang simen nak dibina betul-betul di sebelah kedai Marvin. Kilang tu akan tutup jalan masuk ke kedai dia. Habislah bisnes dia kalau macam tu.

Marvin cuba bantah cara elok. Dia pergi mesyuarat, dia bawa petisyen, dia cakap elok-elok.

Tapi orang atasan pandang dia sebelah mata je. Macam biasa jumpa situasi ni kan?

"Siapa kau? Kau tu tukang baiki ekzos je."

Bukan setakat bantahan dia ditolak, malah Majlis Perbandaran buat benda lagi jahat. Mereka potong sambungan paip kumbahan (sewage line) ke kedai Marvin.

Lepas tu, mereka saman Marvin sebab "gagal ada sistem kumbahan yang betul".

Nampak tak permainan dia? Mereka tutup paip dia, lepas tu mereka denda dia sebab tak ada paip.

Denda tu bukan sikit. Ribuan dolar. Ditambah lagi dengan pelbagai sekatan birokrasi yang memang sengaja direka nak bankrapkan Marvin.

Marvin rasa dirinya diperkotak-katikkan. Dia rasa sistem undang-undang tak memihak pada orang kecil macam dia. Dia dah habis duit upah peguam, tapi kalah juga.

Dia juga baru putus cinta dan ayahnya baru meninggal dunia. Tekanan demi tekanan datang bertimpa-timpa.

Ramai orang, bila kena macam ni, mereka akan pindah. Mereka akan mengalah, jual hartanah tu murah-murah dan pergi bawa diri yang luka itu.

Tapi Marvin bukan orang yang macam tu.

Dalam diam, Marvin beli sebuah jentolak gergasi jenama Komatsu D355A.

Orang ingat dia beli jentolak tu nak buat kerja baiki jalan masuk kedai dia sendiri (sebab kerajaan tak nak tolong). Tapi sebenarnya, dia ada plan lain.

Dia bawa masuk jentolak tu ke dalam garaj bengkel dia. Dia kunci pintu.

Selama 18 bulan, jiran-jiran cuma dengar bunyi bising dari dalam bengkel Marvin. Bunyi welding, bunyi ketuk besi, bunyi gergaji.

Tak ada siapa tahu apa dia buat.

Rupa-rupanya, Marvin sedang membina sebuah "Raksasa".

Dia gunakan kepakaran kimpalan dia untuk salut atau lindung jentolak tu dengan lapisan keluli dan konkrit.

Tuan-tuan bayangkan, dia buat dinding besi setebal SATU KAKI.

Dia lapiskan besi, kemudian tuang konkrit, kemudian lapis lagi dengan besi. Sandwich besi yang kebal. Peluru meriam pun belum tentu tembus.

Dia pasang kamera CCTV di luar yang disambung ke monitor di dalam kokpit, supaya dia boleh nampak jalan tanpa perlu ada tingkap. Tingkap adalah kelemahan, jadi dia tutup semua tingkap dengan besi padu.

Dia pasang kipas angin untuk sejukkan enjin dan diri dia. Dia pasang lubang kecil untuk letak senapang.

Dan benda paling menakutkan... dia reka kokpit tu untuk sehala.

Bila dia dah masuk ke dalam dan turunkan penutup besi tu guna kren... dia tak boleh keluar dah.

Tiada pintu. Tiada jalan keluar.

Marvin tahu, sekali enjin Komatsu tu dihidupkan untuk misi ini, itu adalah perjalanan terakhir dia. Dia tak berniat langsung untuk hidup selepas kejadian ni. Fuh...

Tarikh 4 Jun 2004, adalah hari pembalasan.
Pekan Granby yang tenang tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi dentuman dinding pecah.

Dari dalam bengkel Marvin, keluar sebuah jentolak raksasa yang rupa dia dah tak macam jentolak. Rupa dia macam kereta kebal.

Marvin tak buang banyak masa.

Sasaran pertama dia: Kilang simen yang menyusahkan hidup dia tu.

Dengan kuasa kuda yang gila kuatnya, Marvin langgar bangunan kilang tu sampai ranap.

