Pejabat Pertanian Daerah Tenom

Pejabat Pertanian Daerah Tenom PEJABAT PERTANIAN DAERAH TENOM

LAWATAN TEKNIKAL LAPANGAN | PROGRAM PEMBANGUNAN INDUSTRI TANAMAN 202614 Ogos 2026 | JumaatKakitangan Teknikal Pejabat Pe...
14/08/2026

LAWATAN TEKNIKAL LAPANGAN | PROGRAM PEMBANGUNAN INDUSTRI TANAMAN 2026

14 Ogos 2026 | Jumaat

Kakitangan Teknikal Pejabat Pertanian Daerah Tenom telah melaksanakan Lawatan teknikal bagi memastikan persediaan tapak projek pembangunan tanaman Tahun 2026 telah dilaksanakan dengan baik, teratur dan mengikut keperluan yang ditetapkan.

Dalam lawatan kali ini, beberapa ladang telah dilawati dan dibuat pengesahan, termasuklah:

🥑Projek Pembangunan Industri Tanaman Avocado
1. Kg. Pamilaan – Asri bin Asnan Chung

🍌Projek Pembangunan Tanaman Buah-buahan Terpilih – Pisang Berangan
1. Kg. Abul, Kemabong Baru – Bracley Chong

🍈Projek Pembangunan Tanaman Buah-buahan Terpilih – Pomelo
1. Kg. Angan-Angan – Teo Chuan Shen
2. Kg. Bamban – Ho Shin Yong
3. Kg. Enubai – Lesli Vun

Kesemua proses penyediaan kawasan bagi projek pembangunan tanaman Tahun 2026 telah selesai dilaksanakan.

Tahniah dan syabas kepada semua pengusaha atas komitmen, kerjasama dan kesungguhan dalam memastikan persediaan kawasan dapat diselesaikan dengan baik.









14/08/2026

Permohonan bagi Projek Pembangunan Tanaman Tahun 2027 di bawah seliaan Pejabat Pertanian Daerah Tenom kini dibuka kepada individu yang layak dan berminat.

Kelulusan juga adalah tertakluk kepada penilaian teknikal dilapangan oleh Pegawai Jabatan Pertanian Sabah.





KURSUS UPSCALING USAHAWAN INDUSTRI DAN MAKANAN ASAS TANI SIRI 5/202613 Ogos 2026 | Khamis📍 Unit IMAT, Pejabat Pertanian ...
13/08/2026

KURSUS UPSCALING USAHAWAN INDUSTRI DAN MAKANAN ASAS TANI SIRI 5/2026

13 Ogos 2026 | Khamis
📍 Unit IMAT, Pejabat Pertanian Daerah Tenom

Kursus Upscaling Usahawan Industri dan Makanan Asas Tani Siri 5/2026 kali ini memberi fokus kepada hasilan makanan berasaskan avokado dan kopi, dengan menghasilkan tiga produk menarik iaitu Mee Avocado, Aiskrim Avocado dan Jus Kopi Avocado.

Inilah antara usaha Unit Industri Makanan Asas Tani (IMAT) dalam memperkasakan kemahiran usahawan melalui inovasi dan kreativiti dalam pemprosesan hasil pertanian. Daripada hasil kebun, kita cipta produk baharu, tingkatkan nilai tambah dan buka lebih banyak peluang menjana pendapatan.

Majlis Perasmian Penutupan Kursus telah disempurnakan oleh Ketua Penyelia IMAT, Pn. Anty binti Amun, Penolong Pegawai Pertanian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan tenaga pengajar IMAT yang telah mencurahkan ilmu, berkongsi kemahiran serta memberikan tunjuk ajar sepanjang kursus berlangsung. Komitmen dan kesungguhan para tenaga pengajar amat dihargai dalam memastikan peserta mendapat pengalaman pembelajaran yang bermanfaat dan praktikal.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta! Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat diaplikasikan untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti, kreatif, berdaya saing dan seterusnya dikembangkan sebagai peluang perniagaan.



/2026






KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG (KMJG) DI PEJABAT PERTANIAN TENOM 🇲🇾🌿Semarak kemerdekaan terus dirasai di daerah T...
13/08/2026

KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG (KMJG) DI PEJABAT PERTANIAN TENOM 🇲🇾🌿

Semarak kemerdekaan terus dirasai di daerah Tenom!

