Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Krau

Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Krau Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Krau, Government Organization, Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Krau, Rumpun Makmur, Kuala Krau, Temerloh.

17/08/2026

SELAMAT BERSARA, YAS DATO’ OTHMAN BIN ABDULLAH

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YAS Dato’ Othman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, atas segala khidmat bakti, pengabdian, dedikasi serta kepimpinan yang telah dicurahkan sepanjang menabur bakti kepada Jabatan dan negara.

Segala jasa, pengalaman dan teladan yang ditinggalkan akan terus menjadi inspirasi serta kenangan buat seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Semoga YAS Dato’ dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan, kebahagiaan dan kesejahteraan, serta menikmati fasa persaraan bersama keluarga tercinta dengan penuh keberkatan.

Selamat bersara dan selamat menikmati kehidupan baharu.

🫡 Jasa Dikenang, Bakti Disanjung.

Ikhlas daripada
YS PKPjB Dato’ Mohd Razam bin Taja Rahim
Pengarah serta seluruh warga kerja
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang

15/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada

YAS Datuk Ts. Nazili bin Hj. Mahmood
atas pelantikan sebagai
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan),
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, berkuat kuasa pada 17 Ogos 2026.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan serta memperkukuh pembangunan dan kesiapsiagaan organisasi. Semoga YAS Datuk terus dikurniakan kekuatan dan kesihatan dalam menggalas amanah serta tanggungjawab yang diberikan.

Selamat menjalankan tugas dan semoga terus cemerlang memimpin demi kemajuan JBPM serta kesejahteraan rakyat dan negara tercinta.

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA YS DATO’ SRI /TUAN/ PUAN/ ENCIK/ CIK.SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA,...
05/08/2026

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA YS DATO’ SRI /TUAN/ PUAN/ ENCIK/ CIK.

SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA

TARIKH : 05/08/2026 (RABU)
TEMPAT: BBP KUALA KRAU
PASUKAN : AMANAH

AKTIVITI : CERAMAH/DEMONSTRASI/PAMERAN/KAWAD PENGUNGSIAN/MOCK DRILL/ACARA MANDIAN, KESELAMATAN DI AIR.PASTI AL BANA KG PULAU RAYA

SEKIAN,TERIMA KASIH



ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA YS DATO’ SRI /TUAN/ PUAN/ ENCIK/ CIK.SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA,...
30/07/2026

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA YS DATO’ SRI /TUAN/ PUAN/ ENCIK/ CIK.

SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA

TARIKH : 30/07/2026 (KHAMIS)
TEMPAT: BBP KUALA KRAU
PASUKAN : AMANAH

AKTIVITI : CERAMAH/DEMONSTRASI/PAMERAN/KAWAD PENGUNGSIAN/MOCK DRILL DAN ACARA MANDIAN, GABUNGAN 3 TABIKA KEMAS, KUALA KRAU/KLINIK KUALA KRAU/GUNUNG SENYUM SERAMAI 41 ORANG PESERTA

SEKIAN,TERIMA KASIH



ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA YS DATO’ SRI /TUAN/ PUAN/ ENCIK/ CIK.SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA,...
29/07/2026

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA YS DATO’ SRI /TUAN/ PUAN/ ENCIK/ CIK.
SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA

TARIKH : 29/07/2026 (RABU)
PASUKAN : BERSIH

LAWATAN KERJA PENGARAH JBPM NEGERI PAHANG KE POS PASUKAN BOMBA SUKARELA (PBS) DAERAH TEMERLOH

1) PBS RUMPUN MAKMUR
2) PBS KUALA KRAU
3) PBS KERDAU

TURUT BERSAMA :-
1) PPgB RAJA ARIF - KETUA BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT JERANTUT
2) EN SHAMSUL NAHAR - TOK PENGHULU MUKIM JENDERAK II
3) EN. NAZERI BIN GHAZALI - PENGERUSI PBS RUMPUN MAKMUR MERANGKAP PENGERUSI JPKK RUMPUN MAKMUR
4) EN. KENIDI BIN MAT LAZIM - PENGERUSI JPKK PULAU RAYA
5) PENGERUSI PBS KUALA KRAU
6) PENGERUSI PBS KERDAU

RAMAH MESRA DAN MENINJAU KEADAAN SEMASA KAWASAN POS PBS DAN ASET-ASET YANG TERDAPAT DI POS PBS...

SEKIAN,TERIMA KASIH



25/07/2026

KENALI JENIS BALAI BOMBA

Setiap balai bomba mempunyai fungsi dan keupayaan operasi yang berbeza mengikut keperluan kawasan.

