Polis Trafik Daerah Temerloh

Polis Trafik Daerah Temerloh Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Keadaan ini mewujudkan satu lagi tugas baru bagi polis, iaitu menjaga dan mengawal lalulintas.

Sejarah Penubuhan Cawangan Trafik PDRM

Masalah lalulintas di negara kita bermula pada akhir tahun 1920-an apabila kenderaan bermotor mula berlegar dijalan raya yang dahulunya hanya dipenuhi oleh basikal, beca, lanca dan kereta lembu. Pada tahun 1928 dan 1929 Cawangan Trafik ditubuhkan di bandar-bandar besar yang semakin sibuk lalulintasnya, iaitu Kuala Lumpur, Ipoh dan Seremban, Singapura yang pa

da masa itu merupakan sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat menubuhkan Cawangan Trafiknya lebih awal, iaitu pada tahun 1918. Dibandar-bandar lain, tugas mengawal lalulintas dijalankan oleh anggota tugas am.

30/08/2026
(OP SAMSENG JALANAN) BSPTD TEMERLOH Temerloh, 16 Ogos 2026 - Bsptd Temerloh telah menjalankan op samseng jalanan pihak k...
16/08/2026

(OP SAMSENG JALANAN) BSPTD TEMERLOH

Temerloh, 16 Ogos 2026 - Bsptd Temerloh telah menjalankan op samseng jalanan pihak kami telah menerima aduan daripada orang awam dimana budak-budak moto yang membuat bising dan melakukan aktiviti yang merbahaya kepada diri sendiri dan juga orang lain. Seramai (3) Pegawai (24) Anggota PDRM, (2) Pegawai (12) Anggota JPJ yang terlibat untuk operasi ini. Jam lebih kurang 0001 pagi sehingga selesai kami telah membuat operasi samseng jalanan di sekitar Kuala krau. Hasil daripada operasi ini kami telah berjaya menahan (19) buah motosikal dan diperiksa serta telah mengeluarkan sebanyak (29) keping saman Pol257 diatas pelbagai kesalahan dan menyita (19) buah motosikal dibawa Seksyen 64(1) APJ 1987.

Disamping itu kami ingin menasihatkan kepada ibu bapa supaya pantau aktiviti anak-anak supaya tidak terjerumus dalam aktiviti berbahaya, Patuhilah lalulintas yang telah ditetapkan dan juga sentiasa mengutamakan keselamatan ketika menunggang motosikal.

Pihak kami akan sentiasa membuat operasi dan pemantauan dari masa ke semasa demi memastikan keselamatan serta ketenteraman pengguna jalan raya yang lain. Orang ramai juga di ingatkan supaya tidak mengubahsuai kenderaan yang tidak mengikuti spesifikasi. Sayangilah nyawa anda dan ingatlah orang-orang yang tersayang. Polis dan masyarakat berpisah tiada







(OP SAMSENG JALANAN) BSPTD TEMERLOH Temerloh, 26 Julai 2026 -Op samseng jalanan telah dilakukan oleh Bsptd Temerloh sera...
26/07/2026

(OP SAMSENG JALANAN) BSPTD TEMERLOH

Temerloh, 26 Julai 2026 -Op samseng jalanan telah dilakukan oleh Bsptd Temerloh seramai (6) PRP dimana pihak kami telah menerima aduan dari orang awam yang tidak tahan dengan sekumpulan remaja berkumpul, membuat bising serta menunggang motosikal secara melulu dan membahayakan keselamatan sendiri dan juga orang awam, Jam lebih kurang 0100 pagi kami telah membuat operasi dan pencegahan samseng jalanan di Jalan Tengku Ismail, Jalan Bahagia dan juga Taman chengal . Hasil daripada operasi ini telah berjaya menahan (13) buah motosikal dan diperiksa serta telah mengeluarkan sebanyak (76) keping saman Pol257 diatas pelbagai kesalahan dan menyita (6) buah motosikal dibawa Seksyen 64(1) APJ 1987.

