Beliawanis Gagasan Rakyat N14 Tamparuli

Beliawanis Gagasan Rakyat N14 Tamparuli

01/12/2025

Say NO to BN!!

01/12/2025

Kerajaan sekarang, GRS + PH + UPKO + 5 BEBAS + PKDM.

STAR = ✅
BN = ❎

26 Julai 2025 - SICC Kota Kinabalu, Sabah.PERSIDANGAN AGUNG TAHUNAN BELIAWANIS GAGASAN RAKYAT  SABAH  KALI KE-3  2025   ...
26/07/2025

26 Julai 2025 - SICC Kota Kinabalu, Sabah.

PERSIDANGAN AGUNG TAHUNAN BELIAWANIS GAGASAN RAKYAT SABAH KALI KE-3 2025






26/07/2025

Menghadiri Seminar Penerangan - Ketua Penerangan Bahagian dan Ketua Penerangan sayap Wanita, Pemuda serta Beliawanis N 14 Tamparuli

18/06/2025

Montage Pergerakan Beliawanis N.14 Tamparuli.

18/06/2025
17/06/2025

15 | JUN | 2025

PERSIDANGAN TAHUNAN PERGERAKAN BELIAWANIS PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH BAHAGIAN N.14 TAMPARULI

Alhamdulillah, Persidangan Pergerakan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian N.14 Tamparuli telah berjaya dilaksanakan dan melabuhkan tirai dengan penuh jayanya. Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh barisan jawatankuasa penganjur, para perwakilan, pemerhati, serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan persidangan ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada AJK Beliawanis Bahagian dan semua petugas yang telah bertungkus-lumus memastikan kelancaran mesyuarat tahunan ini. Komitmen dan dedikasi anda semua amatlah dihargai dan menjadi bukti bahawa semangat juang dalam kalangan Beliawanis Gagasan Rakyat terus subur dan kukuh.

Persidangan tahun ini telah dirasmikan secara serentak oleh YB Dato' Sri (Dr) Ruddy Awah yang mewakili Presiden Parti, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor. Kehadiran dan sokongan pimpinan tertinggi ini adalah manifestasi komitmen berterusan terhadap pembangunan dan pengukuhan jentera Beliawanis, khususnya di peringkat akar umbi. Setinggi-tinggi penghargaan turut saya tujukan kepada Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah N.14 Tamparuli, Datuk TPr Alijus @ Mohd Ali bin Sipil, atas kepimpinan yang berwibawa, bimbingan yang konsisten, serta tunjuk ajar yang menjadi inspirasi kepada kami, terutama golongan Pemuda, untuk terus melangkah ke hadapan dengan lebih yakin dan bersemangat.

Perutusan Ketua Pergerakan Beliawanis N.14 Tamparuli tahun ini, kita sekali lagi melangkah ke detik penting dalam sejarah demokrasi negeri tercinta – Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17. PRN ini bukan sekadar satu proses pilihan raya rutin, tetapi medan penentuan masa depan dan hala tuju kepimpinan yang akan mewakili suara rakyat Sabah untuk lima tahun akan datang.

Ketua Beliawanis Bahagian Tamparuli, ingin menyeru kepada semua ahli dan seluruh wanita muda agar menyedari peranan penting yang kita mainkan sebagai pengundi, pendidik masyarakat, dan pemangkin perubahan. Politik hari ini tidak boleh hanya diserahkan kepada yang lantang berbicara, tetapi perlu diisi oleh mereka yang berani bertindak dengan nilai, ilmu dan kejujuran – termasuk kita, wanita muda.

Kita tidak lagi sekadar berada di tepi gelanggang – kita kini berada di tengah-tengah arus politik negeri ini. Maka, kita harus bijak menilai, berani bersuara dan berprinsip dalam membuat keputusan.

"Sabah for Sabahan" bukan hanya ungkapan semangat – ia adalah tuntutan adil berasaskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang masih diperjuangkan hingga ke hari ini. Dalam hal ini, kita menghargai langkah-langkah berperingkat yang sedang diusahakan oleh kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam menuntut pelaksanaan penuh MA63 secara tuntas dan berfasa. Hak kita sebagai negeri rakan dalam pembentukan Malaysia mesti dihormati, dipertahankan dan dijelmakan dalam bentuk tindakan, bukan sekadar janji.

