26/04/2026
Bengkel Konsultasi bersama Pemegang Taruh bagi Semakan Semula Pelan Pengurusan Strategik Kawasan Konservasi Kanyon Imbak (KKKI)
Bengkel Konsultasi ini dianjurkan sebagai platform penting dalam proses semakan semula Pelan Pengurusan Strategik Kanyon Imbak 2014–2023 yang telah tamat tempoh. Ia bertujuan untuk memperkukuh hala tuju pengurusan KKKI bagi tempoh 2026–2035 dengan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan, institusi penyelidikan, organisasi konservasi, industri pelancongan dan komuniti tempatan.
Melalui sesi konsultasi ini, para pemegang taruh akan meneliti draf pelan baharu serta menyumbang input ke arah pengurusan yang lebih mampan, berasaskan sains, dan inklusif.
🌿 Kanyon Imbak (KKKI) merupakan antara kawasan konservasi penting di Sabah yang kaya dengan biodiversiti, habitat hidupan liar terancam, serta nilai ekologi tinggi dalam Landskap DaMaI bersama Lembah Danum dan Lembangan Maliau.
Bengkel ini dijangka memperkukuh:
✔ Pemuliharaan biodiversiti
✔ Penyelidikan dan pendidikan alam sekitar
✔ Pembangunan ekopelancongan mampan
✔ Kerjasama strategik pelbagai pihak
Hasil perbincangan akan menjadi asas penting dalam membentuk hala tuju pengurusan masa depan Kanyon Imbak sebagai pusat konservasi, penyelidikan dan ekopelancongan bertaraf antarabangsa.
🌱 Bersama kita memastikan kelestarian Kanyon Imbak untuk generasi akan datang.
----------------------------------------
Stakeholder Consultation Workshop to
Review of the Imbak Canyon Conservation Area (ICCA) Strategic Management Plan
This Consultation Workshop is organised as part of the review process for the Imbak Canyon Strategic Management Plan 2014–2023, which has reached its expiry. The workshop aims to strengthen the future management direction of ICCA for the 2026–2035 period through active engagement with key stakeholders, including government agencies, research institutions, conservation organisations, tourism industry players, and local communities.
Through this consultation platform, stakeholders will review the draft revised management plan and provide constructive input to ensure a more sustainable, science-based, and inclusive management approach.
🌿 The Imbak Canyon Conservation Area (ICCA) is one of Sabah’s most important conservation landscapes, rich in biodiversity, critical wildlife habitats, and high ecological value, forming part of the wider DaMaI Landscape alongside Danum Valley and Maliau Basin.
The workshop is expected to strengthen:
✔ Biodiversity conservation
✔ Research and environmental education
✔ Sustainable ecotourism development
✔ Multi-stakeholder collaboration
The outcomes will serve as a key foundation in shaping the future management direction of Imbak Canyon as a world-class conservation, research, and ecotourism hub.
🌱 Together, we safeguard Imbak Canyon for future generations.