Oleh itu kami ingin menasihatkan kepada ibu bapa supaya pantau anak-anak agar tidak terjebak dalam kegiatan yang tidak berfaedah ini, Patuhilah lalulintas yang telah ditetapkan dan juga sentiasa mengutamakan keselamatan ketika menunggang motosikal.

Pihak PDRM tidak akan berkompromi dengan mana mana pihak yang didapati melanggar undang-undang serta peraturan lalulintas. Operasi secara giat akan diteruskan bagi membendung kegiatan tersebut daripada terus berleluasa.






OP BERSEPADU (SAMSENG JALANAN)BERSAMA JPJTemerloh, 19 Julai 2026 -Satu Op Bersepadu (Samseng Jalanan) telah dijalankan o...
19/07/2026

OP BERSEPADU (SAMSENG JALANAN)
BERSAMA JPJ

Temerloh, 19 Julai 2026 -Satu Op Bersepadu (Samseng Jalanan) telah dijalankan oleh BSPTD TEMERLOH bersama agensi luar (1) PKP (5) PRP BSJK, (5) PRP Balai Temerloh, (5) PRP BSJD, (6) PK (17) PR JPJ.

Operasi bermula jam lebih kurang 0630 petang di Bandar Temerloh. Hasil daripada operasi ini pihak kami telah berjaya menahan (45) buah motosikal dan diperiksa serta telah mengeluarkan sebanyak (102) keping saman Pol257 diatas pelbagai kesalahan dan menyita (12) buah motosikal dibawa Seksyen 64(1) APJ 1987. Manakala pihak JPJ mengeluarkan (48)keping notis saman.

Orang ramai dinasihatkan terutama kepada ibu bapa agar memastikan anak - anak tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah ini.

Pihak Bspt Temerloh tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan aktiviti yang berbahaya kepada diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain. Operasi secara giat akan diteruskan bagi membendung kegiatan tersebut daripada terus berleluasa.






"OP KHAS MOTOSIKAL" Temerloh - 21 Jun 2026 BSPTD TEMERLOH terdiri dari 1 Pegawai dan 5 Anggota , 4 anggota BPJKK, 3 angg...
21/06/2026

"OP KHAS MOTOSIKAL"

Temerloh - 21 Jun 2026 BSPTD TEMERLOH terdiri dari 1 Pegawai dan 5 Anggota , 4 anggota BPJKK, 3 anggota BSJND, 4 anggota BSJD, 6 anggota Balai Temerloh telah membuat pemantauan dan penguatkuasaan di Jalan Bahagia dan Jalan Tengku Ismail pada jam lebih kurang 1700 ptg sehingga 2100 mlm.

Sepanjang operasi berlangsung pihak BSPTD Temerloh telah mengeluarkan sebanyak (42) keping saman diatas pelbagai jenis kesalahan dan telah menahan (3)Buah Motosikal dibawah Sek 64 APJ 1987.

Bsptd Temerloh memandang serius sebarang tindakan pengguna jalan raya yang melakukan aktiviti merbahaya kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain. Tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan lagi dari masa ke semasa bagi membendung aktiviti ini berleluasa..





"PENGUATKUASAAN OP MOTOSIKAL"Temerloh - 20 Jun 2026 BSPTD TEMERLOH terdiri dari 1 Pegawai dan 5 Anggota telah membuat pe...
21/06/2026

"PENGUATKUASAAN OP MOTOSIKAL"

Temerloh - 20 Jun 2026 BSPTD TEMERLOH terdiri dari 1 Pegawai dan 5 Anggota telah membuat pemantauan di kawasan Bandar Temerloh pada jam lebih kurang 2300 mlm sehingga 0400 pagi.

Sepanjang operasi berlangsung pihak BSPT Temerloh telah mengeluarkan sebanyak (67) keping saman diatas pelbagai jenis kesalahan dan telah menahan (5)Buah Motosikal dibawah Sek64 APJ 1987.

Pihak BSPTD Temerloh ingin menasihatkan kepada Ibu bapa supaya lebih peka terhadap kegiatan anak anak yang membuat bising dan menganggu ketenteraman orang awam. Kepada penunggang motosikal menungganglah secara berhemat dan ingatlah orang yang tersayang.





"PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN OP MOTOSIKAL"Temerloh - 08 April 2026 BSPTD TEMERLOH terdiri dari 1 Pegawai dan 5 Anggota...
10/05/2026

"PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN OP MOTOSIKAL"

Temerloh - 08 April 2026 BSPTD TEMERLOH terdiri dari 1 Pegawai dan 5 Anggota telah membuat pemantauan di kawasan Taman Setia Jasa pada jam lebih kurang 2200 mlm sehingga 0400 pagi.

Sepanjang operasi berlangsung pihak BSPT Temerloh telah mengeluarkan sebanyak (38) keping saman diatas pelbagai jenis kesalahan dan telah menahan (4)Buah Motosikal dibawah Sek64 APJ 1987.

Pihak BSPTD Temerloh ingin menasihatkan kepada Ibu bapa supaya lebih peka terhadap kegiatan anak anak yang membuat bising dan menganggu ketenteraman orang awam. Kepada penunggang motosikal menungganglah secara berhemat dan ingatlah orang yang tersayang.





"OP BERSEPADU BERSAMA JPJ AADK DAN JAS"Temerloh - 18 April 2026 Satu Operasi Bersepadu telah dijalankan oleh BSPTD TEMER...
19/04/2026

"OP BERSEPADU BERSAMA JPJ AADK DAN JAS"

Temerloh - 18 April 2026 Satu Operasi Bersepadu telah dijalankan oleh BSPTD TEMERLOH terdiri dari 1 Pegawai dan 7 Anggota bersama 3 Pegawai dan 12 Anggota JPJ , 1 Pegawai 7 anggota AADK dan 9 Anggota JAS di kawasan Plaza Tol Temerloh pada jam lebih kurang 0800 mlm sehingga 0001 pagi.

Sepanjang operasi berlangsung team PDRM telah mengeluarkan sebanyak (27) keping saman diatas pelbagai jenis kesalahan. Manakala JPJ mengeluarkan notis sebanyak (46) keping dan AADK telah membuat (1) tangkapan

Pihak BSPTD Temerloh ingin menasihatkan orang awam memandu serta menunggang kenderaan diatas jalan raya supaya tidak melakukan kesalahan jalan raya dan juga kesalahan undang undang yang membolehkan disaman atau ditangkap.





22/03/2026

Salam Sejahtera dan Salam Aidilfitri

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, YDH CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah bin Ali bersama isteri, Datin Sri Dr. Rosmariza binti Dato’ Hj. Che Umar, selaku Pengerusi PERKEP JSPT, dengan penuh takzim dan keikhlasan menzahirkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia, khususnya warga Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) serta PERKEP JSPT di seluruh negara.

Semoga Syawal yang mulia ini disambut dengan penuh keinsafan, keharmonian dan rasa kesyukuran setelah melalui bulan Ramadan yang sarat dengan keberkatan. Diharapkan agar nilai-nilai murni yang telah disemai dengan kesabaran, keikhlasan, toleransi dan semangat kebersamaan, akan terus subur dalam sanubari dan menjadi pedoman dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab sebagai warga PDRM.

Dalam kesempatan ini juga, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada seluruh warga JSPT dan PERKEP JSPT atas komitmen, dedikasi serta pengorbanan yang tidak berbelah bahagi, khususnya dalam memastikan keselamatan dan kelancaran lalu lintas sepanjang musim perayaan. Jasa dan pengorbanan ini amatlah dihargai serta disanjung tinggi.

Semoga Aidilfitri ini menjadi medan terbaik untuk mengeratkan lagi ukhuwah, memperkukuhkan silaturahim sesama rakan setugas, keluarga dan masyarakat, seterusnya menyemarakkan semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan warga PDRM.

Akhir kata, semoga Syawal ini membawa sinar kebahagiaan, keberkatan dan kesejahteraan kepada kita semua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Kongsi perjalanan, kongsi keselesaan
Keselamatan Diutamakan

Address

Temerloh
28000

Telephone

+6092716086

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Trafik Daerah Temerloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share