RISDA Daerah Temerloh

RISDA Daerah Temerloh RISDA ditubuhkan khusus untuk membimbing sektor pekebun kecil ke arah kemajuan ekonomi dan sosial.
(1)

17/08/2026

Alhamdulillah, rezeki hari ini! Selesai Jualan Getah Berkelompok Kg Bukit Licin (17/08/2026).
✨ Peserta: 26 orang
Berat Keseluruhan: 4,283 kg
SMR20: RM9.09
DRC: 58.00%
Harga Jualan: RM4.51 /kg
Pembeli: RPSB

Terima kasih semua yang terlibat. Semoga berkat usaha bersama! 🀝πŸ’ͺ

Jualan kali pertama telah berjaya dilaksanakan pada 17 Ogos 2026 di Kg Penderas, melibatkan 9 orang peserta dengan jumla...
17/08/2026

Jualan kali pertama telah berjaya dilaksanakan pada 17 Ogos 2026 di Kg Penderas, melibatkan 9 orang peserta dengan jumlah jualan 1,324 kg getah pada harga RM4.30/kg. Program ini menunjukkan sambutan yang baik serta memberi peluang kepada pekebun memperoleh harga terbaik dan berpatutan melalui pembelian oleh RPSB.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pejabat RISDA Daerah Temerloh atas usaha dan komitmen dala...
12/08/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pejabat RISDA Daerah Temerloh atas usaha dan komitmen dalam menjayakan Program Jualan Getah Berkelompok (SKRAP).
Program ini merupakan satu inisiatif yang amat bermakna dalam membantu pekebun kecil mendapatkan harga jualan yang lebih baik, di samping meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan mereka.

Kerjasama, sokongan dan dedikasi semua pihak yang terlibat amatlah dihargai. Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa akan datang demi manfaat serta kemajuan para pekebun kecil.

Terima kasih RISDA kerana sentiasa prihatin dan bersama pekebun kecil.


πŸ”₯ JUALAN BERGERAK RISDA – KG PURUN πŸ”₯Alhamdulillah, Jualan Bergerak telah dilaksanakan pada 12 Ogos 2026 di Kampung Purun...
12/08/2026

πŸ”₯ JUALAN BERGERAK RISDA – KG PURUN πŸ”₯

Alhamdulillah, Jualan Bergerak telah dilaksanakan pada 12 Ogos 2026 di Kampung Purun, melibatkan seramai 7 orang peserta dengan jumlah berat getah sebanyak 1,270 kg. πŸ’ͺ

πŸ“Š Butiran Jualan:
πŸ“ Lokasi: Kg Purun
πŸ‘₯ Peserta: 7 orang
βš–οΈ Berat: 1,270 kg
πŸ’§ DRC: 57.0% – 57.5%
πŸ’° Diskaun: RM1.50/kg
πŸ”₯ Harga: RM4.33 – RM4.40/kg
πŸ“ˆ SMR 20: 910 sen/kg
🀝 Pembeli: RISDA Plantation Sdn. Bhd.

Jualan kelompok mahupun jualan secara bergerak, Matlamat RISDA hanyalah satu. Semuanya demi memastikan pekebun kecil Getah di bantu mendapatkan harga yang lebih bermaruah. Jom jual dengan RISDA β˜ΊοΈπŸ˜ƒ

Hubungi pegawai-pegawai lapangan kami untuk jual hasil getah di kebun anda ❀️

Jualan Skrap Berkelompok RISDA Daerah Temerloh telah diadakan pada 12 Ogos 2026 di Kg Paya Pelong. Program ini melibatka...
12/08/2026

Jualan Skrap Berkelompok RISDA Daerah Temerloh telah diadakan pada 12 Ogos 2026 di Kg Paya Pelong. Program ini melibatkan pembelian hasil skrap daripada pekebun oleh RPSB dengan harga belian RM4.70 sekilogram dan jumlah berat jualan sebanyak 10,013 kg.

Program ini bertujuan membantu pekebun memperoleh harga yang berpatutan, meningkatkan pendapatan serta menjaga kebajikan pekebun kecil. Secara keseluruhannya, program ini menggalakkan konsep β€œToreh, Kumpul, Jual” bagi memastikan hasil pekebun dapat dipasarkan secara lebih teratur dan menguntungkan.

Kejayaan Jualan Kelompok (Skrap) di DPS Teris, Daerah Temerloh! 🌿Hasil jualan pada 11 Ogos 2026 mencatatkan jumlah berat...
12/08/2026

Kejayaan Jualan Kelompok (Skrap) di DPS Teris, Daerah Temerloh! 🌿Hasil jualan pada 11 Ogos 2026 mencatatkan jumlah berat basah sebanyak 4,938 KG dengan harga RM4.43/KG menerusi pembeli RPSB.RISDA sentiasa komited memastikan harga yang berpatutan serta bermaruah demi kesejahteraan pekebun kecil. Kualiti getah terbaik, pendapatan lebih tinggi!

