01/06/2025
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐ ๐ญ๐ณ ๐ ๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
WARISAN AKAN TUBUHKAN JAWATANKUASA OMBUDSMEN SABAH
1. Saya mendapat beberapa pertanyaan dari para penyokong Warisan dan rakan media mengenai isu agensi-agensi Kerajaan Negeri, pihak swasta serta individu-individu yang dikatakan mengusir keluar Orang Asal Sabah dari tanah yang mereka terokai sejak berdekad lalu.
2. Menurut maklumat yang saya terima, kebanyakkan Orang Asal Sabah yang terlibat membantah pengusiran tersebut kerana mereka telahpun membuat permohonan tanah terlebih dahulu dengan Kerajaan Negeri.
3. Dalam isu ini, prinsip keadilan mesti ditegakkan dan Orang Asal Sabah perlu diberikan keutamaan keatas permohonan tanah yang mereka terokai dan usahakan selama berdekad lamanya sekiranya tidak ada keperluan mendesak dari mana-mana agensi Kerajaan Negeri untuk mendapatkan semula tanah tersebut.
4. Oleh yang demikian dan sebagaimana yang telah dikatakan oleh Timbalan Presiden, Darell Leiking di Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, sekiranya Warisan mendapat mandat dari rakyat Sabah untuk menubuhkan Kerajaan Negeri yang baru, kita akan menubuhkan Jawatankuasa Ombudsmen yang dipengerusikan oleh bekas hakim-hakim untuk menyiasat isu pengusiran Orang Asal Sabah dari tanah yang mereka terokai ini.
5. Segala keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Ombudsmen ini p**a akan dijadikan panduan kepada Kerajaan Negeri dalam isu rampasan/pengusiran tanah ini tanpa membabitkan mana-mana parti politik. Ini akan memastikan isu ini bebas dari eksploitasi politik terutamanya menjelang pilihanraya sepertimana yang kita lihat hari ini.
6. Malah, Jawatankuasa Ombudsmen ini akan diperluaskan lagi skopnya untuk merangkumi perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri kepada rakyat Sabah khususnya yang berkaitan dengan pemberian lesen berniaga, sijil menduduki ('Occupation Certificate') dan sebagainya untuk memastikan Kerajaan Negeri yang baru mempertingkatkan kompetensinya, mengamalkan integriti dan menghapuskan budaya 'Little Napoleon' terutamanya diperingkat daerah.
7. Penubuhan Jawatankuasa Ombudsmen dalam masa 6 bulan (selepas Warisan membentuk Kerajaan Negeri yang baru) ini hanyalah satu daripada beberapa inisiatif yang akan kita diperkenalkan untuk merealisasikan Kerajaan Negeri yang cekap dan amanah untuk rakyat Sabah.
Datuk Loretto Padua Jr.
Setiausaha Agung
Parti Warisan