Jentolak tu rempuh dinding macam langgar kotak tisu. Habis hancur segala peralatan dalam kilang tu.

Pekerja lari lintang pukang selamatkan diri.
Lepas setel kilang simen, Marvin pusing stereng ke arah bandar.

Dia pergi ke Dewan Bandaraya (Town Hall). Tempat di mana denda-denda dan perkara-perkara bodoh tu dikeluarkan.

Pranggg! Dinding Dewan Bandaraya runtuh disondol Marvin.

Dia pergi ke pejabat surat khabar tempatan yang selalu tulis artikel memburukkan dia. Dia ratakan bangunan tu.

Dia pergi ke rumah bekas Datuk Bandar (Mayor). Dia pergi ke rumah ahli majlis yang gelakkan dia dulu.

Polis sampai. Mereka tembak.

Bang! Bang! Bang!

Ribuan peluru ditembak. Pistol, senapang M16, senapang patah.

Tapi peluru-peluru tu cuma melantun kena dinding besi Marvin. Ting! Ting! Macam baling batu kecil kat kereta kebal.

Polis panik. Mereka panggil SWAT. SWAT datang bawa bom tangan (flashbang) dan peledak.

Mereka letak bom kat trek jentolak tu. Meletup!

Tapi jentolak tu jalan terus macam tak ada apa berlaku. Marvin buat lapisan perisai tu terlalu tebal.

Malah, ada seorang polis ni, dalam keadaan terdesak, dia panjat naik atas bumbung jentolak tu masa tengah bergerak. Dia cuba cari lubang nak tembak Marvin.

Tak jumpa. Marvin dah tutup semua celah. Polis tu terpaksa terjun balik sebab takut jatuh digelek.

Gabenor Colorado dah hampir nak panggil helikopter Apache Tentera Udara untuk tembak misil anti-tank. Bayangkan, sampai tahap tu kerajaan takut dengan seorang tukang kimpal ni.

Selama dua jam, Marvin membalas dendam.
Dia hancurkan 13 bangunan. Kerugian cecah USD 7 Juta (sekitar RM30 juta).

Pekan Granby lumpuh. Bekalan gas bocor, elektrik putus.

Tapi ada satu benda yang pelik.

Walaupun Marvin ada senapang dalam jentolak tu dan walaupun dia tengah marah gila... dia tak tembak orang.

Dia cuma sasarkan bangunan. Harta benda. Simbol kekuasaan mereka yang buli dia.

Bila ada orang awam dekat, dia berhenti atau elak.

Nampak tak? Walaupun dah jadi "raksasa", sisa-sisa kemanusiaan Marvin masih ada. Dia bukan pembunuh. Dia cuma nak hantar mesej: "Kau hancurkan hidup aku, aku hancurkan bangunan kau."

Akhirnya, takdir penamat Marvin tiba.

Semasa dia tengah hancurkan sebuah kedai hardware (milik salah seorang musuh dia), trek jentolak dia tersangkut dalam lubang basement yang runtuh.

Enjin dia mula berasap. Radiator pecah. Jentolak tu mati.

Polis mengepung. Mereka dengar bunyi satu tembakan dari dalam kokpit.

Kemudian sunyi.

Marvin Heemeyer, lelaki yang melawan sistem seorang diri, memilih untuk tamatkan riwayatnya sendiri daripada ditangkap.

Polis ambil masa berjam-jam, malah kena guna pemotong besi oxy-acetylene untuk potong perisai besi yang Marvin buat tu, baru boleh keluarkan mayat dia.

Betapa kukuhnya "keranda" yang dia bina untuk diri dia sendiri.

Kisah Marvin Heemeyer ni tinggalkan perdebatan besar sampai hari ini.

Ada yang kata dia peng**nas. Gila. Jahat sebab musnahkan bandar.

Tapi ramai juga yang anggap dia "Folk Hero" (Wira Rakyat).

Dia simbol kepada orang kecil yang dah muak dibuli oleh orang besar. Dia simbol kepada had kesabaran manusia.

Dalam nota yang ditinggalkan, Marvin tulis:
"I was always willing to be reasonable until I had to be unreasonable. Sometimes reasonable men must do unreasonable things."

