Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat - N9 Tamparuli

Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat - N9 Tamparuli Selamat Datang ke Laman Facebook Rasmi

Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat - UPPM N.9 Tamparuli

Mesyuarat pertama bagi tahun 2019 jawatankuasa pembangunan daerah kecil Tamparuli yang telah dipengerusikan oleh Penolon...
15/03/2019

Mesyuarat pertama bagi tahun 2019 jawatankuasa pembangunan daerah kecil Tamparuli yang telah dipengerusikan oleh Penolong Pegawai Daerah Tuan Celestinus Lawanding dimana jawatankuasa ini membincangkan berkaitan permohonan projek di Tamparuli. Bagi mengelak permohonan bertindih, pihak UPPM dan pejabat daerah kecil Tamparuli akan mengenalpasti setiap permohonan.

Senarai-senarai permohonan projek samada melalui peruntukan Adun ataupun peruntukan Parlimen perlu mendapat kelulusan YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau selaku YB Menteri yang dipertanggungjawab kepada pentadbiran dan pembangunan di Daerah Tuaran.

Lawatan Biro Kebajikan dan sukarelawan Kg. Panjut bersama dengan Pegawai Kebajikan Daerah Tuaran Tuan Jani Lani dan Biro...
14/03/2019

Lawatan Biro Kebajikan dan sukarelawan Kg. Panjut bersama dengan Pegawai Kebajikan Daerah Tuaran Tuan Jani Lani dan Biro Kebajikan Pusat Khidmat Ahli Parlimen merangkap Ketua Pergerakan Wanita Upko Puan Misnah Rabanou, Wanita Upko PDM Marabahai, AJK Upko Cawangan Kg. Panjut turut serta Setiausaha Perhubungan Awam Parlimen (Sulaman) Tuan Ustaz Pajudin membuat lawatan ke rumah adik Kim Eden, Puan Iton @ Poroi Bintih dan Saudara Yasip Gambor.

Semoga segala urusan menyampaikan bantuan kebajikan di permudahkan..

INFORMASI - Kekosongan Jawatan Kerajaan Negeri SabahAntara Jawatan Yang Ditawarkan:Pembantu Tadbir/Perkeranian Operasi,P...
10/03/2019

INFORMASI - Kekosongan Jawatan Kerajaan Negeri Sabah

Antara Jawatan Yang Ditawarkan:

Pembantu Tadbir/Perkeranian Operasi,
Pegawai Khidmat Pelanggan,
Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat,
Pembantu Tadbir Kewangan,
Pembantu Makmal,
Pembantu Laut,
Pengawas Hutan,
Pemandu Kenderaan

Mohon disini: http://www.jawatan.sabah.gov.my

Tarikh Tutup: 04 April 2019

06/03/2019

Informasi - PeKa B40 juga dikenali sebagai Skim Peduli Kesihatan Kumpulan B40 merupakan satu inisiatif Kementerian Kesihatan bagi membantu keperluan kesihatan dan dikhaskan kepada penerima BSH yang berumur 50 tahun ke atas.
ANDA BOLEH MEMBUAT SEMAKAN SECARA ONLINE DI LINK

https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan

06/03/2019

Informasi - PeKa B40 juga dikenali sebagai Skim Peduli Kesihatan Kumpulan B40 merupakan satu inisiatif Kementerian Kesihatan bagi membantu keperluan kesihatan dan dikhaskan kepada penerima BSH yang berumur 50 tahun ke atas.
ANDA BOLEH MEMBUAT SEMAKAN SECARA ONLINE DI LINK

INFORMASI - CUACA PANAS
05/03/2019

INFORMASI - CUACA PANAS

Cuasa panas

Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.

Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:

Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.

Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).

Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.

Penghidap penyakit sistem pernafasan.

Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.


Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.

Gejala cuaca panas melampau adalah :

Sakit kepala
Keletihan
Lemah tumpuan
Pening
Lemah otot–otot atau kekejangan
Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:

Anda Perlu :

Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.

Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan

Hadkan aktiviti luar

Kerap berehat

Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda

Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.

Pakai topi atau payung yang besar

Elakkan:

Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.

Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.

Bersenam dalam cuaca panas

Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;

Keluar dari kawasan yang panas
Tanggalkan pakaian yang ketat
Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
Gunakan kipas untuk sejukkan badan
Minum air setiap 15 minit
Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal

Sumber: infosihat

INFORMASI - MAKLUMAN KEPADA ORANG AWAM.WAKTU OPERASI BARU UNTUK UTC SABAH BERKUAKUASA 4 MAC 2019. UNTUK MAKLUMAN BERKENA...
28/02/2019

INFORMASI - MAKLUMAN KEPADA ORANG AWAM.

WAKTU OPERASI BARU UNTUK UTC SABAH BERKUAKUASA 4 MAC 2019.

UNTUK MAKLUMAN BERKENAAN WAKTU OPERASI JABATAN/AGENSI DI UTC SABAH, SILA HUBUNGI 088-313155.

HARAP MAKLUM

Kami dari UPPM N9 Tamparuli turut sama ingin mengucapkan terima kasih atas kepimpinan dan sumbangan Yb DSP Wilfred Madiu...
10/02/2019

Kami dari UPPM N9 Tamparuli turut sama ingin mengucapkan terima kasih atas kepimpinan dan sumbangan Yb DSP Wilfred Madius Tangau untuk penduduk Tamparuli dan rakyat Sabah amnya. ❤❤ Semoga diberkati!

INFORMASI - Kaedah pencegahan penyakit bawaan nyamuk Aedes
08/02/2019

INFORMASI - Kaedah pencegahan penyakit bawaan nyamuk Aedes

TKM merangkap menteri KP&P dan Ahli Parlimen Tuaran DSP Wilfred Madius Tangau sempat meninjau sampah sarap yang telah di...
05/02/2019

TKM merangkap menteri KP&P dan Ahli Parlimen Tuaran DSP Wilfred Madius Tangau sempat meninjau sampah sarap yang telah di pungut di sekitar Pekan Tamparuli hari ini, ahad.

Terima kasih kepada team MDT. Semoga terus cemerlang.

INFORMASI - Donate Blood Saves Lives !! Mari beramai ramai datang memberi sokongan!
05/02/2019

INFORMASI -
Donate Blood Saves Lives !!
Mari beramai ramai datang memberi sokongan!

05/02/2019

Address

Tamparuli
Tuaran

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat - N9 Tamparuli posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat - N9 Tamparuli:

Share