Pejabat FELDA Bukit Puchong

Pejabat FELDA Bukit Puchong Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat FELDA Bukit Puchong, Public & Government Service, Pejabat FELDA Bukit Puchong, Triang, Teriang.

LAWATAN ZIARAH KASIH JKKR & GPW FELDA BUKIT PUCHONG📅 Tarikh: 21 Julai 2026 (Selasa)🕣 Masa: 8.30 PagiAlhamdulillah, telah...
21/07/2026

LAWATAN ZIARAH KASIH JKKR & GPW FELDA BUKIT PUCHONG

📅 Tarikh: 21 Julai 2026 (Selasa)
🕣 Masa: 8.30 Pagi

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Ziarah Kasih anjuran JKKR dan GPW FELDA Bukit Puchong serta pemeriksaan Skuad Maya pada bulan ini.

Semoga usaha murni ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim, menyemai semangat prihatin serta memperkukuhkan ukhwah dalam kalangan warga FELDA Bukit Puchong. Diharapkan program dapat menyantuni masyarakat dan memastikan kebajikan penduduk sentiasa diberi perhatian.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini.

Terima kasih semua🫶🏻





PROGRAM MENGACAU BUBUR ASYURA PERDANA FELDA BUKIT PUCHONG TAHUN 2026Tarikh    : 17 Jun 2026 (1 Muharram 1448H)Tempat : D...
18/06/2026

PROGRAM MENGACAU BUBUR ASYURA PERDANA FELDA BUKIT PUCHONG TAHUN 2026

Tarikh : 17 Jun 2026 (1 Muharram 1448H)
Tempat : Dewan Orang Ramai FELDA Bukit Puchong

Alhamdulillah.

Telah berlangsung dengan meriah dan jayanya Program Kacau Bubur Asyura Perdana FELDA Bukit Puchong dalam suasana gotong-royong, muafakat dan penuh ukhuwah antara warga FELDA Bukit Puchong.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menyumbang tenaga, berkongsi rezeki dan menyerlahkan idea untuk persembahankumpulan masing-masing.

Semoga segala usaha kebersamaan yang diusahakan ini menjadi asbab dalam mengeratkan hubungan silaturrahim serta mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T

Terima kasih semua🫶🏻



SALAM AIDIL ADHAPihak pengurusan FELDA dan FPMSB FELDA Bukit Puchong mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1447H / 20...
27/05/2026

SALAM AIDIL ADHA

Pihak pengurusan FELDA dan FPMSB FELDA Bukit Puchong mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1447H / 2026 M.

Penerangan penggunaan aplikasi e-nota hantaran untuk penghantaran BTS ke kilang sawit. Penerangan ini kepada pemandu² lo...
19/05/2026

Penerangan penggunaan aplikasi e-nota hantaran untuk penghantaran BTS ke kilang sawit. Penerangan ini kepada pemandu² lori yang mengangkut BTS dalam FELDA Bukit Puchong. Bermula minggu kedua Jun 2026 aplikasi ini akan diguna pakai.

Selamat Menyambut Hari Guru buat seluruh warga pendidik yang telah mencurahkan ilmu, mendidik dengan penuh kesabaran ser...
16/05/2026

Selamat Menyambut Hari Guru buat seluruh warga pendidik yang telah mencurahkan ilmu, mendidik dengan penuh kesabaran serta membimbing anak bangsa ke arah kejayaan.

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan para guru amat besar nilainya dalam membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing. Terima kasih atas segala usaha, dedikasi dan komitmen yang tidak pernah mengenal erti penat demi masa depan anak-anak didik.

“Guru Bintara, Nadi Negara”

Ikhlas daripada
Seluruh Warga FELDA Bukit Puchong

PROGRAM ZIARAH KASIH ANJURAN JKKR DAN GPW TAHUN 2026Tarikh : 28.04.2026Hari.   : SelasaMasa  : 9.00 pagiAlhamdulillah te...
30/04/2026

PROGRAM ZIARAH KASIH ANJURAN JKKR DAN GPW TAHUN 2026

Tarikh : 28.04.2026
Hari. : Selasa
Masa : 9.00 pagi

Alhamdulillah telah berlangsungnya program Ziarah Kasih pada bulan ini. Semoga dengan usaha kecil ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban bagi yang memerlukan.

24/04/2026
JAMUAN RAYA RANCANGAN ANJURAN JPKK FELDA BUKIT PUCHONG.Salam Syawal semua✨Masih Syawal lagi kan🥰Pihak pengurusan ingin m...
18/04/2026

JAMUAN RAYA RANCANGAN ANJURAN JPKK FELDA BUKIT PUCHONG.

Salam Syawal semua✨

Masih Syawal lagi kan🥰

Pihak pengurusan ingin mengucapkan terima kasih kepada JPKK FELDA Bukit Puchong kerana menganjurkan Jamuan Raya Aidilfitri peringkat rancangan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua badan badan yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Semoga Syawal kali ini telah membawa kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan buat kita bersama dan semoga dipertemukan lagi pada Syawal akan datang.

Pergi ke pekan membeli bunga,
Singgah sebentar membeli selasih;
Walau ucapan tiba sedikit lewatnya,
Ingatan kami tetap penuh kasih.

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin daripada pihak pengurusan. Semoga hubungan yang terjalin terus erat dan berkekalan 🤍

Pihak pengurusan merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) FELDA Bukit...
31/03/2026

Pihak pengurusan merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) FELDA Bukit Puchong tahun 2025 atas pencapaian keputusan yang diperoleh.

Semoga kejayaan ini menjadi permulaan yang baik untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.



📢📢📢PENYERTAAN TELAH DITUTUP.Terima kasih kepada semua yang menceriakan dan memeriahkan Pertandingan OOTD Raya Paling Sty...
20/03/2026

📢📢📢PENYERTAAN TELAH DITUTUP.

Terima kasih kepada semua yang menceriakan dan memeriahkan Pertandingan OOTD Raya Paling Style tahun 2026 ini. Anda semua bukan sahaja bergaya, malah menyerlahkan lagi suasana dan semangat Aidilfitri ini..

Syabas dan Selamat Hari Raya Aidilfitri semua✨

_______________

📢📢📢Pejabat FELDA Bukit Puchong menjemput seluruh warga FELDA Bukit Puchong untuk menyertai Pertandingan OOTD RAYA PALING STYLE 2026.

Ayuh kongsikan kreativiti dan keunikan gaya raya anda serta momen indah anda beraya di FELDA Bukit Puchong.

‼️SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Terbuka kepada SELURUH warga FELDA Bukit Puchong.
2. WAJIB follow akaun “Pejabat FELDA Bukit Puchong”.
3. Post gambar penyertaan anda di ruangan komen ini dan sertakan hashtag pada hantaran gambar anda.
4. WAJIB TAG 5 orang rakan anda pada hantaran gambar anda untuk memeriahkan lagi suasana.
5. Penyertaan dibuka pada 1 Syawal hingga 7 Syawal (jam 12 tengahari).
6. Pastikan akaun anda ditetapkan ke tetapan “public” supaya pihak pengurusan dapat mengesah penyertaan anda.
7. LIKE TERBANYAK dan MENEPATI SEMUA SYARAT akan diumum sebagai PEMENANG ‼️‼️

‼️Jangan lepaskan peluang untuk berkongsi kenangan manis semasa hari raya ini🥳.




Address

Pejabat FELDA Bukit Puchong, Triang
Teriang
28300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat FELDA Bukit Puchong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat FELDA Bukit Puchong:

Shortcuts

Share