(Aku sentiasa sedia untuk bertolak ansur, sampailah aku dipaksa untuk tidak bertolak ansur. Kadangkala, orang yang waras terpaksa buat benda yang tak waras.)

Jadi, apa pengajaran untuk kita?

Jangan buli orang. Jangan ingat bila kita ada kuasa, ada pangkat, kita boleh pijak orang bawah sesuka hati.

Jangan ingat bila kita dah ada kuasa, dah jadi pemimpin, dah pegang negara, kita boleh langgar semua undang-undang. Orang bersalah dilindungi, yang tak bersalah tiba-tiba jadi bersalah.

Kita tak tahu apa yang orang tu sedang pendam.
Kita tak tahu bila "fius" kesabaran dia akan putus.

Mungkin hari ini dia diam, dia senyum, dia angguk.
Tapi dalam diam, mungkin dia sedang "mengimpal" perisai hatinya, bersiap sedia untuk hari pembalasan yang kita takkan mampu halang.

Ingatlah tuan-tuan, setiap orang ada hadnya. Jangan sampai kita jadi punca lahirnya satu lagi "Killdozer" dalam hidup kita.

Sesungguhnya setiap perbuatan zalim itu pasti ada balasannya, sama ada di dunia atau di akhirat.

Kisah Marvin ini adalah satu tragedi yang sepatutnya boleh dielakkan jika sifat tolak ansur dan ehsan wujud dalam hati mereka yang berkuasa.

Moga kita sentiasa dilindungi daripada menzalimi orang lain dan dizalimi oleh mereka yang lupa diri.

___

BILA NO.1 DAN NO.2 TENTERA MASUK MAHKAMAH, NEGARA TERUS SENYAP SEKETIKA.Sebab,Ni bukan pegawai biasa.Bukan kolonel.Bukan...
23/01/2026

BILA NO.1 DAN NO.2 TENTERA MASUK MAHKAMAH, NEGARA TERUS SENYAP SEKETIKA.

Sebab,
Ni bukan pegawai biasa.
Bukan kolonel.
Bukan brigedier.
Ini Panglima Angkatan Tentera.
Ini Panglima Tentera Darat.

Dalam Angkatan Tentera Malaysia.
Bukan persatuan veteran.
Bukan koperasi kem.
PUNCAK RANTAI ARAHAN.
Orang yang orang lain tabik,
yang tandatangan dia boleh gerakkan batalion,
yang suara dia boleh tentukan hidup mati operasi.
Orang yang pegang senjata negara.
Orang yang jaga kedaulatan.
Orang yang bagi arahan, bukan terima arahan.

Apa lagi?

Dan sekarang?
Masuk Mahkamah Khas Rasuah.
GILA AH.
Ni level yang dulu orang tak berani pun bisik nama.

SPRM sahkan,
Izin Peguam Negara dah ada.
Maksud dia apa?
Fail dah tebal.
Bukti dah masak.
Bukan tangkap suka-suka nak test air.

Tak ada drama. Tak ada tarik tali.
Hafizuddiean & isteri,
4 pertuduhan setiap seorang.
Bawah AMLA.
Pengubahan wang haram.
Tambah lagi,
Hafizuddiean kena 2 pertuduhan tambahan di Shah Alam.

Ni bukan kes teknikal.
Ni bukan silap isi borang.
Ini ikut jejak duit.

Ini bukan soal tentera vs SPRM.
Ini soal kuasa terlalu tinggi tanpa cukup semak imbang.
Bila tak diawasi,
bintang kat bahu boleh jadi lesen kebal.

Selama ni orang selalu cakap,
“Yang besar takkan kena.”
“Yang atas kebal.”
“Yang ada bintang selamat.”
Hari ni skrip tu koyak.

Semalam Agong titah perang rasuah habis-habisan.
Mahkamah khas rasuah dah wujud.
Hari ni, kepala piramid kena sentuh.

Kalau ini betul-betul dijalankan sampai habis,
tanpa DNAA,
tanpa NFA,
tanpa exit senyap-senyap,
ini bukan sekadar kes.
Ini mesej kepada seluruh negara.

