APM Temerloh

APM Temerloh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Temerloh, Jalan Taman 28000 Temerloh

TALIAN KECEMASAN - 999
TALIAN PUSAT KAWALAN OPERASI DAERAH (PKOD) TEMERLOH - 09-2964121/09-2965073 (PANGGILAN KECEMASAN)

TALIAN PUSAT KAWALAN OPERASI UNIT (PKOU) KUALA KRAU - 09-2861226 (PANGGILAN KECEMASAN)

TALIAN PEJABAT DAERAH PERTAHANAN AWAM (PDPA) - 09-2967991/09-2901844 (PANGGILAN PENTADBIRAN)

Seluruh warga APM Temerloh mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1448H kepada semua umat Islam di seluruh Mal...
25/08/2026

Seluruh warga APM Temerloh mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1448H kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia

Pada hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama menghayati dan memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang merupakan sumber inspirasi dan panduan bagi umat Islam.

Semoga kita semua dapat memperkukuhkan iman dan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW serta berusaha untuk mengamalkan sunah dalam setiap tindakan dan keputusan yang diambil. Mari kita bersama-sama berselawat dan menyebarkan kasih sayang serta kedamaian sesama kita.

"MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI"

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Pahang













24/08/2026



KENYATAAN MEDIA: KEMALANGAN ANGGOTA APM SELEPAS PROGRAM LATIHAN KESEDARAN ORANG AWAM PENGENDALIAN HAIWAN BERBISA

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ingin merujuk insiden kemalangan yang menyebabkan anggota APM kehilangan nyawa selepas selesai penglibatan Program Latihan Kesedaran Orang Awam Pengendalian Haiwan Berbisa bertempat di Dewan Taman Temerloh Jaya pada 22 Ogos 2026 yang lalu. Anggota tersebut merupakan anggota APM yang terlatih dan berkemahiran berdasarkan bidang kepakaran serta berpengalaman dalam mengendalikan haiwan berbisa dan aktif berkhidmat bersama APM sejak tahun 2010.

APM menegaskan aktiviti pengendalian haiwan berbisa berkenaan telah dilaksanakan mengikut prosedur tetap operasi (PTO) serta tatacara keselamatan yang telah ditetapkan oleh APM. Semua anggota APM diwajibkan untuk menghadiri latihan berkaitan sebelum dibenarkan untuk menyertai operasi. Selain itu, anggota yang terlibat juga telah menjalankan tugasan berdasarkan prosedur dan arahan keselamatan yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, APM mengambil serius setiap insiden yang berlaku dan sentiasa terbuka untuk menilai serta menambah baik aspek keselamatan, pengurusan risiko dan pelaksanaan aktiviti berkaitan dari semasa ke semasa. Langkah ini adalah sebahagian dari komitmen berterusan APM bagi memastikan keselamatan serta kebajikan anggota sentiasa diberikan keutamaan.

APM menzahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga Allahyarham Sarjan (PA) Muhamad Muazam Shah bin Kamardin. Pemergian beliau merupakan kehilangan yang amat besar kepada APM dan negara.

ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
24 OGOS 2026

Jabatan Perdana Menteri














*

23/08/2026

SALAM TAKZIAH

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
"Dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali"
Salam takziah 🤲🏻

Al-Fatihah
‎ بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Seluruh Warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Temerloh menzahirkan rasa dukacita di atas pemergian Sarjan (PA) Muhamad Muazam Shah bin Kamardin, Anggota APM Daerah Temerloh yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 23 Ogos 2026 di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh. Moga arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman dan beramal soleh. InshaAllah aaminn..

21/08/2026

Sekitar Latihan Metodologi Kejurulatihan APM Temerloh yang telah diadakan baru-baru ini dengan penglibatan MyASPA Pengurusan dan MyASPA Operasi daripada PDPA Temerloh dan PUPA Kuala Krau.
Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penyampaian dalam kalangan anggota yang terlibat disamping dapat membentuk jurulatih yang kompeten dan berkeyakinan.
Latihan merangkumi slot bersama Mejar (PA) Dr Ahmad Zailani bin Junoh, Pegawai Bersekutu APM Temerloh, Kapten (PA) Mohamad Irwan bin Mohamad Pegawai Pertahanan Awam Daerah Temerloh dan Leftenan (PA) Mohd. Faizal bin Mangsor Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Temerloh.


092964121 / 092967053

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Pahang











18/08/2026
14/08/2026

INFAQ DARAH PATRIOTISMA MERDEKA TAHUN 2026

Sempena menyemarakkan semangat patriotisme dan sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2026, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang akan mengadakan program "INFAQ DARAH PATRIOTISMA MERDEKA TAHUN 2026". Butiran adalah seperti berikut:

Tarikh: 20 Ogos 2026 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi - 3.00 petang
Tempat : Berjaya Megamall, Kuantan

Semoga setiap titisan darah yang disumbangkan menjadi satu bentuk amal dan dapat membantu menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.

DARAHKU, SUMBANGANKU, MALAYSIAKU

13/08/2026

Program Awalan Kesedaran Keselamatan (PROKSPA) Tahun 2026 Tabika Kemas Taman Tualang Indah.


092964121 / 092967053

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Pahang











04/08/2026

Sedia . Pantas . Berintegriti


092964121 / 092967053

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Pahang











𝗗𝗔𝗨𝗟𝗔𝗧 𝗧𝗨𝗔𝗡𝗞𝗨 Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri...
30/07/2026

𝗗𝗔𝗨𝗟𝗔𝗧 𝗧𝗨𝗔𝗡𝗞𝗨

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan dan Raja Pemerintah bagi Negeri Pahang Darul Makmur serta Segala Jajahan Takluknya Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Pada 31 Julai 2026 bersamaan 16 Safar 1448 Hijrah.
Sembah takzim daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Temerloh.

𝗗𝗔𝗨𝗟𝗔𝗧 𝗧𝗨𝗔𝗡𝗞𝗨

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan dan Raja Pemerintah bagi Negeri Pahang Darul Makmur serta Segala Jajahan Takluknya Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Pada 31 Julai 2026 bersamaan 16 Safar 1448 Hijrah.
Sembah takzim daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pahang.

26/07/2026

KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM SIRI 39/2026

Telah berlangsung Kursus Asas Pertahanan Awam Siri 39/2026 pada 25 hingga 26 Julai 2026 bagi APM Temerloh.

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan dan latihan asas kepada peserta bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kesiapsiagaan dalam melaksanakan tugas-tugas pertahanan awam.

Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan kursus ini dan bersedia untuk berkhidmat sebagai anggota yang berdisiplin, pantas serta berintegriti demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.













Address

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Temerloh
Temerloh
28000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM Temerloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share