Daripada Balai Kelas A hingga Kelas D, setiap satunya memainkan peranan penting dalam memastikan bantuan kecemasan dapat disampaikan dengan pantas, cekap dan berkesan demi keselamatan rakyat.

Ketahui perbezaannya dan hargai komitmen anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang sentiasa bersedia berkhidmat pada setiap masa.

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA.YS ...
25/07/2026

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA.

YS PENGARAH/TIM.PENGARAH/PEN. PENGARAH/KETUA ZON 2/TUAN/PUAN/ENCIK/CIK

BBP KUALA KRAU

TARIKH :25/07/2026
HARI : SABTU
PASUKAN: CEKAP

PERKARA: Program Cabaran Mendaki 11 Puncak Peringkat Negeri Pahang 2026 – Gunung Senyum telah melabuhkan tirainya dengan jayanya bertempat di Taman Eko Rimba Gunung Senyum.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan cabaran mendaki satu daripada 11 puncak kebanggaan Negeri Pahang ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada:

🔹 Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pahang serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah Temerloh selaku urusetia program
🔹 Balai Bomba Dan Penyelamat Bukit Angin
🔹 Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Krau
🔹 Pejabat Hutan Daerah Temerloh / Bera
🔹 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Temerloh
🔹 Malim Gunung Perhutanan Pahang

Kerjasama dan komitmen semua pihak amat dihargai dalam memastikan aspek keselamatan para peserta sentiasa terpelihara sepanjang program berlangsung, di samping memastikan setiap aktiviti dapat dilaksanakan dengan lancar dan selamat.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA 🇲🇾

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA.YS ...
25/07/2026

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA.

YS PENGARAH/TIM.PENGARAH/PEN. PENGARAH/KETUA ZON 2/TUAN/PUAN/ENCIK/CIK

BBP KUALA KRAU

TARIKH :25/07/2026
HARI : SABTU
PERKARA:

📍 KEMPEN KESELAMATAN AKTIVITI DI AIR DI GUNUNG SENYUM

Sempena Hari Pencegahan Kelemasan Sedunia 2026, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krau telah mengadakan Kempen Keselamatan Aktiviti di Air bersama orang awam di kawasan rekreasi Gunung Senyum.

Program ini memberi penekanan kepada kepentingan pemakaian Peranti Pengapungan Diri (Personal Flotation Device - PFD) sebagai langkah keselamatan ketika menjalankan aktiviti di kawasan air. Turut diadakan ialah sesi ceramah keselamatan yang telah disampaikan oleh PBT II Khairudin bin Said, Ketua Balai BBP Kuala Krau, bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai langkah-langkah pencegahan lemas serta tindakan yang perlu diambil ketika berlaku kecemasan.

Diharapkan program ini dapat memupuk budaya keselamatan dalam kalangan masyarakat agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti di kawasan air.

“Bersama Cegah Lemas, Lindungi Nyawa.”

Sebagai usaha memperkasakan kesedaran awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang menyediakan e-Brosur Kes...
25/07/2026

Sebagai usaha memperkasakan kesedaran awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang menyediakan e-Brosur Keselamatan Aktiviti di Air. Orang ramai dijemput mengimbas kod QR yang disediakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan langkah-langkah keselamatan semasa menjalankan aktiviti di air.

Link terus : https://canva.link/ibd1dwrkidusieo

25/07/2026

Sempena Hari Pencegahan Kelemasan Sedunia pada 25 Julai 2026, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyeru seluruh masyarakat agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan ketika menjalankan aktiviti di sungai, tasik, pantai, kolam serta kawasan banjir.

Sentiasalah memakai jaket keselamatan apabila bersesuaian, mengawasi kanak-kanak setiap masa, mengelakkan aktiviti berenang secara bersendirian, serta memastikan kedalaman dan keadaan arus air dikenal pasti sebelum memasuki kawasan berair.

Elakkan berada di lokasi yang berisiko dan segera hubungi talian 999 sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Ingatlah, air mampu memberikan kegembiraan, namun keselamatan merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul bersama.

Bersama kita cegah lemas, lindungi nyawa demi kesejahteraan keluarga, rakan-rakan dan komuniti yang lebih selamat pada setiap masa.

Address

Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Krau, Rumpun Makmur, Kuala Krau
Temerloh
28050

Telephone

+6092861434

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Krau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Krau:

Shortcuts

Share