Ini bukan sekadar pendakwaan.
Ini amaran keras kepada semua elit berseragam dan tidak berseragam.

Tak kira bintang berapa di bahu.
Tak kira jawatan setinggi mana.
Bila duit haram mengalir,
uniform tak boleh jadi perisai.

Biar mahkamah tentukan salah atau tidak.
Tapi hakikat satu benda dah jelas,
Era “tak boleh sentuh” sekarang tengah retak.

Uniform tak sucikan duit.
Bintang tak padamkan jenayah.
Dan jawatan tertinggi negara
tak lagi automatik kebal.

Kalau yang ni pun boleh kena,
yang lain tu…
tolong jangan buat-buat yakin sangat.

Cuma satu je nak tanya, kalau diorang ni didapati bersalah, pencen diorang camana?
Pemakaian diorang p**a?
Bintang di bahu semua tu.. Darjah kebesaran?

Sebab semua tu dah tak layak lagi untuk mereka, malah mencemarkan pemakaian tu sendiri.

Kalau pun nak bagi juga pencen, bagi sajalah pencen SARJAN pada mereka.
Itu pun dah kira baik.

~Nasir Keranjang
(Pengulas Suara Malaya)

Kes di Sibu..Yang viral semalam..teks asal (tulisan dalam bahasa Mandarin) dah di translate ke bahasa MalaysiaAdik mangs...
22/01/2026

Kes di Sibu..
Yang viral semalam..teks asal (tulisan dalam bahasa Mandarin) dah di translate ke bahasa Malaysia

Adik mangsa yang berkongsi cerita kakak nya yang telah meninggal dunia 18 January yang lepas.

SURAT WASIAT ANAK KEPADA BAPANYA

Kakak saya, Wang Qiu Yue,
pada 18 Januari 2026, awal pagi,
telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sibu akibat kanser, pada usia 22 tahun.

Saya dan kakak telah lama
mengalami penderaan fizikal dan mental
daripada ayah kandung dan ibu tiri kami.

Ini adalah sepucuk surat
yang ditulis sendiri oleh kakak saya
sebelum pemergiannya,
ditujukan kepada ayah kami.

Mengikut hasrat terakhirnya,
kami memilih untuk mendedahkan surat ini melalui Facebook.

Kami berharap orang ramai dapat membantu berkongsi.
Jika anda bertemu ayah kami,
kami berharap anda dapat membacakan surat ini dengan kuat kepadanya,
supaya dia tahu bagaimana dia dan isteri mudanya
telah menyebabkan kematian anak kandungnya sendiri.

TEKS ASAL – TERJEMAHAN DALAM BAHASA MALAYSIA

👇👇👇

Papa:

Hari ini ialah 9 Januari 2026.
Papa, saya Wang Qiu Yue, sejak kecil hingga sekarang tidak pernah menulis surat kepada papa.
Surat ini mungkin adalah surat terakhir saya dalam hidup.

Apabila papa menerima surat ini daripada abang ketiga,
saya sudah pergi mencari mama.

Papa,
adakah papa pernah mencintai mama?
Adakah papa pernah mencintai kami, anak-anak papa?

Papa, tahukah papa?
Sejak saya p**ang ke Sibu selepas rawatan kanser tulang di Kuala Lumpur,
setiap hari yang saya hadapi adalah penderaan
daripada isteri muda papa terhadap saya dan adik perempuan saya.

Papa membiarkan dia memukul dan memarahi kami.
Papa hantar kami ke sekolah, tetapi tidak memberi kami sarapan.
Selepas sekolah, dia datang menjemput kami.
Kaki saya masih belum pulih sepenuhnya,
namun dia tidak memberhentikan kereta dan memaksa kami melompat naik.
Saya menahan sakit dan melompat masuk.
Tidak lama kemudian, dia enggan menghantar kami p**ang
dan menyuruh kami berjalan kaki balik.

Papa tahu kaki saya sangat sakit.
Akhirnya, selalunya rakan sekolah yang simpati kepada kami
dan menghantar kami p**ang.

Apabila sampai di rumah,
kami dilarang menggunakan tandas,
dan kami diberi surat amaran
bahawa jika ingin ke tandas pada waktu malam,
kami hanya boleh pergi ke koridor luar.

