13/07/2025
13 Julai 2025
Dewan OT Kari bin Guban, Kg Tutu Selupoh
MESYUARAT JENTERA PILIHANRAYA PDM KINDU BIL 01/2025
Syukur telah selesai mesyuarat jentera Pilihanraya PDM Kindu dipengerusikan oleh YBhg Datuk Peter Lintar selaku Ketua Penyelaras PDM Kindu.
Dalam mesyuarat tersebut, pembentukan jentera pilihanraya PDM Kindu telah dilaksanakan dengan jayanya bagi bersiap siaga menghadapi PRN yang akan tiba tidak lama lagi.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Cik Noorazmahirah binti Haji Noorzain, Ketua Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Bahagian Sulaman merangkap Naib Ketua Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah, dan Datin Alice Tee, Ahli Jawatankuasa Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian Sulaman.
Dalam ucapan Cik Noorazmahirah binti Haji Noorzain, beliau menyeru semua agar menunaikan tanggungjawab yang telah diamanatkan kepada masing-masing meskipun terdapat kekangan masa dan sebagainya. Beliau menambah lagi, keperluan untuk meraih undi khususnya kepada pengundi muda melalui pelaksanaan program-program yang melibatkan mereka sekaligus kesemua 4 sayap.
Terima kasih atas komitmen kehadiran dan kerjasama semua khususnya AJK Bahagian dan AJK Sayap-sayap Bahagian PDM Kindu, Ketua-ketua Cawangan Gagasan Rakyat PDM Kindu, Ketua-ketua Wanita Cawangan Gagasan Rakyat PDM Kindu,Ketua-ketua Pemuda Cawangan Gagasan Rakyat PDM Kindu dan Ketua-ketua Beliawanis Cawangan Gagasan Rakyat PDM Kindu.
“Rumah Kita, Kita Jaga”