Pribumi Bersatu P170 Tuaran Sabah

Pribumi Bersatu P170 Tuaran Sabah Political Organisation - Dikendalikan oleh Datuk Haji Noortaip Suhaili. Ketua Bersatu Bahagian Tuaran Sabah, Malaysia

24/12/2025

πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π πŒπ„πƒπˆπ€

Perikatan Nasional telah melantik peguam bagi mengikuti prosiding kes Titah Addendum sebagai peguam pemerhati (watching brief) kerana prihatin dengan kesan prosiding di Mahkamah Tinggi yang membabitkan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu membabitkan hal kuasa memberi pengampunan, sebagaimana yang diperuntukkan secara jelas di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Perikatan Nasional berpandangan urusan pengampunan adalah kuasa prerogatif tertinggi Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu yang wajib dihormati. Perikatan Nasional tidak mahu Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dilihat sebagai β€˜rubber stamp’ semata-mata. Walhal kuasa Baginda telah dinyatakan secara jelas dalam Laporan Suruhanjaya Reid demi memelihara kuasa dan prestij Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sepertimana yang telah diterjemahkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes pengampunan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Hakim Negara dalam kes tersebut memutuskan bahawa kuasa pengampunan merupakan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong yang bersifat non-justiciable, sekali gus meletakkannya di luar bidang kuasa semakan kehakiman.

Perikatan Nasional berpandangan bahawa kemelut Perlembagaan dan kekeliruan undang-undang yang berlaku hari ini adalah berpunca daripada kegagalan Kerajaan Madani sendiri dalam menangani isu kewujudan Titah Addendum sejak awal lagi.

Sehubungan itu, Perikatan Nasional menggesa kerajaan mengkaji semula perkara-perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan kuasa prerogatif pengampunan bagi memastikan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu serta struktur asas Perlembagaan kekal, jelas dan terpelihara.

πƒπ€π“πŽβ€™ π’π„π‘πˆ π‡π€πŒπ™π€π‡ π™π€πˆππ”πƒπˆπ
Ketua Pembangkang
Kuala Lumpur – 23 Disember 2025

Address

Parlimen Tuaran
Tuaran
89208TUARAN

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pribumi Bersatu P170 Tuaran Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pribumi Bersatu P170 Tuaran Sabah:

Shortcuts

Share