Kolej Komuniti Bera

Kolej Komuniti Bera Kolej Komuniti Bera adalah sebuah IPTA di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Untuk Sebarang Pertanyaan
Sila Hubungi : 09-2502530
No.Faks : 09-2502531

FB: KOLEJ KOMUNITI BERA (Like Page)

PENAFIAN: Pihak Kolej Komuniti Bera tidak akan bertanggungjawab terhadap maklumat yang terdapat pada mana-mana laman facebook lain yang menggunakan nama jabatan ini selain daripada facebook rasmi seperti senarai diatas, kerana ia bukan dibawah pengawasan dan tanggungjawab pihak Kolej Komuniti Bera. KERAJAAN MALAYSIA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang di alami kerana menggunakan maklumat di dalam laman web ini.

πŸŽ“ 2 HARI LAGI! | MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI ZON TIMUR 2026Detik yang dinanti semakin hampir! ✨ Tin...
04/09/2026

πŸŽ“ 2 HARI LAGI! | MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI ZON TIMUR 2026

Detik yang dinanti semakin hampir! ✨ Tinggal 2 hari sahaja lagi menuju hari penuh bermakna buat para graduan yang bakal diraikan atas segala usaha, pengorbanan dan kejayaan sepanjang pengajian. πŸŽ“πŸ’

πŸ“… 06 – 10 September 2026
πŸ“ Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu

Semoga segala urusan dipermudahkan dan tahniah kepada semua graduan! Jumpa anda di pentas konvokesyen! πŸ₯³πŸŽ“

TVET TERSOHOR MEMACU MALAYSIA MADANI








πŸ“’ 𝐏𝐑𝐀 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 π’π„π’πˆ 𝐈𝐈 : πŸπŸŽπŸπŸ”/πŸπŸŽπŸπŸ• 𝐊𝐈𝐍𝐈 πƒπˆππ”πŠπ€!πŸŽ“ Calon yang telah membuat permohonan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Ko...
04/09/2026

πŸ“’ 𝐏𝐑𝐀 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 π’π„π’πˆ 𝐈𝐈 : πŸπŸŽπŸπŸ”/πŸπŸŽπŸπŸ• 𝐊𝐈𝐍𝐈 πƒπˆππ”πŠπ€!

πŸŽ“ Calon yang telah membuat permohonan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti!

Semakan keputusan Pra Tawaran Sesi II 2026/2027 kini boleh dibuat mulai:
πŸ“… 3 September 2026
⏰ Jam 6.00 petang

Calon yang menerima pra tawaran boleh membuat Setuju Terima & Cetakan Surat Tawaran dalam tempoh:
πŸ“… 3 – 10 September 2026

πŸ“ Jangan lupa! Tarikh pendaftaran pelajar baharu adalah pada:
πŸŽ“ 22 / 23 November 2026

πŸ‘‰ Semak keputusan dan cetak surat tawaran anda sekarang!

🌐 Layari Portal Pengambilan POLYCC di ambilan.mypolycc.edu.my

✨ Tahniah kepada calon yang berjaya! Selamat datang ke Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ“

πŸ“šβœ¨ ππ€πŒπ„π‘π€π 𝐃𝐀𝐍 π‘π„π‘π”π€πˆ π’π„πŒππ„ππ€ πŠπ€π‘ππˆπ•π€π‹ ππ”πŠπ” 𝐁𝐄𝐑𝐀 πŸπŸŽπŸπŸ”03 – 04 SEPTEMBER 2026    I   BERA, PAHANGKolej Komuniti Bera telah...
04/09/2026

πŸ“šβœ¨ ππ€πŒπ„π‘π€π 𝐃𝐀𝐍 π‘π„π‘π”π€πˆ π’π„πŒππ„ππ€ πŠπ€π‘ππˆπ•π€π‹ ππ”πŠπ” 𝐁𝐄𝐑𝐀 πŸπŸŽπŸπŸ”

03 – 04 SEPTEMBER 2026 I BERA, PAHANG

Kolej Komuniti Bera telah menyertai Karnival Buku Bera 2026 dengan membuka reruai pameran sebagai platform memperkenalkan kolej serta berkongsi maklumat berkaitan program pengajian, kursus dan peluang pendidikan yang ditawarkan kepada masyarakat setempat.

Pengunjung turut berpeluang mendapatkan penerangan dengan lebih dekat mengenai Sijil Teknologi Akuakultur, di samping melihat pameran berkaitan bidang akuakultur yang dibawakan khas oleh warga Kolej Komuniti Bera. 🐟🌱

Terima kasih dan penghargaan kepada semua pensyarah serta staf yang terlibat dalam menjayakan reruai dan bersama-sama mempromosikan Kolej Komuniti Bera kepada para pengunjung. Komitmen dan kerjasama yang diberikan amat dihargai.

