UPPM N43 Kemabong

UPPM N43 Kemabong Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from UPPM N43 Kemabong, Public & Government Service, wdt 25, Tenom.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ WALKABOUT KEMPEN 1RUMAH 1JALUR GEMILANG ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ10 Ogos 2026 | IsninPPM Handeri Pangal bersama kakitangan UPPM N.43 Kemabon...
10/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ WALKABOUT KEMPEN 1RUMAH 1JALUR GEMILANG ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

10 Ogos 2026 | Isnin

PPM Handeri Pangal bersama kakitangan UPPM N.43 Kemabong turut bersama-sama menyertai Program Walkabout Kempen 1Rumah 1Jalur Gemilang (1R1JG), Bulan Kebangsaan dan Hari Sabah (HKHS) 2026 yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kecil Kemabong.

Program ini turut disertai oleh pelbagai agensi dan jabatan kerajaan dalam usaha menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Sabah.

Antara aktiviti utama adalah walkabout serta pengagihan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sabah kepada pemilik premis, kedai dan penjaja di sekitar kawasan Kemabong.

Semangat kebersamaan dan kerjasama antara agensi seperti ini amat penting dalam menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap negara serta Negeri Sabah.

Satu Rumah, Satu Jalur Gemilang โ€” Semarakkan Semangat Merdeka!






MAJLIS MEREWANG & MALAM JALINAN BUDAYA SISWA-SISWI UMS DI GUMISI ULU 7 Ogos 2026 | JumaatPPM Handeri pangal bersama kaki...
10/08/2026

MAJLIS MEREWANG & MALAM JALINAN BUDAYA SISWA-SISWI UMS DI GUMISI ULU

7 Ogos 2026 | Jumaat

PPM Handeri pangal bersama kakitangan UPPM N.43 Kemabong berkesempatan menghadiri Majlis Merewang dan Malam Jalinan Budaya Siswa-Siswi UMS yang berlangsung di Dewan Terbuka Kg. Gumisi Ulu.

Program ini menjadi platform yang sangat baik dalam mengeratkan hubungan antara mahasiswa UMS, komuniti setempat serta agensi, di samping memupuk semangat kebersamaan dan memperkenalkan keunikan budaya serta warisan masyarakat di Sabah.

Majlis turut dimeriahkan dengan makan malam, persembahan lagu-lagu etnik Sabah serta persembahan tarian daripada Pewaris Maugus dan siswa-siswi UMS.

Tahniah dan terima kasih kepada penganjur serta komuniti Kg. Gumisi Ulu, Tatauh, Gumisi Laut dan Maugus atas penganjuran program yang penuh dengan semangat kekeluargaan, budaya dan keharmonian.

Semoga jalinan kerjasama antara mahasiswa dan komuniti setempat terus diperkukuhkan demi manfaat bersama.

2 Ogos 2026 | AhadMESYUARAT PEMBENTUKAN JAWATANKUASA PENGERAK KELESTARIAN LAGU-LAGU RAKYAT/TRADISI MURUTPemaju Masyaraka...
02/08/2026

2 Ogos 2026 | Ahad

MESYUARAT PEMBENTUKAN JAWATANKUASA PENGERAK KELESTARIAN LAGU-LAGU RAKYAT/TRADISI MURUT

Pemaju Masyarakat PMM Handeri Pangal UPPM N.43 Kemabong, , telah menghadiri Mesyuarat Pembentukan Ahli Jawatankuasa Penggerak Kelestarian Lagu-Lagu Rakyat/Tradisi Murut yang diadakan di Bilik Mesyuarat Mahkamah Anak Negeri Keningau.

Mesyuarat ini turut melibatkan beberapa pemimpin dan wakil dari kawasan Pensiangan, Nabawan dan Kemabong, dengan memberi fokus kepada usaha memelihara, memperkasa dan memastikan kelestarian lagu-lagu rakyat serta tradisi masyarakat Murut agar terus diwarisi oleh generasi akan datang.

Semoga usaha bersama ini dapat memperkukuhkan lagi pemeliharaan khazanah seni, budaya dan identiti masyarakat Murut.

