17/08/2026
PEMAKLUMAN GANGGUAN TALIAN
TELEFON JKM TEMERLOH
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa talian telefon di pejabat JKM Temerloh akan mengalami gangguan bermula 24 OGOS -31 OGOS 2026.
Buat sementara waktu sepanjang tempoh tersebut, pejabat tidak dapat menerima sebarang panggilan telefon.
Sehubungan itu, pihak jabatan memohon
maaf atas segala kesulitan yang berlaku kepada orang awam, pelanggan serta pihak berkepentingan yang ingin berurusan dengan JKM Temerloh.
๐ง Pihak jabatan sedang mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan perkhidmatan talian telefon dapat dipulihkan dalam kadar segera.
๐ง Saluran perhubungan alternatif dan sebarang pertanyaan pada 24 OGOS - 31 OGOS adalah melalui emel rasmi jabatan iaitu [email protected]
๐ Sebarang perkembangan lanjut berkaitan pemulihan talian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Kerjasama dan kesabaran semua pihak amat dihargai.
Terima kasih atas perhatian dan keprihatinan.
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang
Jabatan Kebajikan Masyarakat