Hampir semua barang di rumah tidak dibenarkan kami guna:
dapur dikunci, ampaian baju tidak boleh digunakan,
kami hanya boleh menyidai pakaian di dalam bilik.

Dia membuang penyapu kami,
menyapu sampah ke bawah katil kami,
tetapi memberitahu papa bahawa kami tidak mengemas bilik.
Dia membuang sampah ke dalam bilik kami,
masuk secara senyap untuk menggeledah dan merosakkan barang-barang kami,
menggunting pakaian kami dengan gunting,
dan meludah ke atas kasut kami.

Semua ini papa tahu.
Papa hanya melihat dan berdiam diri.

Dia hanya memberi kami nasi putih untuk dimakan.
Papa melihat dengan mata sendiri, tetapi tetap tidak bersuara.
Apabila makan di meja, kami hanya dibenarkan makan sayur.
Apabila adik mengambil seketul daging,
dia hanya berkata, “Kenapa?”
lalu menyiram sup ke muka adik.

Papa berada di sebelah,
namun berpura-pura seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Adik takut talian telefon dipotong,
lalu menyembunyikan wayar di belakang tangannya.
Isteri muda papa terus menggunting lengan adik.
Papa melihat dia menggunting,
baru berkata, “Sudahlah.”

Papa,
tidakkah papa rasa sakit untuk kami?
Kenapa?

Papa,
mengapa selepas papa berkahwin dengan wanita ini,
fikiran papa berubah menjadi begini?

Papa juga mengajar adik
untuk berpura-pura berbakti kepada nenek,
mengatakan nenek ada banyak wang dan emas,
menemani nenek membeli-belah dan makan,
dan apabila nenek meninggal dunia, semuanya akan menjadi milik kami.

Apabila adik memperdengarkan rakaman itu kepada saya,
saya menangis seorang diri.

Papa,
saya baru dua hari keluar dari hospital,
pada jam enam pagi,
papa dan isteri muda papa
mengangkat keluar dapur gas dan semua pinggan mangkuk dari rumah.

Yang paling menyakitkan hati,
papa menemani dia melakukannya.

Papa juga menyampaikan pesan:
katil dan tilam adalah barang dia,
saya tidak dibenarkan tidur,
dan disuruh tidur di lantai.

Papa, saya baru keluar hospital.
Bagaimana papa mahu saya tidur di lantai?
Saya berkata saya tidak mampu bekerja sekarang
dan tidak mempunyai wang untuk membeli katil,
tetapi papa tidak peduli.

Papa berkata papa tidak boleh berbuat apa-apa,
kerana semua arahan datang daripada isteri muda papa,
dan papa mesti menurutinya.

Papa,
saya berharap papa boleh berpegang pada pendirian
dan melakukan perkara yang betul untuk anak-anak papa.

Semua penderitaan yang saya alami,
saya hanya mampu menerimanya sebagai takdir.

Sekarang kanser saya telah berulang,
doktor berkata ia sudah merebak.
Namun papa tetap datang ke hospital setiap hari
dan menyuruh saya mengambil borang pendaftaran daripada abang ketiga
untuk menguruskan urusan kematian saya.

Papa,
adakah saya sudah hampir pergi?
Adakah papa begitu berharap saya mati?

Papa yang saya sayangi,
adakah saya benar-benar tidak layak untuk papa selamatkan?

Sedangkan para doktor masih berusaha menyelamatkan saya.

Papa mengambil IC saya daripada abang ketiga,
mengatakan mahu menguruskan urusan pengebumian.

Saya benar-benar sakit, papa.
Saya benar-benar mencintai papa.

Papa,
adakah papa dan isteri muda papa
benar-benar berharap saya pergi?

Dia menyumpah saya supaya cepat mati.
Papa tidak mengambil peduli tentang keadaan penyakit saya,
papa tidak menyayangi kami,
dan juga tidak membenarkan saudara terdekat menyayangi kami.

Saya berharap selepas saya pergi,
papa akan melayan anak-anak papa dengan baik.

Apabila saya pergi nanti,
saya akan meminta abang ketiga menyerahkan surat ini kepada papa.

