30/07/2026
KURSUS GARIS PANDUAN PENCEGAHAN JANGKITAN HIV / SIFILIS / HEPATITIS B DARI IBU KE ANAK PERINGKAT PEJABAT KESIHATAN (PKD) TEMERLOH
27 & 28 Julai 2026 (Isnin & Selasa) – Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Temerloh telah mengadakan Kursus Garis Panduan Pencegahan Jangkitan HIV/Sifilis/Hep B Dari Ibu Ke Anak di Pusat Latihan Kesihatan Mentakab.
Seramai 30 orang pegawai dan kakitangan dari klinik-klinik kesihatan daerah Temerloh telah menyertai kursus ini. Peserta terdiri daripada Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat Kesihatan, serta Jururawat Masyarakat.
Objektif:
1. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kakitangan kesihatan yang terlibat dalam pencegahan jangkitan HIV, Sifilis dan Hepatitis B dari ibu kes nak.
2. Meningkatkan keupayaan dalam pengurusan data bagi kes-kes berkaitan.
3. Menyampaikan maklumat terkini kepada anggota kesihatan dalam pengurusan kes- kes berkaitan HIV, Sifilis dan Hepatitis B.
4. Memberi maklumat kepada anggota kesihatan sebagai langkah persediaan untuk Revalidasi Persijilan EMTCT HIV dan Sifilis.
Antara pengisian aktiviti:
1. Analisis situasi Program Pencegahan Jangkitan HIV Sifilis dan Hepatitis B dari Ibu ke anak.
2. Pelaksanaan saringan.
3. Pengurusan rawatan ibu hamil Positif HIV, Sifilis, dan Hepatitis B serta.
4. Pengurusan bayi selepas kelahiran termasuk kaedah penyusuan dan kontraseptif.
5. Pelaporan kes dan pengurusan data.
Sepanjang aktiviti kursus dijalankan, peserta telah dibimbing oleh barisan penceramah:
1. Dr Gan S**z Yee (Pakar Perubatan Kesihatan Awam)
2. Dr Haji Yazeed Bin Zainal Abidin (Pakar Perunding Perubatan Keluarga)
3. Dr Azwan Faiz Bin Amir Hamzah (Pakar Perubatan Keluarga)
4. Dr Viknaswaran Kumaran (Pakar Perubatan Keluarga)
5. Dr Mohd Rafi Bin Jamari (Pakar Perubatan Keluarga)
6. Dr. Ammar Hussein Bin Rosly (Y/M Unit CDC Survelan)
7. Dr. Ahmad Fitri Bin Abu Bakar (Y/M Unit HIV / STI / Hep C)
8. Matron Mastura Binti Ahmad (Ketua Penyelia Jururawat Daerah)
Semoga penganjuran kursus ini dapat memperkasakan lagi Program Pencegahan Transmisi Ibu-ke-Anak di Daerah Temerloh, seterusnya menyumbang kepada peningkatan mutu perkhidmatan kesihatan, keselamatan ibu dan bayi, serta menyokong agenda pencegahan penyakit berjangkit secara berterusan