13 Ogos 2026 (Khamis), Pejabat Pertanian Daerah Tenom berbesar hati menerima kunjungan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Jabatan Penerangan Negeri Sabah yang telah berlangsung di Unit IMAT, Pejabat Pertanian Tenom bermula seawal jam 8.30 pagi.

Menariknya, program ini turut diserikan dengan Bengkel/ Kursus Pemprosesan Hasilan Produk Berasaskan Avocado bersama peserta konvoi KMJG dan komuniti Hiliran Tenom.

Kemuncak program adalah Majlis Perasmian Kempen 1RJG (Kluster Komuniti & Kluster Agensi Kerajaan) yang akan turut disempurnakan oleh YB Datuk Jamawi Jaafar, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Negeri Sabah merangkap ADUN N42 Melalap.

Turut berlangsung ialah:
🇲🇾 Penyerahan Jalur Gemilang
🌱 Penyerahan sumbangan pek bibit buah oleh Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS)
🎶 Nyanyian Lagu Jalur Gemilang
📸 Acara bergambar bersama peserta dan komuniti

Program ini bukan sekadar menyemarakkan Bulan Kebangsaan, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan, komuniti dan masyarakat setempat melalui semangat Malaysia MADANI, patriotisme dan kecintaan terhadap negara.

Semangat Merdeka, Pertanian Diperkasa, Komuniti Sejahtera!

"Tenom Ke Arah Pertanian Premium"






12 Ogos 2026 | RabuKakitangan Teknikal Pejabat Pertanian Daerah Tenom telah melaksanakan kerja-kerja verifikasi dan meng...
13/08/2026

12 Ogos 2026 | Rabu

Kakitangan Teknikal Pejabat Pertanian Daerah Tenom telah melaksanakan kerja-kerja verifikasi dan mengambil gambar batu sempadan tanah bagi tujuan permohonan pindah milik tanah Kampung Batu-Batu, Tenom.

Kerja lapangan ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada aktiviti kawalselia dan komitmen dalam membantu memastikan urusan berkaitan tanah dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, tepat dan lancar.

Khidmat terbaik, amanah dipikul bersama.




VERIFIKASI PROJEK PEMBANGUNAN TANAMAN AVOCADO – MUKIM MANDALOM12 Ogos 2026 | RabuMukim Mandalom, TenomLawatan verifikasi...
12/08/2026

VERIFIKASI PROJEK PEMBANGUNAN TANAMAN AVOCADO – MUKIM MANDALOM

12 Ogos 2026 | Rabu
Mukim Mandalom, Tenom

Lawatan verifikasi telah dilaksanakan bagi meninjau dan mengesahkan status pelaksanaan Projek Pembangunan Tanaman Avocado di Mukim Mandalom.

Hasil pemeriksaan mendapati kerja-kerja pembukaan kawasan telah siap dilaksanakan dan kawasan berada dalam keadaan yang bersesuaian untuk pembangunan tanaman avocado.

Kawasan yang telah diverifikasi melibatkan:

1. Pn. Siti Noraniza binti Idris – 1 hektar
2. ⁠En. Johnny bin Kunjin – 1 hektar

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada pemantauan pelaksanaan projek bagi memastikan pembangunan kawasan dilaksanakan mengikut perancangan sebelum memasuki peringkat penanaman seterusnya.

Semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan baik dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan industri avocado di Daerah Tenom.




11.08.2026 | SelasaPemantauan & Khidmat Nasihat bagi Projek Tanaman Nanas di Kg. Masanoi.Pemantauan ini dilaksanakan bag...
11/08/2026

11.08.2026 | Selasa

Pemantauan & Khidmat Nasihat bagi Projek Tanaman Nanas di Kg. Masanoi.

Pemantauan ini dilaksanakan bagi melihat perkembangan tanaman serta keadaan semasa projek.

Lawatan ini turut melibatkan khidmat nasihat teknikal kepada peserta berkaitan pengurusan tanaman, penjagaan dan amalan agronomi yang bersesuaian bagi memastikan pertumbuhan nanas yang baik serta pengeluaran yang berkualiti.

Semoga usaha dan bimbingan berterusan ini dapat membantu peserta projek meningkatkan pengurusan kebun serta hasil tanaman nanas.






