Pejabat Daerah Dan Tanah Hilir Perak, Teluk Intan

Pejabat Daerah Dan Tanah Hilir Perak, Teluk Intan Selamat melayari laman Pejabat Daerah & Tanah Hilir Perak,
Teluk Intan

https://ptg.perak.gov.my/portal/web/teluk-intan

15/08/2026

Tarian Dabus bukan sekadar sebuah persembahan tradisional, tetapi merupakan antara warisan seni yang mempunyai kaitan rapat dengan sejarah dan keberanian masyarakat Melayu Perak. Dipercayai telah dikenali di Perak sejak kira kira 200 tahun lalu, kesenian ini bertapak di beberapa kawasan termasuk Tanjung Bidara di Bagan Datoh, Pulau Tiga di Perak Tengah dan Pasir Panjang Laut di Sitiawan. Menariknya, asal usul Dabus mempunyai beberapa versi, termasuk cerita yang mengaitkannya dengan Aceh dan pedagang dari Baghdad yang membawa kesenian ini ke pesisir Perak.

Keunikan Tarian Dabus semakin terserlah apabila penarinya bukan sahaja bergerak mengikut rentak rebana, malah memperlihatkan aksi yang menggambarkan keberanian seorang pahlawan. Dalam persembahan tradisional, penari menggunakan anak Dabus dan pada penghujung persembahan, lengan dicucuk sebagai sebahagian daripada adat persembahan. Dahulu, pelbagai senjata seperti keris, pisau belati, kapak kecil dan batu guling turut digunakan bagi menambahkan unsur keberanian dan kehebatan persembahan.

Ada juga kisah yang mengaitkan orang Dabus dari Manjung dengan peristiwa lanun di perairan Selat Melaka pada zaman dahulu. Cerita tentang pahlawan Dabus yang dikatakan membantu menentang ancaman lanun menjadikan kesenian ini lebih daripada sekadar tarian, malah menjadi sebahagian daripada cerita keberanian yang diwariskan dari satu generasi ke satu generasi. Hari ini, apabila semakin banyak seni tradisional berdepan cabaran untuk terus dikenali, kisah Tarian Dabus mengingatkan kita bahawa di sebalik setiap gerak tari, paluan rebana dan senjata yang digunakan, tersimpan sejarah panjang sebuah negeri yang wajar terus dikenang.

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK 1448H/2026MTELUK INTAN, 14 OGOS 2026 – Pejabat Agama Islam Daer...
14/08/2026

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK 1448H/2026M

TELUK INTAN, 14 OGOS 2026 – Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak telah menganjurkan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Hilir Perak 1448H/2026M bertempat di Masjid As-Saadah, Kampung Selabak, hari ini.

Majlis tersebut telah disempurnakan pelancarannya oleh Orang Besar Jajahan Hilir Perak, YBhg. Orang Kaya-Kaya Laksamana Raja Mahkota Mejar (K) Dato' Haji Meor Redwan bin Mahayudin.

Pengisian majlis turut diseri dengan alunan suci ayat-ayat Al-Quran yang diperdengarkan oleh Adik Meor Teguh Ardhani bin Meor Khairol Nizam, Johan Tilawah Al-Quran Ihtifal KAFA Kebangsaan 2023. Majlis kemudiannya diteruskan dengan Ceramah Khas Maal Hijrah yang disampaikan oleh pendakwah terkenal, Al-Fadhil Ustaz Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim (PU Amin) bagi menyuntik penghayatan dan pengajaran ikhtiar hijrah kepada para hadirin.

Dalam ucapan perasmian, YBhg. Orang Besar Jajahan Hilir Perak menegaskan bahawa Hijrah bukan sekadar pertukaran angka dan tahun pada kalendar Islam, sebaliknya ia adalah ikhtiar perubahan daripada kelemahan kepada kekuatan, dari sifat-sifat mazmumah kepada akhlak mahmudah, serta memperkukuh hubungan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Beliau turut menyeru agar masyarakat menjadikan semangat Hijrah sebagai pendorong untuk membina daerah yang lebih sejahtera, harmoni dan berilmu.

