05/06/2021
๐ฆ๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฒ๐ป๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐น๐ฎ๐ป๐ฐ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐๐ฒ๐๐ฒ๐ฑ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ ๐ฎ๐ฟ๐ถ๐๐ถ๐บ
๐ฒ ๐๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ญ
Min nak kongsi 1 hari 1 poster 1 ilmu untuk pengetahuan semua!
๐จ๐ง๐๐ ๐๐๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐ฆ๐๐ ๐๐ฆ๐ ๐ ๐๐ก๐๐ก๐๐๐๐ฃ ๐๐๐๐ก ๐๐ ๐๐๐จ๐ง
Tahukah anda!
Jaket keselamatan mampu memanjangkan masa anda terapung dengan selamat di laut sekiranya dipakai dengan betul.
Ombak laut yang tidak menentu boleh menyebabkan seseorang jatuh ke laut dan hilang keupayaan untuk terus terapung di permukaan air dalam tempoh masa yang lama.
Oleh itu, jaket keselamatan mampu menjimatkan tenaga dan membantu anda untuk terus berapung. Sifat fizikal jaket keselamatan yang berwarna terang memudahkan lagi untuk anda dikesan dan diselamatkan.
Keadaan laut yang tidak menentu juga boleh menyebabkan jaket keselamatan tertanggal daripada badan, sekiranya tidak dipakai dengan betul.
Amalkan pemakaian jaket keselamatan dengan betul bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Utamakan keselamatan semasa menangkap ikan di laut.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Ingatlah orang yang tersayang.