Saya berharap papa akan faham
apa yang telah papa lakukan,
sehingga anak-anak papa satu demi satu menjauhkan diri,
malah adik-beradik papa sendiri turut menjauhkan diri.

Saya berharap keputusan yang papa buat
tidak akan papa sesali,
dan benar-benar berbaloi untuk semua yang papa lakukan.

— Wang Qiu Yue

Salam Takziah kepada mangsa

5 BILLION MANUSIA AKAN MATI JIKA PERANG NUCLEAR RUSSIA-US BERLAKU.Pelepasan jelaga ke stratosfera daripada ribut api yan...
21/01/2026

5 BILLION MANUSIA AKAN MATI JIKA PERANG NUCLEAR RUSSIA-US BERLAKU.
Pelepasan jelaga ke stratosfera daripada ribut api yang terhasil akibat perang nuklear antara Amerika Syarikat (AS) dan Russia akan menghalang cahaya matahari dan mengakibatkan lebih 5 bilion penduduk dunia mati kelaparan, demikian menurut satu kajian baharu seperti yang dilaporkan agensi berita United Press International (UPI).

Pasukan penyelidik Universiti Rutgers menerbitkan kajian mereka dalam jurnal Nature Food kelmarin. Penyelidikan berkenaan membentangkan senario yang mungkin berlaku sekiranya AS dan Russia terlibat dalam perang nuklear berskala penuh selama seminggu.

“Perang antara AS, sekutunya dan Russia yang mana kesemua pihak memiliki lebih 90 peratus senjata nuklear global, boleh menghasilkan lebih 150 teragram jelaga dan musim sejuk nuklear,” demikian menurut kajian itu.
Teragram ialah unit ukuran bersamaan dengan 1 trilion gram, manakala model kajian menunjukkan pelepasan jelaga ke atmosfera yang jumlahnya lebih besar daripada 5 teragram, akan mengakibatkan kekurangan makanan secara besar-besaran di hampir semua negara.

“Jelaga akan tersebar secara global dan menutupi bahagian atas atmosfera Bumi. Justeru, keputusan kajian kami adalah relevan tanpa mengira negara mana yang berperang,” kata kajian sama.
Dalam senario perang antara AS dan Russia, purata pengeluaran kalori global daripada tanaman akan berkurangan sekitar 90 peratus dalam tempoh empat tahun selepas perang berlaku. Selain itu, perang nuklear juga akan mengurangkan bekalan ikan global.
Penduduk di kebanyakan negara akan mengambil kalori kurang daripada yang dibakar oleh badan. Ini akan mengakibatkan lebih 5 bilion orang mati menjelang akhir tahun kedua.

Kajian itu mengandaikan bahawa perdagangan antarabangsa selepas perang nuklear akan terhenti dengan negara-negara di Benua Afrika dan rantau Asia Barat “terjejas teruk” akibat penurunan dalam eksport makanan dunia.
“Ketiadaan cahaya matahari, penyejukan global dan kemungkinan sekatan perdagangan selepas perang nuklear merupakan malapetaka global,” kata kajian itu.

Kajian sama juga mewujudkan model untuk jumlah abu nuklear yang lebih kecil dalam senario seperti perang nuklear antara India dan Pakistan, di mana 2 bilion orang berisiko mati kelaparan.
Hasil kajian itu disiarkan di tengah-tengah perang Russia-Ukraine yang mencetuskan kebimbangan antarabangsa mengenai potensi berlakunya perang nuklear dan bencana radiasi menimpa loji janakuasa nuklear Zaporizhzhia. Loji di Ukraine itu adalah janakuasa nuklear terbesar di Eropah. – Agensi

Ingat tak waktu korang buat kad pengenalan (MyKad) ketika umur genap 12 tahun dulu? Memang ramai di kalangan remaja yang...
31/12/2025

Ingat tak waktu korang buat kad pengenalan (MyKad) ketika umur genap 12 tahun dulu? Memang ramai di kalangan remaja yang teruja ada IC sendiri.

Tetapi jangan terlepas pandang p**a, apabila sudah mencecah 18 tahun, korang perlu dapatkan kad pengenalan gantian yang baharu.