30 July 2026 | KhamisPROGRAM LIBAT URUS PENGURUSAN BENCANA PERINGKAT DAERAH KECIL KEMABONG MUKIM SAPONGTuan PPM Handeri ...
30/07/2026

30 July 2026 | Khamis

PROGRAM LIBAT URUS PENGURUSAN BENCANA PERINGKAT DAERAH KECIL KEMABONG MUKIM SAPONG

Tuan PPM Handeri Panggal bersama kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.43 Kemabong telah menghadiri Program Libat Urus Pengurusan Bencana Peringkat Daerah Kecil Kemabong Mukim Sapong yang diadakan di Dewan Terbuka Kampung Sindungon,Kemabong.

Program ini bertujuan memperkukuhkan kerjasama antara agensi serta meningkatkan kefahaman mengenai peranan dan tindakan pengurusan bencana sebelum, semasa dan selepas berlakunya bencana demi memastikan kesejahteraan serta keselamatan masyarakat setempat.

29.07.2026 | RabuSESI PENYELARASAN PERJALANAN PROGRAM 15 OGOS 2026Tuan PPM Handeri Pangal bersama En. Fred selaku Pemaju...
29/07/2026

29.07.2026 | Rabu

SESI PENYELARASAN PERJALANAN PROGRAM 15 OGOS 2026

Tuan PPM Handeri Pangal bersama En. Fred selaku Pemaju Mukim telah menghadiri Sesi Penyelarasan Perjalanan Program yang diadakan di Bilik Gerakan UPPM DUN N.44 Tulid.

Sesi ini diadakan bagi membincangkan persiapan serta menyelaras pelaksanaan program yang akan berlangsung pada 15 Ogos 2026, melibatkan kerjasama antara Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) kawasan Parlimen Keningau, Tenom dan Pensiangan.

Semoga segala perancangan yang telah dibincangkan dapat berjalan dengan lancar demi memastikan program yang dirancang mencapai objektif serta memberi manfaat kepada masyarakat.



Pihak UPPM N.43 Kemabong yang diwakili oleh Pemaju Mukim dan Pemaju Masyarakat telah menyampaikan sumbangan ikhlas mewak...
28/07/2026

Pihak UPPM N.43 Kemabong yang diwakili oleh Pemaju Mukim dan Pemaju Masyarakat telah menyampaikan sumbangan ikhlas mewakili YB Datuk Rubin Balang, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah merangkap ADUN N.43 Kemabong, kepada beberapa keluarga yang telah ditimpa musibah sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada mereka.

Antara keluarga yang menerima sumbangan ialah Keluarga mendiang Samiah binti Amulong di Kampung Angalor,Keluarga mendiang Suti Ahil di Kampung Lalang,Keluarga mendiang Ongkorom bin Pansisan di Kampung Kalibatang Lama, Keluarga mendiang Alus bin Balua di Kampung Kemabong Baru,Keluarga mendiang Chung Siew Mei di Kampung Batu 14.

Bagi mendiang Ongkorom Bin Pansisan Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat ADUN N.43 Kemabong telah membantu mengurus dan menbawa jenazah daripada hospital Tenom ke kg.Kaibatang Lama.

Turut hadir mengiringi penyerahan sumbangan ialah KAN James Liaron dan KAN Yohana Ampar ,En. Emot Kandau, En. Wong F**k Min (Kapitan) dan En. Wong Chi Tau (JKKK Batu 14)

Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban keluarga yang terlibat serta menjadi tanda keprihatinan dan ingatan berterusan daripada YB Datuk Rubin Balang terhadap kebajikan masyarakat di N.43 Kemabong.

PROGRAM KEIBUBAPAAN ERA DIGITAL PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2026Hari ini, Tuan Handeri Pangal, Pemimpin Pembangunan Masyarak...
25/07/2026

PROGRAM KEIBUBAPAAN ERA DIGITAL PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2026

Hari ini, Tuan Handeri Pangal, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N.43 Kemabong, bersama kakitangan UPPM N.43 Kemabong telah menghadiri Program Keibubapaan Era Digital Peringkat Sekolah Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Serbaguna SK Masanoi.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Handeri Pangal yang mewakili YB Datuk Rubin Bin Balang, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.43 Kemabong.

