Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Tumpat

Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Tumpat Laman Facebook Rasmi Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Tumpat

Terima kasih APM Tumpat sudi berkunjung ke pejabat kami. Sesi perbincangan Dua hala ini amat penting untuk sama-sama men...
06/08/2026

Terima kasih APM Tumpat sudi berkunjung ke pejabat kami. Sesi perbincangan Dua hala ini amat penting untuk sama-sama menyelaras Pusat Pemindan ketika bencana banjir๐Ÿซก

Tumpat, 21 Julai 2026 SESI PEMANTAPAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN PELANGGAN PKMJ TUMPAT 2026Seramai 15 orang kakitangan terl...
21/07/2026

Tumpat, 21 Julai 2026

SESI PEMANTAPAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN PELANGGAN PKMJ TUMPAT 2026

Seramai 15 orang kakitangan terlibat sesi perkongsian pemantapan pengurusan perkhidmatan pelanggan. Semoga dapat meningkatkan kefahaman kakitangan mengenai konsep dan kepentingan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti dalam organisasi.

Memperkukuhkan kemahiran komunikasi berkesan dalam berinteraksi dengan pelanggan bagi memastikan penyampaian maklumat yang jelas, tepat dan profesional dan menggalakkan budaya kerja berpasukan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan pelanggan yang cekap dan konsisten.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan






Tumpat, 12 Julai 2026 VOLUNTEER SMARTPHONE PATROL (VSP) & PENDEDAHAN TREND TERKINI JENAYAH SCAMMERPejabat Kebajikan Masy...
12/07/2026

Tumpat, 12 Julai 2026

VOLUNTEER SMARTPHONE PATROL (VSP) &
PENDEDAHAN TREND TERKINI JENAYAH SCAMMER

Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Tumpat dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat mengadakan talimat khas kepada sukarelawan JKM dan kakitangan JKM berkaitan aplikasi VSP.

Terima kasih diucapakan kepada para penceramah yang menyantuni sukarelawan JKM berkaitan isu-isu scammer.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan






10/07/2026

Kisah inspirasi bekas penerima bantuan JKM

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Jkm Jajahan Tumpat

Tahniah dan Syabas๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘
30/06/2026

Tahniah dan Syabas๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

๐ŸŒŸ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐’๐˜๐€๐๐€๐’ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐‰๐Š๐Œ! ๐ŸŒŸ

Setinggi-tinggi ucapan ๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐’๐ฒ๐š๐›๐š๐ฌ kepada seluruh warga JKM atas Pengiktirafan Kejayaan Pelaksanaan Projek Berimpak Tinggi di bawah Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) menerusi ๐๐ž๐ง๐ ๐ข๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐š๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐’๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ ๐ž๐๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐š๐ง๐‰๐Š๐Œ ๐๐š๐ง ๐’๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ ๐ข๐’๐๐„๐Š๐’.

Transformasi ini membuktikan komitmen JKM dalam memperkasa pendigitalan perkhidmatan awam demi memastikan bantuan kerajaan disampaikan dengan lebih cekap, pantas dan berkesan kepada golongan yang memerlukan.

Sistem Pengurusan Bantuan Kebajikan (SPBK) atau eBantuanJKM, yang dibangunkan pada tahun 2006 dan dilancarkan pada tahun 2007, merupakan sistem dalam talian yang mengurus pangkalan data penerima bantuan, proses pembayaran, pemantauan serta pelaporan bantuan kebajikan.

Melalui pengintegrasian dengan Sistem Perakaunan Akruan Kerajaan Negeri (iSPEKS) yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), proses pembayaran Bantuan Am Negeri kini dapat dilaksanakan secara automatik. Baucar bayaran dijana terus daripada eBantuanJKM sebelum diperakui melalui iSPEKS tanpa memerlukan proses manual, sekali gus mengurangkan kerenah birokrasi, meningkatkan ketepatan data dan mempercepatkan penyaluran bantuan kepada penerima.

Pelaksanaan projek ini telah dimulakan melalui projek rintis di PKMD Shah Alam pada Februari 2022 sebelum diperluaskan secara berperingkat ke seluruh negara dan berjaya dilaksanakan sepenuhnya di 11 buah negeri menjelang Ogos 2023.

Kejayaan ini menjadi bukti bahawa inovasi, kerjasama strategik dan komitmen warga JKM mampu menghasilkan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti demi kesejahteraan rakyat.

Sekalung tahniah dan syabas kepada seluruh warga JKM atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kecemerlangan ini terus menjadi inspirasi dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kebajikan kepada rakyat.

Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying ๆž—ๆ…ง่‹ฑ
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
PMO Malaysia









26/06/2026

Jom Bisik Podcast JKM


Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Tumpat

Mesyuarat kakitangan JKM Tumpat pada 9 Jun 2026 membincangkan perkara-perkara berbangkit. Terima kasih kepada semua yang...
09/06/2026

Mesyuarat kakitangan JKM Tumpat pada 9 Jun 2026 membincangkan perkara-perkara berbangkit. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Penyerahan Sumbangan Aidilfitri Yayasan Petronas kepada penerima bantuan di JKM Tumpat. Sumbangan adalah berbentuk bakul...
18/03/2026

Penyerahan Sumbangan Aidilfitri Yayasan Petronas kepada penerima bantuan di JKM Tumpat. Sumbangan adalah berbentuk bakul makanan dan biskut raya.

Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban golongan yang memerlukan bagi membuat persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang.

Terima kasih diucapkan kepada Yayasan Petronas di atas sumbangan ini.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan
Yayasan PETRONAS





Pergi ke desa memetik kelapa,Dibawa pulang untuk hidangan,Hari mulia penuh bermakna,Salam lebaran penuh kemaafan.Indah s...
17/03/2026

Pergi ke desa memetik kelapa,
Dibawa pulang untuk hidangan,
Hari mulia penuh bermakna,
Salam lebaran penuh kemaafan.

Indah sungguh sinar mentari,
Burung berkicau di pagi hari,
Syawal tiba berseri-seri,
Moga bahagia kekal abadi.

Selamat Hari Raya daripada kami kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Tumpat. Mohon maaf kalau ada salah dan silap sepanjang kita bersilatrutahim. Moga lebaran membawa keinsafan dan kita semua diberkati Allah.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan




Address

Tumpat
16200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097257295

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Tumpat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Tumpat:

Shortcuts

Share