-mana

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„π†π€π–π€πˆ π‘πˆπ’πƒπ€ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π“π„πŒπ„π‘π‹πŽπ‡ πŠπ„ ππ‘πŽπ‰π„πŠ 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 ππˆπŒππˆππ†π€π π‘πˆπ’πƒπ€ 𝐃𝐀𝐍 ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π€π†π‘πŽπŒπ€πŠπ€ππ€π π‘πˆπ’πƒπ€ πƒπˆ πŠπ€π–π€π’π€π 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍...
11/08/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„π†π€π–π€πˆ π‘πˆπ’πƒπ€ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π“π„πŒπ„π‘π‹πŽπ‡ πŠπ„ ππ‘πŽπ‰π„πŠ 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 ππˆπŒππˆππ†π€π π‘πˆπ’πƒπ€ 𝐃𝐀𝐍 ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π€π†π‘πŽπŒπ€πŠπ€ππ€π π‘πˆπ’πƒπ€ πƒπˆ πŠπ€π–π€π’π€π 𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐒 π“π„πŒπ„π‘π‹πŽπ‡

11 OGOS 2026 | 8:30 PAGI | TEMERLOH

Lawatan Pegawai RISDA Daerah Temerloh, Encik Mohd Shukri bin Khalid kali ini melibatkan sebanyak 3 Projek Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) dan 1 Program Agromakanan RISDA (PAM). Pegawai RISDA Daerah diiringi Ketua Unit Pembangunan Usahawan & Agromakanan dan ahli PRS Temerloh.

Lawatan bermula di Kg. Belenggu (Bengkel Perabot), Kg. Badok (Dodol), Kg. Berhala Gantang (Rumah Rakit) dan berakhir di Kg. Paya Pulai (Madu Kelulut). Encik Mohd Shukri dalam lawatan ini sentiasa mendengar cabaran yang dihadapi oleh usahawan-usahawan, memberikan kata-kata semangat dan mengingatkan mereka untuk mengambil peluang Kempen RISDA Beli Getah.

Dengan kehadiran kami menyantuni dan memantau aktiviti Usahawan Bimbingan RISDA (UBR) ini pasti memberikan mereka semua satu anjakan paradigma supaya terus berdaya saing untuk menambahkan pendapatan selain bergantung hasil kebun getah mereka. Hasil lawatan ini juga kami dapat melihat dan merasakan sendiri bantuan menyeluruh oleh pihak kami banyak membantu pelbagai pihak di luar sana.

RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
RISDA Negeri Pahang
Bahagian Pembangunan Usahawan RISDA
RISDA Bahagian Agromakanan Dan Program Khas









𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐓𝐀𝐇 ππ„π‘πŠπ„π‹πŽπŒππŽπŠ πŠπ†. ππ”πŠπˆπ“ ππ†π„π‘πˆ, 𝐋𝐀𝐍𝐂𝐇𝐀𝐍𝐆Pada hari ini, seramai 35 pekebun kecil bersatu padu menjayakan jualan...
10/08/2026

𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐓𝐀𝐇 ππ„π‘πŠπ„π‹πŽπŒππŽπŠ πŠπ†. ππ”πŠπˆπ“ ππ†π„π‘πˆ, 𝐋𝐀𝐍𝐂𝐇𝐀𝐍𝐆

Pada hari ini, seramai 35 pekebun kecil bersatu padu menjayakan jualan bersama RISDA. Sebanyak 9 Tan dan seramai 35 pekebun kecil merasai harga RM 4.46 sekilogram untuk titik peluh mereka.

Orang Lanchang dan sekitar moh hubungi pegawai kawasan aokmer untuk jual bersama RISDA!




π—π—¨π—”π—Ÿπ—”π—‘ π—šπ—˜π—§π—”π—› π—¦π—˜π—–π—”π—₯𝗔 π—•π—˜π—₯π—šπ—˜π—₯π—”π—ž – π—₯π—œπ—¦π——π—” π—§π—˜π— π—˜π—₯π—Ÿπ—’π—›πŸ’°HARGA BELIAN: RM4.28/kg & RM4.32/kgπŸ“… 10 Ogos 2026πŸ‘₯ Pembeli: RPSBπŸ“ Kg Belen...
10/08/2026

π—π—¨π—”π—Ÿπ—”π—‘ π—šπ—˜π—§π—”π—› π—¦π—˜π—–π—”π—₯𝗔 π—•π—˜π—₯π—šπ—˜π—₯π—”π—ž – π—₯π—œπ—¦π——π—” π—§π—˜π— π—˜π—₯π—Ÿπ—’π—›πŸ’°

HARGA BELIAN: RM4.28/kg & RM4.32/kg
πŸ“… 10 Ogos 2026
πŸ‘₯ Pembeli: RPSB
πŸ“ Kg Belenggu & Kg Teluk Mengkuang
βš–οΈ Jumlah berat: 1,335 kg

πŸš› RISDA mendekati pekebun kecil melalui jualan getah secara bergerak β€” lebih mudah, lebih cepat dan lebih dekat dengan komuniti pekebun kecil.

🌱 Kerjasama kita, keuntungan bersama, masa depan sejahtera!

Alhamdulillah, Program Jualan Getah Secara Bergerak RISDA Berjalan Lancar! πŸšπŸ’¨Terima kasih kepada para pekebun kecil di K...
06/08/2026

Alhamdulillah, Program Jualan Getah Secara Bergerak RISDA Berjalan Lancar! πŸšπŸ’¨

Terima kasih kepada para pekebun kecil di Kg Teluk Ira atas sambutan yang amat menggalakkan. Inisiatif Jualan Getah Secara Bergerak ini dibawakan khas untuk memudahkan urusan pekebun kecil tanpa perlu bersusah payah ke pusat jualan, di samping menawarkan harga yang terbaik!

πŸ“ Lokasi: Kg Teluk Ira
πŸ—“οΈ Tarikh: 06 Ogos 2026
πŸ’° Harga Belian: RM4.26/kg
βš–οΈ Jumlah Berat: 923 KG
🀝 Pembeli: RISDA Plantation Sdn. Bhd.

Address

Pejabat RISDA Daerah Temerloh, Jalan Bahagia Temerloh
Temerloh
28000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RISDA Daerah Temerloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share