Semoga program ini dapat memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran kepada para ibu bapa mengenai peranan penting mereka dalam membimbing serta melindungi anak-anak menghadapi cabaran era digital, sekali gus mengukuhkan kerjasama antara sekolah, ibu bapa dan komuniti demi melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan celik digital.

21 Julai 2026 (Selasa)Tuan Henderi Panggal, PPM N.43 Kemabong telah menghadiri Mesyuarat Awalan Bagi Cadangan Rekabentuk...
21/07/2026

21 Julai 2026 (Selasa)

Tuan Henderi Panggal, PPM N.43 Kemabong telah menghadiri Mesyuarat Awalan Bagi Cadangan Rekabentuk Pembangunan Landskap Pekan Kemabong, Tenom yang diadakan di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Tingkat 4, Wisma Innoprise, Kota Kinabalu.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Tuan Zakharia Jamal, Penolong Pegawai Daerah (K) Kemabong, Jurutera Pejabat Daerah Kecil Kemabong, serta kakitangan Majlis Daerah Tenom.

Mesyuarat ini bertujuan membincangkan cadangan rekabentuk pembangunan landskap Pekan Kemabong, termasuk pembentangan pelan konsep dan mendapatkan pandangan serta input daripada agensi berkaitan bagi memastikan perancangan pembangunan yang lebih tersusun, menarik dan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat.

Semoga usaha ini dapat memperindah Pekan Kemabong serta menyokong pembangunan yang mampan demi kesejahteraan penduduk.

11 Julai 2026 (Sabtu)Tuan Henderi Pangal, PPM N.43 Kemabong serta staf UPPM N.43 Kemabong bersama YB Datuk Rubin Balang,...
11/07/2026

11 Julai 2026 (Sabtu)

Tuan Henderi Pangal, PPM N.43 Kemabong serta staf UPPM N.43 Kemabong bersama YB Datuk Rubin Balang, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah merangkap ADUN N.43 Kemabong telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan ikhlas kepada keluarga mendiang Salleh Angin di Kampung Sumandalom.

Sumbangan ini disampaikan sebagai tanda keprihatinan YB Datuk Rubin Balang, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah merangkap ADUN N.43 Kemabong, terhadap kebajikan masyarakat, khususnya keluarga yang sedang berdepan dengan saat-saat sukar.

Semoga sumbangan yang dihulurkan dapat sedikit sebanyak meringankan beban keluarga yang ditinggalkan.

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang. Semoga diberikan kekuatan, ketabahan serta dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian ini.

11 Julai 2026 (Sabtu)Tuan Henderi Pangal, PPM N.43 Kemabong,staf UPPM N.43 Kemabong bersama YB Datuk Rubin Balang Menter...
11/07/2026

11 Julai 2026 (Sabtu)

Tuan Henderi Pangal, PPM N.43 Kemabong,staf UPPM N.43 Kemabong bersama YB Datuk Rubin Balang Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah merangkap Adun N.43 Kemabong telah menziarahi serta menyampaikan sumbangan ikhlas kepada keluarga mendiang Burihan Yusuf di Kampung Laman.

Sumbangan ini disampaikan sebagai tanda keprihatinan YB Datuk Rubin Balang, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah merangkap ADUN N.43 Kemabong, terhadap kebajikan masyarakat, khususnya keluarga yang sedang berdepan dengan saat-saat sukar.

Sebelum itu,En.Roslan Tambisan, Pemandu Pusat Khidmat Masyarakat ADUN N.43 Kemabong bersama KAN James Liaron telah mengurus dan membawa pulang jenazah mendiang Burihan Yusuf dari Hospital Queen Elizabeth II ke Kampung Laman bagi membantu melancarkan urusan pengebumian.

Semoga sumbangan yang dihulurkan dapat sedikit sebanyak meringankan beban keluarga yang ditinggalkan serta menjadi tanda bahawa mereka sentiasa berada dalam ingatan dan perhatian.

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang. Semoga diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan. ๐Ÿ™

Address

Wdt 25
Tenom

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPPM N43 Kemabong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share