Majlis turut meraikan penyampaian Anugerah Tokoh Maal Hijrah Daerah Hilir Perak 1448H/2026M yang dianugerahkan kepada Ustaz Jaafar bin Puteh. Pengiktirafan ini diberikan atas jasa, pengorbanan dan khidmat bakti beliau yang berterusan selama lebih lima dekad dalam bidang pendidikan, dakwah, pentadbiran agama serta kepimpinan masyarakat, termasuk perkhidmatan beliau sebagai Imam Masjid Melayu Teluk Intan sejak tahun 1999.

Turut hadir dalam majlis ini ialah ADUN Changkat Jong, YB Tuan Haji Nadziruddin bin Mohamed Bandi; Pegawai Daerah Hilir Perak selaku Pengerusi Induk Sambutan, YBrs. Puan Mufidah binti Mahfodz; Pegawai Tadbir Agama Daerah Teluk Intan, YBrs. Dr. Ahmad Muzammil bin Mohamed Shapawi; Jurutera Daerah JKR Hilir Perak, YBrs. Ir. Sudin bin Hashim; Jurutera Daerah JPS Hilir Perak, YBrs. Ir. Zamrie bin Mansor; Pengerusi Masjid As-Saadah Kampung Selabak, Tuan Haji Muhammad Zamhana bin Ismail; serta barisan Ketua-Ketua Jabatan dan wakil Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan Daerah Hilir Perak.

Pejabat Agama Islam Daerah Teluk Intan






14/08/2026

Jika anda nampak Menara Condong Teluk Intan berwarna hijau, ketahuilah… cahaya itu membawa sebuah harapan.

Di sebalik pancaran hijau tersebut, ada pesakit yang masih menanti peluang untuk meneruskan kehidupan ❤️

Bersempena Minggu Kesedaran Pendermaan Organ (MKPO) 2026, mercu tanda kebanggaan Teluk Intan ini disinari cahaya hijau sebagai simbol harapan, kehidupan dan sokongan terhadap usaha pendermaan organ.

Kerana bagi sesetengah insan, satu ikrar hari ini mungkin menjadi peluang untuk satu kehidupan diteruskan pada masa hadapan.

Hijau itu bukan sekadar cahaya.
Hijau itu harapan.

Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak

𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗥 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞Jom ramai-ramai hadir ke 𝗣𝗮𝘀𝗮𝗿 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗵𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸 bagi mendapatkan pelbagai bara...
13/08/2026

𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗥 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞

Jom ramai-ramai hadir ke 𝗣𝗮𝘀𝗮𝗿 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗵𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸 bagi mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga berpatutan! 🛒✨

📅 Tarikh : 22 Ogos 2026 (Sabtu)
🕣 Masa : 8.00 pagi
📍 Lokasi : Kampung Sungai Jejawi

Pelbagai jualan menarik menanti anda termasuk hasil segar pertanian, barangan makanan serta keperluan harian untuk seisi keluarga.

Jangan lepaskan peluang menikmati suasana membeli-belah yang lebih jimat dan meriah bersama komuniti setempat.
Jumpa anda di sana...

PROGRAM PERANCANGAN HARTA KEPADA PENGERUSI JPKK DAERAH HILIR PERAKHilir Perak, 10 Ogos 2026- Telah diadakan Program Pera...
13/08/2026

PROGRAM PERANCANGAN HARTA KEPADA PENGERUSI JPKK DAERAH HILIR PERAK

Hilir Perak, 10 Ogos 2026- Telah diadakan Program Perancangan Harta kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Daerah Hilir Perak anjuran bersama Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak (PDT Hilir Perak) dan Amanah Raya Berhad Cawangan Teluk Intan.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan Pengerusi JPKK berkaitan kepentingan perancangan harta, pengurusan serta pentadbiran harta pusaka secara teratur. Peserta turut diberikan penerangan mengenai kaedah perancangan harta yang bersesuaian serta langkah-langkah yang boleh diambil bagi memastikan urusan pewarisan harta dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan teratur pada masa hadapan.

Kerjasama strategik antara PDT Hilir Perak dan Amanah Raya Teluk Intan ini diharapkan dapat memperkukuh pengetahuan Pengerusi JPKK untuk seterusnya menyampaikan maklumat dan kesedaran berkaitan perancangan harta kepada masyarakat di peringkat akar umbi.

Program berlangsung dalam suasana interaktif dengan sesi penerangan, perkongsian maklumat dan soal jawab yang memberi peluang kepada peserta mendapatkan penjelasan secara terus daripada pihak Amanah Raya berkaitan isu-isu perancangan dan pengurusan harta.

Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif yang ditetapkan serta memberi manfaat kepada para peserta dalam meningkatkan kefahaman mengenai kepentingan merancang harta lebih awal demi memastikan kebajikan waris dan kelangsungan pengurusan harta pada masa akan datang.

13/08/2026

🔊🔊Makluman tinggal 60 hari lagi🔊🔊

📢INSENTIF PERAK SEJAHTERA PRIHATIN RAKYAT 2026 ✅

🚨 60 HARI TERAKHIR!

Masa semakin suntuk! Inilah peluang terbaik untuk anda menjimatkan kos melalui
Insentif Perak Sejahtera Prihatin Rakyat 2026.

💛 Manfaatkan:
Pengecualian denda tertentu✅
Diskaun sehingga 30%✅
Diskaun 20% bagi urus niaga terpilih ✅
Pelanjutan tempoh bayaran dan tempoh sah notis✅

‼️Jangan tunggu saat akhir ‼️

Tawaran berakhir pada
(‼️‼️30 September 2026‼️‼️)

Bertindak hari ini, nikmati penjimatan berganda.

Sebarang Pertanyaan, tuan/puan boleh terus menghubungi di talian :
☎️ Tel : 05-2095000

Atau email kepada : 💻[email protected]

Atau hubungi WhatsApp unit HASIL :
☎️ Tel : 018-9500876

12/08/2026
SEMANGAT PATRIOTISME DILESTARIKAN MENERUSI PROGRAM JELAJAH 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG DAERAH HILIR PERAKTELUK INTAN, 12 OG...
12/08/2026

SEMANGAT PATRIOTISME DILESTARIKAN MENERUSI PROGRAM JELAJAH 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG DAERAH HILIR PERAK

TELUK INTAN, 12 OGOS 2026 – Semangat patriotisme dan cintakan negara terus disemarakkan menerusi Program Jelajah 1 Rumah 1 Jalur Gemilang Peringkat Daerah Hilir Perak Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026 yang bermula meriah di Dataran Menara Condong, di sini, hari ini. Majlis perasmian dan pelepasan konvoi telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Mufidah binti Mahfodz, Pegawai Daerah Hilir Perak.

Menurut beliau, program ini bukan sekadar aktiviti simbolik, malah menjadi pemangkin dalam memupuk perpaduan serta menyemarakkan rasa bangga terhadap identiti negara selari dengan aspirasi Perak Makmur, Rakyat Sejahtera serta teras Sejahtera Sosial di bawah agenda Perak Sejahtera 2030.

Program jelajah ini menyaksikan penyertaan sebanyak 17 buah kenderaan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang bergerak secara konvoi melintasi setiap mukim di Daerah Hilir Perak. Penyerahan bendera Jalur Gemilang disampaikan secara serahan tangan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di mukim-mukim yang dilawati bagi memastikan mesej kesedaran sampai ke peringkat akar umbi, sebelum siri jelajah ini berakhir di Dewan MPTI Langkap bagi sesi penyerahan bendera untuk kawasan Mukim Langkap.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Meor Redwan bin Mahayudin, Orang Kaya-Kaya Laksamana Raja Mahkota (Orang Besar Jajahan Hilir Perak), YBrs. Dr. Norakmar binti Ibrahim, Setiausaha Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), YDhg. ACP Chua Kok Lian, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, YBrs. Ir. Sudin bin Hashim, Jurutera Daerah Hilir Perak (JKR), serta YBrs. Encik Asdazairi bin Daut dari Cawangan Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penerangan Negeri Perak. Turut sama menjayakan program ini ialah ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, penghulu-penghulu mukim, serta barisan kepimpinan komuniti Daerah Hilir Perak.

Pelaksanaan program seumpama ini diharapkan dapat menterjemahkan semangat perpaduan dan mendorong seluruh warga Hilir Perak untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman, premis perniagaan, serta jabatan masing-masing sepanjang Bulan Kebangsaan ini.

🇲🇾 Ayuh Kibarkan Jalur Gemilang, Semarakkan Semangat Merdeka! 🇲🇾

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
Jabatan Penerangan Negeri Perak
Pejabat Penerangan Daerah Hilir Perak
Merdeka360






Address

Jalan Changkat Jong
Teluk Intan
36000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6056221766

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah Dan Tanah Hilir Perak, Teluk Intan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share