Benedict Asmat

Benedict Asmat Calon Barisan Nasional N.47 Telupid
CALON NOMBOR 9




Terima kasih semua.Mari terus bekerjasama untuk memastikan kesejahteraan setiap masyarakat di Telupid dapat ditingkatkan...
30/11/2025

Terima kasih semua.

Mari terus bekerjasama untuk memastikan kesejahteraan setiap masyarakat di Telupid dapat ditingkatkan.

Tuhan memberkati.

INGATAN MESRA KEPADA SEMUA PENGUNDIKepada semua pengundi yang akan keluar mengundi, saya menyeru kepada anda semua agar ...
28/11/2025

INGATAN MESRA KEPADA SEMUA PENGUNDI

Kepada semua pengundi yang akan keluar mengundi, saya menyeru kepada anda semua agar sentiasa berhati-hati dan mengutamakan keselamatan sepanjang proses pembuangan undi. Rancang perjalanan lebih awal, patuhi arahan petugas, dan pastikan dokumen pengenalan diri dibawa bersama.

Elakkan provokasi, patuhi peraturan di kawasan pusat mengundi, dan hormati hak semua pengundi lain. Pastikan anda berada di saluran yang betul dan ikuti laluan yang ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan.

Saya mendoakan agar proses pengundian berjalan lancar dan semua pengundi dapat menunaikan tanggungjawab dengan selamat dan teratur.

Terima kasih kerana menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat.

28/11/2025

Kita semua sama saja, we work as team. Terima kasih kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang tidak putus-putus memberikan saya semangat dan bantuan daripada pelbagai aspek. Kehadiran kalian semua dalam perjuangan ini pasti akan saya ingati, dan pasti akan menjadi wadah perjuangan untuk memastikan Telupid sejahtera. Terima kasih sekali lagi, kita sudah berjuang sehingga ke hari ini.

Dan segala usaha ini adalah untuk daerah Telupid yang kita cintai. Untuk lima tahun akan datang, saudara dan saudari, mari bersama-sama dengan saya, kita tingkatkan kesejahteraan masyarakat di daerah Telupid.

Aspirasi saya luas, dan saya memerlukan anda semua untuk bersama-sama saya. Mari kita realisasikan ini semua. Berikan saya peluang.

Tuhan memberkati kalian semua.

Saudara saudari, tuan-tuan dan puan-puan, sekali lagi, inilah aspirasi yang saya cuba terjemahkan untuk daerah Telupid d...
28/11/2025

Saudara saudari, tuan-tuan dan puan-puan, sekali lagi, inilah aspirasi yang saya cuba terjemahkan untuk daerah Telupid dalam tempoh lima tahun ini.

Mari kita bersama-sama merealisasikan segala aspirasi ini demi meningkatkan kesejahteraan masyarakat di daerah yang kita cintai ini.

Saya yakin, dengan kerjasama yang erat antara kita dan semua pihak yang lain, akan menjadikan daerah Telupid sebagai sebuah daerah yang disegani di seluruh negeri Sabah. Slogan? Saya kira tidak, ini adalah aspirasi kita bersama, untuk masyarakat Telupid yang lebih sejahtera.

Mari, berikan saya peluang untuk tempoh lima tahun ini. Tuhan memberkati kalian semua.





Sebelum menutup hari kempen, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan di Kampun...
28/11/2025

Sebelum menutup hari kempen, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan di Kampung Perancangan Nangoh, Sualok, dan Bambangan, yang telah menyambut baik kehadiran saya bersama dengan rakan seperjuangan pada 26 November.

Semoga semangat yang kamu berikan kepada saya akan menjadi satu petanda untuk kita dapat bersama-sama meningkatkan kesejahteraan masyarakat di daerah Telupid ini untuk tempoh lima tahun akan datang.

Rakan-rakan semua, berikan saya peluang untuk nafas baharu di Telupid ini. Bukan sekadar slogan, tapi satu penyelesaian.

Mari sama-sama kita kasi tingkat kesejahteraan masyarakat di daerah Telupid ini. Tuhan memberkati!





28/11/2025

Terima kasih semua.

Mari sama-sama saya dalam tempoh lima tahun ini untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat di Telupid.





28/11/2025

Saya Benedict Asmat, calon Nombor 9 untuk PRU DU Sabah ke-17 di N.47 Telupid, menyeru dan merayu kepada tuan-tuan dan puan-puan, untuk memberikan saya mandat menjadi wakil rakyat di DU Telupid ini.

Berikan saya peluang ini, dan kita sama-sama bekerja bersama untuk merealisasikan kesemua aspirasi yang saya telah gariskan. Kita berjalan bersama untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat di daerah Telupid yang kita cintai ini.

Undi anda kepada saya adalah sangat berharga.
Undi anda kepada saya adalah suatu yang sangat istimewa.

Sekali lagi, mari bersama-sama saya, untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat di daerah Telupid.

Tuhan memberkati saudara saudari, tuan-tuan, dan puan-puan sekalian.

Selamat mengundi.

Garit CALON NOMBOR 9!
Garit CALON NOMBOR 9!
Garit CALON NOMBOR 9!





28/11/2025

Berikan saya peluang untuk melaksanakan kesemua aspirasi yang saya telah sampaikan.

Kita sama-sama kasi tingkat kesejahteraan masyarakat di daerah Telupid ini dalam tempoh lima tahun akan datang.

Bukan sekadar slogan, tapi sebuah penyelesaian.

Garit CALON NOMBOR 9!
Garit CALON NOMBOR 9!
Garit CALON NOMBOR 9!





28/11/2025

Semua ini pasti akan membakar semangat saya untuk membangunkan daerah Telupid dalam tempoh lima tahun akan datang.

Bagi saya peluang, dan mari sama-sama saya untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat di Telupid.

Bukan sekadar slogan, tapi penyelesaian.





28/11/2025

Saya percaya kita pasti dapat meningkatkan kesejahteraan masyarakat di Telupid. Bagi saya peluang untuk menggunakan segala pengalaman yang saya ada.

Garit CALON NOMBOR 9!
Garit CALON NOMBOR 9!
Garit CALON NOMBOR 9!





28/11/2025

Saya masih ingat pada tahun itu, tuan Somohi datang jauh dari Telupid untuk berurusan di Pejabat Daerah Beluran bagi menguruskan berkaitan tanah di Kampung Taviu.

Pada ketika itu, saya dengan segala upaya dan pengetahuan yang saya cuba membantu memudahkan pengurusan beliau. Syukur pada tahun 2007, permohonan berkenaan tidak sia-sia apabila permohonan beliau bersama dengan 145 pemohon yang lain di Kampung Taviu telah berjaya.

Terima kasih kepada tuan Somoihi kerana mempercayakan saya.





Address

Telupid
89320

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Benedict Asmat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share