JPKK Kampung Selabak Luar

JPKK Kampung Selabak Luar JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN PENTADBIRAN KAMPUNG SELABAK LUAR

05HB-06-2026 | JUMAATAlhamdulillah, telah selesai Mesyuarat Bulanan Bil. 3 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kamp...
05/06/2026

05HB-06-2026 | JUMAAT

Alhamdulillah, telah selesai Mesyuarat Bulanan Bil. 3 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Selabak Luar yang berlangsung dengan lancar dan penuh semangat kerjasama.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang hadir serta memberikan komitmen, pandangan dan kerjasama yang baik sepanjang mesyuarat berlangsung.

Semoga segala keputusan dan perancangan yang telah dibincangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kemajuan serta kesejahteraan penduduk Kampung Selabak Luar.

"Bersatu Membina, Bersama Memajukan Kampung."

Pengerusi JPKK Kampung Selabak Luar ✨

Pengerusi serta barisan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg Selabak Luar merakamkan setinggi-ting...
27/05/2026

Pengerusi serta barisan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg Selabak Luar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada AMANAH Kawasan Teluk Intan atas komitmen dan kesudian bersama-sama meraikan komuniti India di Kampung Glouster melalui penganjuran Jamuan Muhibbah Aidiladha.

Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim, malah mencerminkan semangat perpaduan, kebersamaan serta saling menghormati antara kaum yang sentiasa menjadi kekuatan masyarakat majmuk di Teluk Intan.

Semoga usaha murni seperti ini terus diperkasakan demi memperkukuhkan semangat muhibbah, persefahaman dan keharmonian dalam kalangan komuniti pelbagai kaum dan agama.

“Pengorbanan Menuntut Keikhlasan”

Nor Hafizah Andul Hanid
Pengerusi JPKK Kg Selabak Luar

Pengerusi serta barisan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg Selabak Luar merakamkan setinggi-ting...
27/05/2026

Pengerusi serta barisan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg Selabak Luar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada AMANAH Kawasan Teluk Intan atas sumbangan seekor lembu sempena Program Ibadah Korban Aidiladha Tahun 2026.

Alhamdulillah, ibadah korban tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan lancar di Surau An-Nur, Batu 6 Kg Glouster, hasil kerjasama erat semua pihak serta semangat gotong-royong masyarakat setempat.

Semoga segala usaha, sumbangan dan pengorbanan yang diberikan mendapat keberkatan serta ganjaran yang berlipat kali ganda daripada Allah SWT, di samping terus mengeratkan ukhuwah dan kebersamaan dalam komuniti.

“Pengorbanan Menuntut Keikhlasan”

Nor Hafizah Abdul Hanid
Pengerusi JPKK Kg Selabak Luar

📚✨ Sambutan Hari Guru 2026 | Guru Bitara, Nadi Negara ✨📚Alhamdulillah, bersempena sambutan Hari Guru 2026, Pengerusi JPK...
22/05/2026

📚✨ Sambutan Hari Guru 2026 | Guru Bitara, Nadi Negara ✨📚

Alhamdulillah, bersempena sambutan Hari Guru 2026, Pengerusi JPKK Kampung Sepabak Luar dan Pengerusi JPKK Kampung Selabak Dalam berkesempatan menziarahi dan menyampaikan penghargaan kepada warga pendidik di beberapa buah sekolah sekitar kawasan ini sebagai tanda terima kasih atas jasa dan pengorbanan para guru dalam mendidik anak bangsa❤️

Antara sekolah yang sempat kami kunjungi:
📍 SK Selabak
📍 Kolej Vokasional Teluk Intan
📍 SMK Abdul Rahman Talib
📍 SK Tebok Banjar

Sesungguhnya, guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi pembina masa depan dan pencorak generasi. Terima kasih cikgu atas segala dedikasi, kesabaran dan pengorbanan yang tidak ternilai.

Jasa cikgu, kami kenang selamanya.

Selamat Hari Guru 2026! 🌹

24HB-04-2026 | JUMAAT | JAMUAN RAYA JPKK KAMPUNG SELABAK LUARMajlis diteruskan dengan Jamuan Raya yang penuh meriah dala...
24/04/2026

24HB-04-2026 | JUMAAT | JAMUAN RAYA JPKK KAMPUNG SELABAK LUAR

Majlis diteruskan dengan Jamuan Raya yang penuh meriah dalam suasana ukhuwah dan kebersamaan.

🙏 Setinggi-tinggi penghargaan dan TERIMA KASIH diucapkan kepada semua AJK JPKK, JKP AMANAH Kawasan serta Pengerusi-pengerusi JPKK yang telah hadir memeriahkan dan menyerikan majlis ini.

Semoga hubungan silaturahim yang terjalin terus diperkukuh demi kesejahteraan dan kemajuan komuniti Kampung Selabak Luar.