Sebagai wanita muda, marilah kita bersatu dalam kesedaran bahawa suara kita bererti. Kita tidak mudah termakan janji kosong, tidak tunduk pada politik wang, dan tidak akan membiarkan masa depan negeri ini dibentuk oleh kepentingan sempit. Beliawanis mesti terus menjadi platform pencerahan dan penggerak kesedaran politik yang matang, terutama dalam kalangan generasi muda.

Akhir kata, Ketua Pergerakan Beliawanis N.14 Tamparuli menyeru seluruh ahli Beliawanis Tamparuli untuk memainkan peranan masing-masing menjelang PRN ini dengan tekad, hikmah dan integriti. Marilah kita menjadi pengundi yang bijak, rakyat yang peka, dan wanita muda yang berani bersuara demi Sabah yang lebih adil, maju dan berdaulat.

PRN 17 – Suara Kita, Kuasa Kita.
Beliawanis Berdaya, Wanita Muda Penentu Masa Depan Sabah.





Beliawanis Gagasan Rakyat N.14 Tamparuli ingin mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh rakyat Sabah,...
31/05/2025

Beliawanis Gagasan Rakyat N.14 Tamparuli ingin mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh rakyat Sabah, khususnya kepada masyarakat Kadazandusun, Murut dan Rungus yang meraikan perayaan ini.

Tahun 2025 ini, marilah kita terus memelihara keharmonian, memartabatkan budaya warisan, dan meraikan Pesta Kaamatan dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan.

"KAAMATAN UNTUK SEMUA"
"KAAMATAN FOR ALL"
"KAAMATAN MONTOK TOINSANAN"

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan!







12/05/2025
AHAD | 11 MEI 2025PERSIDANGAN TAHUNAN CAWANGAN BERKELOMPOK PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH (PGRS) BAHAGIAN N.14 TAMPARULIPers...
12/05/2025

AHAD | 11 MEI 2025

PERSIDANGAN TAHUNAN CAWANGAN BERKELOMPOK PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH (PGRS) BAHAGIAN N.14 TAMPARULI

Persidangan tahunan cawangan berkelompok Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) bagi Bahagian N.14 Tamparuli telah melabuhkan tirainya hari ini. Persidangan berlangsung di dua lokasi berasingan, iaitu Golden Station, Tuaran dan Dewan Kampung Bunga, Tenghilan.

Sebanyak 8 Pusat Daerah Mengundi (PDM) terlibat dalam persidangan ini, iaitu PDM Topokon, PDM Sawah, PDM Kilang Bata, PDM Rengalis, PDM Mangkaladoi, PDM Rungus, PDM Rani dan PDM Tenghilan. Keseluruhannya, 48 cawangan mengambil bahagian dalam persidangan kali ini.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian PGRS N.14 Tamparuli, Datuk TPr Alijus@Mohd Ali Bin Sipil. Turut hadir,
Naib Ketua Bahagian Tuan Ganti Bin Bolo, Setiusaha Bahagian Tuan Jamdin Bin Abdullah, Ketua Penerangan Tuan Muammar Gadafi, Penolong Bendahari Tuan Cladius @ Sylvester Embagos, Ketua Wanita Puan Syra Peter, Ketua Pergerakan Pemuda Tuan Vallerio Gumbilai, Ketua Beliawanis Cik Nur Farnieza Binti Zainal, Puan Josie Aloysius Ajk Bahagian merangkap Ketua Penyelaras PDM Topokon, Tuan Ramli Kabun Ajk Bahagian merangkap Ketua penyelaras PDM Rani, Puan Mariah Aneh Ajk Bahagian merangkap Ketua Penyelaras PDM Kilang Bata, Tuan Ibin Bin Somboton Ajk Bahagian dan Tuan Ealdin Deimin.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua cawangan yang telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Semoga semua cawangan PGRS di Bahagian N.14 Tamparuli terus komited memperkukuh struktur parti dalam usaha memperkemas jentera menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN-17).





SELAMAT MENYAMBUT HARI IBUPengorbananmu tiada tara, kasih sayangmu tiada bertepi. Selamat Hari Ibu kepada wanita yang pe...
11/05/2025

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU

Pengorbananmu tiada tara, kasih sayangmu tiada bertepi. Selamat Hari Ibu kepada wanita yang penuh kekuatan dan cinta.

Tulus ikhlas daripada,
Pergerakan Beliawanis N.14 Tamparuli

Address

Blok B, Lot 13, Tingkat 1 Tamparuli Point, Jalan Bontoi
Tuaran
89257

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Beliawanis Gagasan Rakyat N14 Tamparuli posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share