03/11/2025
KARNIVAL SUKAN REJIMEN 503 ASKAR WATANIAH
IPOH, Perak: Pada 24 - 26 Oktober telah berlangsungnya Latihan Berterusan peringkat Rejimen 503 Askar Wataniah. Aktiviti utama latihan kali ini adalah penganjuran Karnival Sukan peringkat Rejimen 503 Askar Wataniah.
Antara acara yang dipertandingkan adalah Futsal (Lelaki), Bola Jaring (Wanita) dan Bola Tampar (Campuran). Tiga Batalion telah mengambil bahagian dimana setiap Batalion menghantar dua pasukan bagi setiap acara dipertandingkan.
Edisi kali ini menyaksikan Batalion Kedua Rejimen 503 Askar Wataniah telah menjadi Johan Keseluruhan dengan menjuarai kesemua acara yang dipertandingkan. Naib Johan disandang oleh Batalion Pertama manakala Batalion Ketiga p**a mendapat tempat ketiga.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg Brig Jen Syed Nasir bin Syed Mahadi, Komander Rejimen 503 Askar Wataniah sejurus selepas menyaksikan perlawanan akhir.