SWCorp Temerloh

SWCorp Temerloh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Cawangan Temerloh

12/06/2026
12/06/2026

Selepas ini, jika anda mengunjungi pasar malam di tempat anda, jaga-jaga kerana mungkin ada pegawai SWCorp yang memerhati.

Jadi, jangan sewenang-wenangnya membuang sampah secara tidak bertanggungjawab biarpun kawasan tersebut sesak dengan pengunjung lain. Strategi penguatkuasaan proaktif akan ditumpukan di kawasan berisiko tinggi termasuk:

• Pusat bandar dan hab pengangkutan awam (perhentian bas/stesen tren)
• Kawasan komersial (medan selera, pasar awam dan arked perniagaan)
• Destinasi pelancongan, pantai, taman awam dan kawasan rekreasi

Mulai tahun 2026, penguatkuasaan yang lebih tegas telah dilaksanakan menerusi pindaan Akta 672 di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Perlis serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jika didapati bersalah membuang sampah merata-rata, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 serta Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) sehingga 12 jam.

Kebersihan adalah tanggungjawab bersama. Jangan jadikan ruang awam sebagai tempat membuang sampah sesuka hati.

Ingat, tangan yang mengotorkan, tangan yang sama akan membersihkan.

12/06/2026

Info Hari Ini | Budaya Audit Diri, Budaya Kerja Cemerlang

Sebelum menilai proses, nilai diri sendiri. Tanya diri:

🔺 Adakah saya menepati masa?
🔺 Adakah saya sentiasa meningkatkan kemahiran?
🔺 Adakah saya berintegriti dalam menjalankan tugas?
🔺 Adakah saya menggunakan kemudahan organisasi dengan berhemah?

Refleksi diri yang konsisten akan membentuk budaya kerja yang lebih berkualiti, berintegriti dan cemerlang.

Audit diri bukan untuk menuding kesilapan, tetapi memperkasa perubahan.

🎥 UAD

11/06/2026
11/06/2026

Info Hari Ini | Sampah Kecil, Kesan Besar!

Nampak individu membuang sampah kecil di tempat awam?

✅ Lihat – Kenal pasti individu yang melakukan kesalahan.
✅ Laporkan – Catat maklumat penting seperti lokasi, masa dan ciri individu. Jika menaiki kenderaan, kenal pasti nombor pendaftaran tersebut.
✅ Hantar – Salurkan aduan melalui saluran rasmi.

💚 Kebersihan tempat awam adalah tanggungjawab bersama.

🔎 BPS

11/06/2026

Info Hari Ini | Tuntutan Palsu: Kecil Atau Besar, Tetap Salah! 📢

Mengemukakan tuntutan yang tidak benar, invois palsu, butiran kerja yang tidak wujud atau tuntutan bagi caj yang tidak dilakukan bukan sekadar pelanggaran etika, malah boleh diklasifikasikan sebagai satu bentuk rasuah di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

⚠️ Jangan sesekali menganggap tuntutan kecil sebagai perkara remeh. Tiada alasan dan tiada pengecualian apabila melibatkan integriti.

Ingat!
✅ Integriti bermula dengan kejujuran.
✅ Setiap tuntutan hendaklah tepat dan sah.
✅ Lindungi diri, keluarga dan masa depan daripada risiko tindakan undang-undang.

Hukuman jika disabitkan kesalahan:
🔒 Penjara sehingga 20 tahun.
💰 Denda sehingga 5 kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Integriti adalah identiti.
Jangan gadaikan maruah dan kerjaya demi keuntungan sementara.

📞 Laporkan sebarang salah laku atau perlakuan rasuah kepada:
* Unit Integriti SWCorp: 03-83124082
* SPRM: 1-800-88-6000

🔎 UI

11/06/2026

Info Hari Ini | Pembaharuan Tadbiran Sektor Awam 2026: Memacu Perubahan Demi Perkhidmatan Yang Lebih Cemerlang

Pembaharuan bukan sekadar perubahan, tetapi usaha berterusan untuk memperkukuh kecekapan, keberkesanan dan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Melalui Ekosistem Pembaharuan Tadbiran Sektor Awam (EPTSA), pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi menghasilkan perkhidmatan awam yang lebih:
✅ Cekap
✅ Berkesan
✅ Berorientasikan Rakyat

Keberhasilan hari ini adalah asas kepada impak yang lebih besar pada masa hadapan — demi meningkatkan kepercayaan dan kesejahteraan rakyat.

✨ Bersama kita membudayakan perubahan dan memperkasa penyampaian perkhidmatan.

📝 BPS

11/06/2026

Info Hari Ini | Best Home Talent di SWCorp

Best Home Talent (BHT) merupakan platform pembangunan bakat strategik SWCorp yang memberi fokus kepada pengukuhan kompetensi dan kepimpinan warga kerja berpotensi tinggi.

Melalui inisiatif ini, pelbagai kursus dan program pembangunan kompetensi dilaksanakan bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta keupayaan kepimpinan warga kerja selaras dengan aspirasi SWCorp Growth untuk melahirkan warga kerja yang berdaya saing dan berprestasi tinggi.

💪🏼 BSM

Address

Temerloh

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6092967148

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SWCorp Temerloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SWCorp Temerloh:

Share