03/09/2026
🇲🇾🚶🏻♀️🚶♂️JALAN SANTAI PULAU BETONG (5KM) 🚶♂️🚶🏻♀️🇲🇾
Ayuh seluruh warga Barat Daya dan kawasan sekitarnya! Jom kita beramai-ramai memeriahkan aktiviti *Jalan Santai Pulau Betong* sempena Festival Penang2030 Daerah Barat Daya 2026: Menyusur Warisan Menyemai Budaya!
📅 Sabtu, 12 September 2026, 7.00 pg
📍 SK Tan Sri Awang Had Salleh, Pulau Betong
Dengan yuran pendaftaran *hanya RM10*, pelbagai hadiah menarik *bernilai RM30 * menanti anda!
🎁 TIKET CABUTAN BERTUAH (hadiah keseluruhan bernilai RM16,000 )
🍶 *TYESO SLIM 8706B 600ML ORIGINAL* BERNILAI RM30
🍰 KUIH MUIH
☕️ AIR MINUMAN
🥤 AIR MINERAL
✉️ E-SIJIL
Daftar sekarang di sini:
https://bit.ly/jalansantai2026
DAFTAR SEGERA! Hanya untuk 500 orang TERAWAL sahaja. Lambat melepas….
Selain Jalan Santai, ada juga aktiviti sukan rakyat, pertandingan, dan lain-lain :
🎁 Jualan Rahmah
🏪 Gerai Jualan Makanan
🌍 Pameran dan Demonstrasi Agensi Kerajaan
🎨 PERTANDINGAN MEWARNA
🦊 MUSANG BERJANGGUT
🎱 CONGKAK
🚲 LUMBA BASIKAL LAMBAT
🍁 TARIK UPEH
🎳 BOLING KELAPA
⚽️ PENALTI SARONG
🏀 NETBALL SHOOT OUT
🎤 PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK
👗 PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM
Ayuh semua!
Bawa bersama keluarga, sahabat dan jiran tetangga. Mari beramai-ramai kita memeriahkan Jalan Santai dan Festival Penang2030 ini dengan berpakaian tradisional dan bawa semangat patriotik, perpaduan dan cinta kepada warisan dan budaya negara! 🇲🇾
🏣Program ini adalah anjuran Pejabat Daerah Barat Daya bersama-sama MPKK Pulau Betong👮♀️