Menurut JPN, mengikut Peraturan 18, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007), setiap individu yang telah mencapai umur 18 tahun dan memiliki kad pengenalan bertaraf Warganegara atau Pemastautin Tetap hendaklah membuat gantian kad pengenalan (MyKad dan MyPR) selewat-lewatnya apabila mencapai umur 25 tahun.

Sekiranya tidak menukar dalam tempoh ditetapkan maka kompaun akan dikenakan, kata JPN dalam satu komen balas di akaun Facebook JPN.

Tujuan utama pertukaran ini adalah untuk memastikan maklumat dan gambar pada kad pengenalan merupakan yang terkini selaras dengan perubahan fizikal pemegang kad.

Jom slide untuk tengok info-info mengenai pertukaran kad pengenalan baharu ini.

✍🏻:
🎨:
🔎:
⬆️:

Hutang RM1.3 Trilion: Siapa Sebenarnya Rosakkan Malaysia dan Siapa Cuba Selamatkan?Ramai rakyat Malaysia bercakap tentan...
28/12/2025

Hutang RM1.3 Trilion: Siapa Sebenarnya Rosakkan Malaysia dan Siapa Cuba Selamatkan?

Ramai rakyat Malaysia bercakap tentang hutang negara seolah-olah ia jatuh dari langit atau muncul hanya kerana satu dua individu. Hakikat yang pahit tetapi benar ialah hutang negara dibina sedikit demi sedikit oleh semua Perdana Menteri bermula PM ke-4 hingga hari ini. Bezanya bukan pada ada atau tiada hutang, tetapi berapa banyak, seberapa pantas, dan untuk apa hutang itu dibuat.

Zaman Mahathir Mohamad sebagai PM ke-4, hutang kerajaan persekutuan mula meningkat selari dengan pembangunan pesat negara. Pada awal 1980-an, hutang negara masih rendah, namun menjelang krisis kewangan Asia 1997–1998, hutang kerajaan melonjak melebihi RM300 bilion. Projek mega seperti lebuh raya, KLIA, Putrajaya dan penswastaan besar-besaran memang membawa pembangunan, tetapi ia juga menanam budaya bahawa hutang ialah jalan mudah untuk bergerak laju. Negara membangun dengan pantas, tetapi disiplin fiskal tidak dibina dengan kukuh. Ibarat rumah yang diperbesarkan tanpa pelan jangka panjang, cantik di luar tetapi asas mula retak.

Masuk era Abdullah Ahmad Badawi, hutang negara terus meningkat tetapi secara lebih senyap. Menjelang tahun 2008, hutang kerajaan persekutuan berada sekitar RM240 bilion, kira-kira 40% daripada KDNK. Negara tidak runtuh, tetapi banyak pembaharuan struktural gagal dilaksanakan. Rasuah dan ketirisan tidak ditangani dengan tegas, menyebabkan hutang bertambah tanpa lonjakan produktiviti yang sepadan. Ini seperti rumah yang bocor perlahan-lahan, tetapi tuan rumah hanya menadah baldi tanpa membaiki punca.

Kemudian datang era paling kontroversi, iaitu zaman Najib Razak. Dalam tempoh 2009 hingga 2018, hutang kerajaan persekutuan melonjak daripada sekitar RM240 bilion kepada hampir RM686 bilion. Jika dicampur dengan liabiliti, jaminan kerajaan, dan tanggungan berkaitan syarikat milik kerajaan, jumlah keseluruhan melepasi RM1 trilion. Ini bermakna dalam masa kurang 10 tahun, hutang negara hampir berganda. Lebih parah, sebahagian hutang ini dikaitkan dengan skandal 1MDB yang menyebabkan berpuluh bilion ringgit bocor. Ibarat sebuah keluarga yang membuat pinjaman besar, bukan untuk menambah pendapatan, tetapi untuk menutup lubang lama dan membiayai gaya hidup palsu, akhirnya anak cucu yang terpaksa membayar bil.