Semoga Kolej Komuniti Bera terus dikenali sebagai institusi TVET pilihan masyarakat serta terus memainkan peranan dalam menyediakan peluang pendidikan, kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat kepada komuniti. πŸ’™








πŸŽ“ 4 HARI LAGI! | MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI ZON TIMUR 2026Detik yang dinanti semakin hampir! ✨ Tin...
02/09/2026

πŸŽ“ 4 HARI LAGI! | MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI ZON TIMUR 2026

Detik yang dinanti semakin hampir! ✨ Tinggal 4 hari sahaja lagi menuju hari penuh bermakna buat para graduan yang bakal diraikan atas segala usaha, pengorbanan dan kejayaan sepanjang pengajian. πŸŽ“πŸ’

πŸ“… 06 – 10 September 2026
πŸ“ Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu

Semoga segala urusan dipermudahkan dan tahniah kepada semua graduan! Jumpa anda di pentas konvokesyen! πŸ₯³πŸŽ“

TVET TERSOHOR MEMACU MALAYSIA MADANI








πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69 πŸ‡²πŸ‡ΎMERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! βœŠπŸ‡²πŸ‡Ύ69 tahun kemerdekaan bukan sekadar angka, teta...
31/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! βœŠπŸ‡²πŸ‡Ύ

69 tahun kemerdekaan bukan sekadar angka, tetapi hasil perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu yang menghadiahkan kita sebuah negara yang bebas dan berdaulat.

Walau berbeza bangsa dan latar belakang, kita tetap berdiri megah di bawah Jalur Gemilang yang sama. Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam membina Malaysia yang aman, maju dan sejahtera. β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Ikhlas daripada,
Pengarah dan seluruh warga Kolej Komuniti Bera

πŸŽ“ PERMOHONAN PROGRAM DIPLOMA & SIJIL POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI SESI II 2026/2027 MELALUI EBORANG MYPOLYCC KINI DIBUK...
28/08/2026

πŸŽ“ PERMOHONAN PROGRAM DIPLOMA & SIJIL POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI SESI II 2026/2027 MELALUI EBORANG MYPOLYCC KINI DIBUKA! πŸš€

Nak sambung pengajian dalam bidang TVET? Inilah peluang untuk anda melangkah lebih jauh dan membina masa depan bersama Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC)! πŸ’™

✨ Permohonan terbuka kepada:
πŸ”Ή Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
πŸ”Ή Lulusan Sijil Politeknik
πŸ”Ή Lulusan Sijil Kolej Komuniti
πŸ”Ή Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 & 3
πŸ”Ή Lulusan Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
πŸ”Ή Lulusan Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA
πŸ”Ή Lulusan Sijil Institut Kemahiran MARA (IKM)
πŸ”Ή Lulusan Sijil Institut Pertanian Malaysia
πŸ”Ή Lepasan Program Vokasional Menengah Atas (PVMA), KPM

πŸ“… Tarikh Permohonan: 28 Ogos 2026 (Jumaat) ⏰ Mulai jam 5.00 petang
🌐 Mohon secara dalam talian melalui: πŸ‘‰ link di bahagian comment

πŸ“Œ Jangan tunggu lagi! Kongsikan maklumat ini kepada keluarga, rakan-rakan dan kenalan yang sedang mencari peluang untuk menyambung pengajian.
πŸ”₯ Pilih laluan TVET. Pilih POLYCC. Bina masa depan anda!





🌾🐟   𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπŠ πŠπ„ πŒπ€π‡π€ πŸπŸŽπŸπŸ”    🐟🌾28 OGOS 2026   I   SERDANG, SELANGORTelah berlangsung Lawatan Akademik ke Pamera...
28/08/2026

🌾🐟 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπŠ πŠπ„ πŒπ€π‡π€ πŸπŸŽπŸπŸ” 🐟🌾

28 OGOS 2026 I SERDANG, SELANGOR

Telah berlangsung Lawatan Akademik ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 yang dianjurkan oleh Unit Akuakultur, Kolej Komuniti Bera di bawah kendalian Encik Mohd Hafizi bin Johan, Ketua Program Akuakultur.

Lawatan kali ini memberi fokus kepada Laman Perikanan, selaras dengan bidang pengajian Sijil Teknologi Akuakultur. Para peserta berpeluang melihat dengan lebih dekat pelbagai teknologi, inovasi, spesies hidupan akuatik serta perkembangan terkini dalam industri perikanan dan akuakultur.

