BPJKK IPD TEMERLOH

BPJKK IPD TEMERLOH BAHAGIAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI IBU PEJABAT POLIS DAERAH TEMERLOH

23/10/2024

KUALA LUMPUR - Sebanyak 242 kes dengan kerugian mencecah RM3 juta direkodkan melibatkan kes tipu pembelian beg tangan secara dalam talian di seluruh negara...

24/05/2024
22/04/2024




KERATAN AKHBAR PILIHAN: ANCAMAN TEKNIK TIPU WAJAH JADI ISU GLOBAL

Kuala Lumpur, 22 April 2024 - Negara memerlukan satu peraturan atau undang-undang khusus bagi mengawal selia teknologi kecerdasan buatan (AI) berikutan kewujudan pelbagai ancaman akibat salah guna cabang teknologi itu seperti “deepfake”.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata isu “deepfake” yang disalah guna sebagai alat jenayah dan memanipulasi konten digital untuk tujuan jahat sudah menjadi isu global dan semua pihak berusaha mencari kaedah terbaik menangani isu itu.

Katanya, kecanggihan teknologi AI yang semakin pesat mutakhir ini melahirkan media sintetik seperti “deepfake” dan perkara itu jelas mengundang masalah apabila ia disalah guna untuk tujuan jahat.

“Sememangnya ada keperluan penggubalan undang-undang khusus untuk mengawal selia teknologi AI kerana yang sedia ada tidak memadai.

“Dalam menangani landskap baharu terutama era AI, sudah tentu undang-undang sedia ada tidak memadai,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

Temerloh, 18 April 2024 - Supt Roslee bin Omar, Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh telah menerima kunjungan hormat dar...
18/04/2024

Temerloh, 18 April 2024 - Supt Roslee bin Omar, Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pahang yang diketuai oleh Encik Bahari bin Abdul Rahman, Penolong Pengarah, Hal Ehwal Murid Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

Turut disampaikan ceramah berkaitan prosedure dan tatacara siasatan oleh DSP Marina binti Hashim, KBPJKK Temerloh kepada (16) orang peserta Kursus Asas Siasatan Salah Laku Buli dan Seksual Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Siri 1/2024.

📌📌📌 HEBAHAN PROGRAM HIGH PROFILE POLICING BERSAMA QARIAH MASJID ABU BAKAR, MENTAKABAssalamualaikum Muslimin dan Muslimat...
26/03/2024

📌📌📌 HEBAHAN PROGRAM HIGH PROFILE POLICING BERSAMA QARIAH MASJID ABU BAKAR, MENTAKAB

Assalamualaikum Muslimin dan Muslimat.

Program HPP bersama Qariah Masjid Abu Bakar Mentakab oleh YDH CP Dato’ Sri Yahaya bin Othman, Ketua Polis Pahang dengan penganjuran yang akan diadakan pada :

🗓️ Tarikh : 28 Mac 2024 (Khamis)

⏰ Masa : 6.00 pagi

🕌 Tempat : Masjid Abu Bakar, Mentakab

Ayuh bersama-sama kita mengimarahkan Masjid Abu Bakar Mentakab dan beramah mesra bersama kepimpinan tertinggi Polis Pahang.

25/02/2024

Jenayah ragut sering kali menjadi tajuk berita di siaran televisyen mahupun di dada akhbar. Kebanyakan jenayah ragut di Malaysia menggunakan modus operandi yang sama, yaitu mensasarkan golongan yang lemah seperti wanita dan warga emas, dan menggunakan motorsikal untuk meragut lalu beredar dengan pantas.

Jenayah ragut seringkali menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa. Ini termasuk luka-luka, patah tulang, dan dalam beberapa kes, boleh membawa kepada kematian. Selain itu, Mangsa jenayah ragut mungkin mengalami trauma emosi yang mendalam. Kejadian tersebut boleh menyebabkan stres, kecemasan, dan gangguan tidur.

Ingatlah, pencegahan adalah lebih baik daripada merawat. Jadi, mari kita ambil tindakan sekarang untuk menjadikan masyarakat kita lebih selamat dan aman dari ragut.

23/02/2024

Address

IPD TEMERLOH
Temerloh
28000

Telephone

+6092964999

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BPJKK IPD TEMERLOH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share