26/08/2026
26/8/2026 - KENYATAAN PERMOHONAN MAAF OLEH MOHD NIZAM BIN ABDUL JABAR (PEMILIK AKAUN FB NIZAM JABAR) KEPADA KETUA PEMBANGKANG, YB DATO’ SERI HAMZAH ZAINUDIN ATAS KENYATAAN FITNAH BERKAITAN RCI TABUNG HAJI.
—————————
(Daripada akaun FB Nizam Jabar)
Untuk makluman, saya telah menerima satu Letter of Demand (LOD) melalui whatapps, 4 Muka Surat Dan 8 Perenggan daripada Tetuan Siddiq Azani & Co pada jam 12.04 pagi, 26 Ogos 2026, yang mewakili YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin.
Melalui LOD tersebut, saya telah diminta untuk memadam posting berkenaan serta membuat permohonan maaf atas kenyataan yang telah saya siarkan.
Saya bukannya ahli mana2 parti termasuklah bukan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan saya merupakan seorang rakyat biasa.
Oleh Demikian,
Saya, Mohd Nizam bin Abdul Jabar pemilik akuan FB Nizam Jabar, mohon maaf kepada YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin berhubung posting yang telah saya padam sebelum ini yang mengandungi kenyataan yang boleh menimbulkan fitnah dan salah faham terhadap beliau.
Untuk penjelasan, posting tersebut saya buat berdasarkan kenyataan daripada akaun media sosial lain. Namun begitu, saya mengakui bahawa saya tetap bertanggungjawab terhadap kandungan dan kenyataan yang saya tulis bersama posting tersebut.
Saya mengakui bahawa posting tersebut dibuat berdasarkan maklumat tanpa mendapatkan pengesahan yang sewajarnya. Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang telah saya tulis dan tidak berniat untuk menjatuhkan maruah, nama baik atau kredibiliti sesiapa.
Saya juga ingin menjelaskan bahawa permohonan maaf ini dibuat dengan ikhlas serta atas rasa menghormati proses perundangan yang masih berjalan. Saya menyerahkan segala perkara berkaitan kepada pihak berkuasa (polis, sprm dan RCI) dan proses yang sewajarnya diambil, serta saya tidak mahu membuat sebarang kesimpulan yang boleh mendahului proses tersebut.
Saya memohon maaf kepada YB DS Hamzah Zainudin atau mana-mana pihak yang terkesan, terasa dan tersinggung dengan posting berkenaan.
Nizam Jabar
Rakyat biasa