Semoga lawatan ini dapat memberi pendedahan, menambah pengetahuan serta membuka perspektif baharu kepada para peserta mengenai perkembangan industri akuakultur sebenar, di samping menghubungkan pembelajaran di dalam kelas dengan aplikasi serta teknologi yang digunakan dalam industri. 🌱🐠








🐠 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπŠ πŠπ„ 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 πˆπŠπ€π π‡πˆπ€π’π€π π“π„π‹π”πŠ πŠπ„πŒπ€ππ† 🌊27 OGOS 2026   I   PORT DICKSON, NEGERI SEMBILANTelah berlangsung ...
28/08/2026

🐠 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπŠ πŠπ„ 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 πˆπŠπ€π π‡πˆπ€π’π€π π“π„π‹π”πŠ πŠπ„πŒπ€ππ† 🌊

27 OGOS 2026 I PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

Telah berlangsung Lawatan Akademik ke Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang anjuran Unit Akuakultur, Kolej Komuniti Bera yang disertai oleh para pelajar Kolej Komuniti Bera. Turut bersama dalam lawatan ini ialah Timbalan Pengarah, Dr. Maziidah binti Ab Rahman.

Lawatan ini memberi peluang kepada para pelajar untuk memperoleh pendedahan secara lebih dekat berkaitan pelbagai spesies ikan hiasan dan hidupan marin, di samping menambah pengetahuan serta pengalaman pembelajaran di luar bilik kuliah. 🐟πŸͺΈ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang atas sambutan, perkongsian ilmu serta layanan yang diberikan sepanjang lawatan ini. Semoga jalinan kerjasama yang terjalin dapat diteruskan dan membuka lebih banyak peluang perkongsian ilmu serta kolaborasi pada masa akan datang. 🀝✨








🐟 TAHUKAH ANDA?Cara memegang ikan yang betul sangat penting untuk mengurangkan stres, kecederaan dan risiko kematian ika...
27/08/2026

🐟 TAHUKAH ANDA?

Cara memegang ikan yang betul sangat penting untuk mengurangkan stres, kecederaan dan risiko kematian ikan. Pegang dengan lembut, ikan sihat, hasil pun meningkat! πŸ’ͺ🐟✨

Jom tambah ilmu bersama Kolej Komuniti Bera.








πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ π‰π€π–π€π“π€ππŠπ”π€π’π€ ππ„ππ€π’πˆπ‡π€π“ 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‹π€ππ“πˆπŠπ€π π€π‡π‹πˆ π‰π€π–π€π“π€ππŠπ”π€π’π€ ππ„ππ€π’πˆπ‡π€π“ πŠπŽπ‹π„π‰ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ 𝐁𝐄𝐑𝐀26 OGOS 2026   I   BERA, ...
26/08/2026

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ π‰π€π–π€π“π€ππŠπ”π€π’π€ ππ„ππ€π’πˆπ‡π€π“ 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‹π€ππ“πˆπŠπ€π π€π‡π‹πˆ π‰π€π–π€π“π€ππŠπ”π€π’π€ ππ„ππ€π’πˆπ‡π€π“ πŠπŽπ‹π„π‰ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ 𝐁𝐄𝐑𝐀

26 OGOS 2026 I BERA, PAHANG

Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat dan Pelantikan Ahli Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Bera yang dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Bera. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Mohamad Faizal bin Mohamad Mokhtar, PMW, SAP, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Bera.

Sebelum mesyuarat dimulakan, barisan Ahli Jawatankuasa Penasihat telah dibawa melawat sekitar kolej bagi melihat dengan lebih dekat fasiliti, kemudahan serta ruang pembelajaran yang terdapat di Kolej Komuniti Bera.

Antara agenda utama yang dibincangkan ialah maklum balas terhadap aktiviti dan inisiatif yang telah dilaksanakan sebelum ini, selain perkongsian pandangan serta perbincangan mengenai hala tuju dan perancangan seterusnya bagi mengoptimumkan fungsi serta peranan Kolej Komuniti Bera, khususnya dalam memberi manfaat dan impak yang lebih besar kepada komuniti setempat.

Majlis kemudiannya diakhiri dengan penyerahan surat lantikan kepada Ahli Jawatankuasa Penasihat baharu Kolej Komuniti Bera, sebagai simbol komitmen dan kerjasama dalam memperkukuh pembangunan serta kecemerlangan kolej.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Bera atas kesudian, komitmen, pandangan serta kepakaran yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh dan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada kolej serta komuniti setempat.








Address

No 1, Jalan Bera Jaya 2, Taman Bera Jaya
Triang
28300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6092502530

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Bera posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kolej Komuniti Bera:

Shortcuts

Share