DAP TENOM

DAP TENOM Sebuah organisasi politik yang memperjuangkan ideologi Sosial Demokrasi yang mengutamakan/membela nasib golongan miskin dan lemah.

โœจ Komitmen terus dari akar umbi hingga ke barisan hadapan! โœจPada 5 September 2025, Timbalan Pengerusi DAP Pekan Kemabong...
05/09/2025

โœจ Komitmen terus dari akar umbi hingga ke barisan hadapan! โœจ

Pada 5 September 2025, Timbalan Pengerusi DAP Pekan Kemabong, saudara Dony Tay, bersama Setiausaha saudari Yiska Lassan dan Pengerusi DAP Cawangan Mandalom, Jimmy Ahson telah menghadiri Pelancaran Bilik Gerakan Jentera N.25 Kapayan yang dirasmikan oleh Pengerusi DAP Sabah, saudara Phoong Jin Zhe, dan dianjurkan oleh ADUN Kapayan, saudari Jannie Lasimbang.

Majlis ini bukan sekadar pelancaran bilik gerakan, tetapi lambang kesediaan dan semangat juang jentera DAP Sabah dalam menghadapi cabaran politik demi rakyat. Kehadiran wakil dari Kemabong mencerminkan solidariti dan kesatuan antara kawasan, serta sokongan padu terhadap kepimpinan yang berwibawa dan berprinsip.

Turut hadir dan memberikan ucapan saudara Chan Foong Hin Timbalan Pengerusi DAP Sabah.

Terima kasih kepada tuan rumah N.25 Kapayan atas sambutan hangat dan semangat perjuangan yang menginspirasi. Dari Kemabong ke Kapayan, kita terus melangkah bersama demi masa depan yang lebih adil dan inklusif untuk semua rakyat Sabah. ๐Ÿš€โค๏ธ

Tenom DAP backs Noorita for KemabongThe women and the only indigenous leader from Tenom is a Senator. A native of Kemabo...
25/08/2025

Tenom DAP backs Noorita for Kemabong
The women and the only indigenous leader from Tenom is a Senator. A native of Kemabong from Murut Tahol tribe, she is a Christian.

Tenom: DAP Tenom voiced strong support for Senator Noorita Sual to be the Pakatan Harapan (PH) candidate for the Kemabong state seat in the coming State Election.

โ€œ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ถ ๐—•๐˜‚๐—ธ๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐—บ๐—ถ๐˜๐—บ๐—ฒ๐—ป: ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—•๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น, ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ต๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐—ฅ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜ โ€“ ๐—ฌ๐—ถ๐˜€๐—ธ๐—ฎ ๐—Ÿ๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ฎ๐—ปโ€TENOM, 2...
24/08/2025

โ€œ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ถ ๐—•๐˜‚๐—ธ๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐—บ๐—ถ๐˜๐—บ๐—ฒ๐—ป: ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—•๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น, ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ต๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐—ฅ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜ โ€“ ๐—ฌ๐—ถ๐˜€๐—ธ๐—ฎ ๐—Ÿ๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ฎ๐—ปโ€

TENOM, 23 Ogos 2025 โ€“
Perkongsian daripada Yiska Lassan, Setiausaha Wanita DAP Sabah merangkap Setiausaha DAP Pekan Kemabong, yang tampil sebagai pengacara jemputan semasa Pelancaran Jentera Pakatan Harapan DUN N.42 Melalap di Malleh Square, Tenom, menegaskan bahawa rakyat kini menikmati perubahan besar di bawah kepimpinan Pakatan Harapan dan Perdana Menteri YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim (PMX).

โ€œKita berkumpul dengan satu tekad โ€” membawa perubahan, mengangkat suara rakyat, dan memastikan masa depan Sabah lebih terjamin di bawah kepimpinan PH dan Perdana Menteri kita, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Rakyat masih ingat betapa susahnya hidup ketika zaman Perikatan Nasional. Minyak masak susah didapati, gula habis di pasaran, beras mahal, telur dan ayam tiada stok. Bayangkan, seekor ayam tua ketika itu mencecah harga RM15 โ€“ RM16 seekor! Penduduk kampung yang hidup sederhana terpaksa menanggung beban yang berat.

