KENALI TARBIYATUN NISA'
Pertubuhan Amal Tarbiyatun Nisa adalah sebuah badan bukan kerajaan yang menjalankan usaha dakwah dalam bidang pendidikan khusus buat fakir miskin, dhuafa, anak yatim, muallaf, pelarian, di kawasan pedalaman dan perairan negeri Sabah. Sebagai inisiatif diwujudkan Pondok Tarbiyatun Nisa, sebuah Institut Pengajian Islam yang dibangunkan melalui konsep Pengajian Talaqi Kitab,
Sekolah Alam, Latihan Kemahiran serta Dakwah & Aktivisme. Ia adalah satu-satunya dan yang pertama dibina di Negeri Sabah Di Bawah Bayu. Para pelajar diwajibkan mempelajari silibus pendidikan islam serta kemahiran mandiri dengan menguasai beberapa kemahiran seperti jahitan, masakan dan pertanian. Mereka dipersiapkan untuk menjadi dai di bidang yang mampu mereka kecapi. Dengan itu, kami mengajak anda sekalian untuk terlibat sama dalam menjayakan usaha ini dengan memberikan sumbangan dana, keringat serta idea saudara-saudari sekalian untuk bersama-sama membangunkan Institut ini sekaligus melaksanakan dakwah di Sabah. Sebarang pertanyaan serta maklumat lanjut boleh hubungi -
Puan Rosnani 0138962076
Saudari Aisyah 0134148823