14/08/2026
POKOK TUMBANG (PT)
π
14 Ogos 2026 (Jumaat)
π Jalan Bolong, Tuaran
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tuaran telah menerima satu panggilan melalui RC 999 berhubung kejadian pokok tumbang yang menghempap sebuah kenderaan serta menghalang laluan utama di Jalan Bolong, Tuaran.
Menurut pengadu, semasa dalam perjalanan ke Pekan Tuaran, beliau ternampak sebatang pokok telah tumbang dan menghempap sebuah kenderaan. Bimbang akan keselamatan diri serta orang awam, pengadu segera menghubungi talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan.
Seramai 5x anggota LLP bergerak ke lokasi. Setibanya di lokasi mendapati sebatang pokok jenis Hujan-Hujan, dengan anggaran ketinggian 60 kaki dan bersaiz kira-kira dua pemeluk orang dewasa, telah tumbang menghempap sebuah kenderaan jenis Toyota SR 2.8 berwarna putih serta menghalang kedua-dua laluan utama.
Pengadu turut memaklumkan bahawa seorang lelaki dewasa yang terlibat dalam kejadian telah dibawa oleh orang awam ke Hospital Tuaran bagi mendapatkan rawatan.
Skuad bertugas seterusnya menjalankan kerja-kerja pemotongan dan pengalihan pokok tumbang dengan kerjasama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) serta orang awam. Pokok tersebut berjaya dialihkan dengan selamat dan laluan dapat dibersihkan.
Maklumat Kes:
Jenis Pokok: Hujan-Hujan
Ketinggian: Anggaran 60 kaki
Saiz: Anggaran 2x pemeluk orang dewasa
Syabas kepada skuad Deltaπͺπ»
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah