03/09/2026
03 & 04 SEPTEMBER 2026 | RABU & KHAMIS
LAWATAN PENGARAH RISDA NEGERI PAHANG KE PRS KERAYONG & PRMS KEMAYAN
๐ PRS Kerayong & PRMS Kemayan,
Pejabat RISDA Daerah Bera menerima kunjungan Pengarah RISDA Negeri Pahang, En. Abdul Aziz bin Awang dalam satu lawatan kerja bagi meninjau serta menyantuni Pekebun Kecil melalui pelaksanaan Aplikasi MyPK RISDA dan aktiviti Kajian Tanah.
Lawatan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan bersama Pekebun Kecil, di samping mendapatkan maklumat secara lebih dekat berkaitan keadaan serta keperluan di lapangan. Penggunaan Aplikasi MyPK RISDA turut membantu dalam memastikan maklumat Pekebun Kecil dapat direkod dan dikemas kini dengan lebih sistematik, tepat dan berkesan.
Aktiviti kajian tanah p**a merupakan salah satu usaha dalam membantu mengenal pasti kesesuaian serta potensi tanah bagi menyokong peningkatan produktiviti dan kesejahteraan Pekebun Kecil.
Turun ke lapangan, mendengar suara Pekebun Kecil, memahami keperluan dan bersama-sama mencari penyelesaian.
Semoga usaha berterusan ini dapat memperkukuh perkhidmatan RISDA serta memberi manfaat yang lebih besar kepada komuniti Pekebun Kecil, selaras dengan aspirasi untuk meningkatkan produktiviti, pendapatan dan kesejahteraan mereka.
RISDA Prihatin, Pekebun Kecil Sejahtera. ๐ค