17/08/2026
ADN PAS PAHANG KOMITED BANTU RAKYAT WALAU TAK DAPAT PERUNTUKAN SEWAJARNYA SEPERTI ADN BN-PH PAHANG
PAS membantu rakyat bukan semata-mata kerana undi, tetapi kerana wakil rakyat PAS diajar untuk sentiasa prihatin kepada kesusahan rakyat walaupun peruntukan sewajarnya tidak diberikan oleh Kerajaan Negeri Pahang berbanding ADN-ADN BN-PH Pahang.
Begitulah yang ditunjukkan oleh YB Hasan Omar, ADN Lanchang, apabila menyerahkan sumbangan sebuah motosikal kepada Puan Siti Saโadah.
Yang menariknya, sumbangan ini dibuat tanpa bergantung kepada peruntukan rasmi daripada Kerajaan Negeri Pahang.
Bagi saya, inilah makna sebenar seorang wakil rakyat iaitu apabila rakyat memerlukan, kita cuba cari jalan dan mengumpulkan sumbangan semampunya.
Walaupun peruntukan sewajarnya tidak diberikan oleh Kerajaan Negeri Pahang kepada ADN-ADN PAS Pahang berbanding yang ADN-ADN BN-PH terima, tapi ADN-ADN PAS Pahang terus komited berkhidmat semampunya.
Motosikal mungkin nampak seperti sebuah kenderaan biasa.
Tetapi bagi penerimanya, ia mungkin menjadi jalan untuk mencari rezeki, bergerak mencari nafkah dan meneruskan kehidupan dengan lebih mudah.
Syabas dan tahniah YB Hasan Omar-Lanchang Sejahtera dan seluruh ahli PAS dan rakyat Pahang yang membantu semua ADN-ADN PAS Pahang untuk terus berkhidmat kepada rakyat di DUN masing-masing.