Tetapi hari ini, di bawah pimpinan PMX, keadaan jauh berubah. Minyak masak, beras, gula dan barang asas kembali mudah didapati dengan harga berpatutan. Harga ayam tua kini jauh lebih munasabah antara RM9.50 hingga RM12 seekor. Ini bukti jelas kerajaan Madani bekerja untuk rakyat, bukan untuk poket sendiri,โ€ ujar Yiska.

Beliau turut menekankan keberkesanan program STR, SARA dan Jualan Rahmah yang benar-benar meringankan beban rakyat. Di Kemabong dan Melalap, program Jualan Rahmah melalui pasaraya Bestamart terbukti memberi manfaat besar kepada penduduk.

Selain itu, pengumuman khas kerajaan baru-baru ini โ€” bantuan RM100 ke MyKad bagi semua rakyat berumur 18 tahun ke atas โ€” memberi limpahan ekonomi kepada masyarakat. โ€œDi Tenom sahaja terdapat 43,841 penerima (setakat 25 April 2025), bermakna lebih RM4 juta akan berlegar dalam ekonomi setempat, memberi nafas baharu kepada kedai-kedai runcit, supermarket, dan peniaga kecil kita. Inilah cara sebenar menggerakkan ekonomi rakyat!โ€ katanya lagi.

Yiska turut menyeru para peniaga di Tenom agar mengambil peluang dengan mendaftar dalam program SARA, di mana kerajaan menyediakan dua mesin transaksi percuma untuk memudahkan jual beli.

โ€œJangan lepaskan peluang ini. Kerajaan Madani bukan sahaja membantu pengguna, malah menyediakan platform untuk peniaga kecil dan sederhana agar sama-sama mendapat manfaat,โ€ tegasnya.

โ€“โ€“ TAMAT โ€“โ€“

YB Senator Noorita Sual, Naib Pengerusi DAP Sabah merangkap Pengerusi DAP Tenom dan Ketua Penyelaras PH Tenom, hari ini ...
27/07/2025

YB Senator Noorita Sual, Naib Pengerusi DAP Sabah merangkap Pengerusi DAP Tenom dan Ketua Penyelaras PH Tenom, hari ini menyampaikan sumbangan bagi menjayakan Program Pertandingan Bola Tampar Madani (Tertutup) yang berlangsung di Kg Batu Angalor, Kemabong kelmarin dan hari ini.

Pertandingan ini telah menghimpunkan 12 pasukan lelaki dan 3 pasukan perempuan dari kawasan sekitar, sekali gus memperkukuh semangat kesukanan dan perpaduan komuniti setempat. Hari ini berlangsung perlawanan akhir kategori lelaki untuk merebut gelaran Johan dan Naib Johan.

YB Senator Noorita Sual menyatakan bahawa program seperti ini mencerminkan semangat Madani yang menekankan nilai inklusiviti, kerjasama dan pembangunan akar umbi. Beliau turut berikrar untuk terus menyokong inisiatif komuniti yang melibatkan belia dan pembangunan sukan di kawasan Tenom.

"Sukan bukan hanya tentang kemenangan, ia adalah landasan perpaduan dan pembinaan generasi masa depan. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan pertandingan ini." โ€” YB Senator Noorita Sual

03/03/2025
DAP Sabah diberi autonomi - Loke
10/11/2024

DAP Sabah diberi autonomi - Loke

DAP Sabah, Anthony Loke, PRN, kerjasama, Kerajaan

30/08/2024

Selamat menyambut Hari Kebangsaan negara kita Malaysia yang ke-67. Malaysia Madani Jiwa Merdeka!

Address

Pejabat DAP, Tingkat 3, Lot 30, Tenom Jaya
Tenom

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DAP TENOM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share