24HB-04-2026 | JUMAAT | MESYUARAT BIL.2 JPKK KAMPUNG SELABAK LUAR TAHUN 2026Alhamdulillah, Mesyuarat Bulanan Bil. 2 JPKK...
24/04/2026

24HB-04-2026 | JUMAAT | MESYUARAT BIL.2 JPKK KAMPUNG SELABAK LUAR TAHUN 2026

Alhamdulillah, Mesyuarat Bulanan Bil. 2 JPKK Kampung Selabak Luar telah berjaya dilaksanakan dengan baik, membincangkan pelbagai perkara berkaitan pembangunan kampung, kebajikan penduduk serta perancangan aktiviti semasa bagi memastikan kesejahteraan komuniti terus terpelihara.

Mesyuarat ini turut menjadi platform penting dalam menyelaras gerak kerja serta memperkukuhkan kerjasama antara Ahli Jawatankuasa demi kelancaran pentadbiran JPKK Kampung Selabak Luar.

05HB-04-2026 | AHAD | PROGRAM MADANI RAKYAT PERAKSebagai Pengerusi JPKK, saya amat menyambut baik penganjuran Program MA...
06/04/2026

05HB-04-2026 | AHAD | PROGRAM MADANI RAKYAT PERAK

Sebagai Pengerusi JPKK, saya amat menyambut baik penganjuran Program MADANI Rakyat 2026 kerana ia benar-benar mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

Sepanjang tiga hari berlangsung, pelbagai inisiatif telah dibawakan—daripada peluang pekerjaan, khidmat kesihatan, bantuan kebajikan hinggalah kepada Jualan RAHMAH yang sangat membantu meringankan beban kos sara hidup.

Penghimpunan pelbagai jabatan dan agensi di satu lokasi jelas memudahkan urusan rakyat tanpa perlu ke banyak tempat. Inilah pendekatan yang lebih efisien dan prihatin terhadap keperluan masyarakat.

Dalam suasana dunia yang mencabar dan memberi tekanan kepada ekonomi rakyat, kehadiran serta komitmen kerajaan amat dirasai. Usaha seperti ini membuktikan bahawa kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Insya-Allah, dengan semangat kebersamaan dan kerjasama semua pihak, kita akan terus kuat menghadapi cabaran serta membina masa depan yang lebih sejahtera untuk komuniti, negeri dan negara.



20/03/2026

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri,

Syawal menjelang hati mula tunduk dalam diam, menghitung segala khilaf yang pernah terlepas, menyedari betapa banyaknya luka yang mungkin tanpa sedar kita tinggalkan.

Di ambang Hari Kemenangan ini, saya tidak membawa apa-apa selain harapan, agar segala salah diampunkan, segala kata yang mengguris dimaafkan, dan segala sikap yang menyakitkan dilupakan.

Andai pernah tersilap tutur, terkasar bahasa, terlebih langkah atau terkurang adab, saya mohon maaf.

Syawal bukan sekadar hari bergembira, tetapi hari untuk menjadi manusia yang lebih lembut hatinya, lebih ikhlas memaafkan dan lebih menghargai setiap yang masih ada.

Semoga kita semua dipertemukan dengan Syawal yang penuh keberkatan dan Semoga Allah SWT menerima semua amal ibadah kita dan menjadikan kita kembali dalam keadaan yang suci.

✨Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin✨

Jom semuakita ke Hari Bertemu Pelanggan Kersjasn Negeri Perak Sesi 2 bagi Tahun 2026 ini
10/03/2026

Jom semua
kita ke Hari Bertemu Pelanggan Kersjasn Negeri Perak Sesi 2 bagi Tahun 2026 ini

🔥 𝟔 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈 🔥

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟔

📅 16 Mac 2026 (Isnin)
⏰ 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Stadium Indera Mulia, Ipoh

💬 Datang bersama keluarga, jiran tetangga & rakan-rakan!
Suara anda didengar, urusan anda dibantu.

✨ Menarik menanti anda:
✅ Pelbagai jabatan & agensi kerajaan di satu lokasi
✅ Maklumat perkhidmatan kerajaan secara segera dan tepat
✅ Jualan pelbagai jenis barang dan keperluan asas harian pada harga LEBIH RENDAH & BERPATUTAN

🎉 MASUK PERCUMA
🎯 JANGAN LEPASKAN PELUANG
📣 SUARA ANDA, KEUTAMAAN KAMI

Moh kiter ramai-ramai! 💛

Dengan penuh rasa dukacita, pihak JPKK Kampung Selabak Luar merakamkan Ucapan TAKZIAH kepada seluruh ahli keluarga dan w...
09/03/2026

Dengan penuh rasa dukacita, pihak JPKK Kampung Selabak Luar merakamkan Ucapan TAKZIAH kepada seluruh ahli keluarga dan waris Arwah Adik Adham Faisal atas pemergian beliau pada pagi tadi.

Sesungguhnya pemergian arwah amat menyentuh hati kita semua. Arwah telah kembali ke rahmatullah pada bulan yang mulia, ketika sedang dalam perjalanan menuntut ilmu satu perjalanan yang sangat mulia di sisi Allah.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, melapangkan kuburnya, dan menempatkan arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga seluruh ahli keluarga diberi ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang berat ini.

Al-Fatihah.

Address

Kampung Selabak Luar
Teluk Intan
36000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Kampung Selabak Luar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share