JEMPUTAN PENCERAMAH & LATIHAN PRAKTIKAL PENANAMAN HALIA 11 Ogos 2026 | SelasaJemputan penceramah dan latihan praktikal p...
11/08/2026

JEMPUTAN PENCERAMAH & LATIHAN PRAKTIKAL PENANAMAN HALIA

11 Ogos 2026 | Selasa

Jemputan penceramah dan latihan praktikal penanaman halia bagi Program Dapur Keluarga Sihat anjuran KEMAS.

Sesi ini memberi pendedahan secara teori dan praktikal kepada peserta mengenai kaedah penanaman halia, termasuk penyediaan bahan tanaman, penyediaan media, penanaman rizom dan penjagaan tanaman.

Melalui pendekatan praktikal ini, peserta diharap dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari untuk mengusahakan tanaman halia di kebun dapur masing-masing, sekali gus menggalakkan pengeluaran makanan sendiri yang lebih sihat dan berterusan.

Terima kasih kepada pihak KEMAS atas jemputan dan kerjasama yang diberikan. Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada semua peserta.







PEMANTAUAN DAN KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL TANAMAN HIDROPONIK PROJEK AGROMAKANAN RISDA📅 11 Ogos 2026 | Selasa📍 Kampung Ulu ...
11/08/2026

PEMANTAUAN DAN KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL TANAMAN HIDROPONIK PROJEK AGROMAKANAN RISDA

📅 11 Ogos 2026 | Selasa
📍 Kampung Ulu Tepoh, Tenom

Satu sesi pemantauan dan khidmat nasihat teknikal telah dilaksanakan terhadap projek tanaman hidroponik di bawah Projek Agromakanan RISDA, yang diusahakan oleh Encik Setypanaus bin Ebin di Kampung Ulu Tepoh, Tenom.

Pemantauan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam membimbing dan memperkasa usahawan tani ke arah pengurusan pengeluaran yang lebih sistematik, berdaya saing serta menepati amalan pertanian yang baik.

Sesi pemantauan turut dilaksanakan susulan permohonan pengusaha untuk mendapatkan pensijilan myGAP bagi tanaman sayuran yang diusahakan. Seramai dua (2) orang Penolong Pegawai Pertanian telah ditugaskan bagi menjalankan pemeriksaan, pemantauan serta memberikan khidmat nasihat teknikal kepada pengusaha sebagai persediaan menuju ke peringkat penilaian seterusnya.

Melalui pendekatan pemantauan dan bimbingan secara berterusan, pengusaha dapat mengenal pasti aspek-aspek yang perlu ditambah baik, khususnya dari segi pengurusan tanaman, rekod ladang, penggunaan input pertanian secara berhemah serta amalan pengeluaran yang baik dan selamat.

Penggunaan teknologi hidroponik sebagai salah satu pendekatan pertanian moden juga berpotensi membantu meningkatkan kecekapan penggunaan sumber, produktiviti serta kualiti hasil, di samping membuka ruang kepada pengusaha untuk memperkukuh daya saing dalam sektor agromakanan.

Komitmen dan kesungguhan pengusaha seperti ini amat penting dalam menyokong agenda pembangunan sektor agromakanan yang produktif, berkualiti dan mampan, khususnya di daerah Tenom.

“Pertanian Moden, Usahawan Berdaya Saing, Agromakanan Mampan.”







LAWATAN SAMBIL BELAJAR PROJEK TANAMAN HALIA 10 Ogos 2026 | IsninLawatan sambil belajar ke Pusat Penyelidikan Pertanian L...
10/08/2026

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PROJEK TANAMAN HALIA

10 Ogos 2026 | Isnin

Lawatan sambil belajar ke Pusat Penyelidikan Pertanian Lagud Sebrang, Tenom bagi meninjau plot projek tanaman halia serta mendapatkan perkongsian berkaitan kaedah penanaman dan pengurusan tanaman halia.

Lawatan ini juga merupakan sebahagian daripada persediaan dan penyelarasan awal bagi jemputan sebagai penceramah Kursus Kebun Dapur Sihat anjuran Pejabat KEMAS Daerah Tenom.

Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman ini dapat dimanfaatkan dalam pelaksanaan kursus nanti.







Address

Pejabat Pertanian Peti Surat No. 172
Tenom
89908

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pertanian Daerah Tenom posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share