Apabila Mahathir Mohamad kembali sebagai PM ke-7 pada 2018, rakyat dikejutkan dengan pendedahan rasmi bahawa hutang dan liabiliti kerajaan sebenar mencecah sekitar RM1.09 hingga RM1.1 trilion. Penting difahami bahawa angka ini bukan semuanya hutang baharu, tetapi hutang lama yang sebelum ini tidak diterangkan secara telus. Namun ketidakstabilan politik menyebabkan usaha pembaikan tidak sempat dilaksanakan secara menyeluruh.

Zaman Muhyiddin Yassin p**a menyaksikan dunia dilanda pandemik COVID-19. Hutang kerajaan meningkat dengan ketara kerana kerajaan terpaksa membelanjakan puluhan bilion ringgit untuk bantuan tunai, subsidi upah, vaksin, dan pakej rangsangan ekonomi. Menjelang 2021, hutang kerajaan persekutuan menghampiri RM1 trilion. Ini hutang darurat untuk menyelamatkan nyawa dan ekonomi, tetapi tetap menambah beban jangka panjang kerana hasil negara merosot pada masa yang sama.

Pentadbiran Ismail Sabri Yaakob mewarisi hutang tinggi dan ekonomi yang masih lemah. Menjelang 2022, hutang kerajaan berada sekitar RM1.07 trilion, dengan nisbah hutang kepada KDNK menghampiri 60%. Pentadbiran ini lebih bersifat bertahan, memastikan negara tidak jatuh lebih teruk, tetapi gagal melakukan reformasi besar untuk mengubah struktur kewangan negara.

Apabila Anwar Ibrahim mengambil alih pada hujung 2022, hutang negara sudah berada sekitar RM1.3 trilion. Ini bukan angka kecil dan bukan warisan ringan. Namun perbezaannya jelas dari sudut pendekatan. Di bawah Anwar, kadar pertumbuhan hutang mula diperlahankan, defisit fiskal dikurangkan secara berperingkat, dan subsidi mula disasar bagi mengelakkan pembaziran berbilion ringgit setiap tahun. Pada masa yang sama, pelaburan asing mula meningkat semula, keyakinan pasaran dipulihkan, dan usaha memerangi rasuah diperkukuh kerana rasuah adalah “hutang tersembunyi” yang paling mahal kepada negara.

Untuk rakyat faham dengan mudah, bayangkan hutang negara ini seperti hutang rumah yang sudah mencecah ratusan ribu ringgit. Kita tidak boleh hapuskan hutang itu dengan maki ayah atau ibu. Kita hanya boleh selesaikan dengan tiga perkara. Pertama, hentikan kebocoran, iaitu rasuah dan salah guna kuasa. Setiap satu bilion ringgit yang bocor kerana rasuah adalah hutang yang perlu dibayar oleh rakyat melalui cukai dan kos sara hidup. Kedua, tingkatkan pendapatan negara melalui pelaburan, produktiviti, dan ekonomi bernilai tinggi, bukan dengan menambah pinjaman. Ketiga, disiplin berbelanja, iaitu berani menolak budaya subsidi membuta tuli dan projek mega yang hanya menguntungkan segelintir dan sebagai mileage politik.

Kesimp**annya, semua Perdana Menteri dari PM ke-4 hingga sekarang menyumbang kepada hutang negara. Ada yang berhutang untuk membangun, ada yang berhutang kerana gagal mentadbir, ada yang berhutang kerana skandal, dan ada yang berhutang kerana krisis global. Tetapi hari ini, buat pertama kali dalam tempoh yang lama, kita melihat usaha serius untuk mengurus hutang, bukan menafikannya, dan untuk mencipta keuntungan masa depan, bukan mewariskan masalah lama. Jika rakyat benar-benar mahu negara ini keluar daripada belenggu hutang, perjuangan itu bukan hanya di Parlimen, tetapi juga dalam sikap kita sendiri. Sokong usaha membanteras rasuah, tolak salah guna kuasa, dan hentikan politik yang meraikan penipuan. Tanpa semua ini, hutang akan terus bertambah walau siapa pun Perdana Menterinya.

Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad
Kangar, Perlis

Address

Bandar Bersejarah
Teluk Intan
36000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Teluk Intan Di Hatiku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Teluk Intan Di Hatiku:

Share