Kerajaan Negeri Kelantan

Kerajaan Negeri Kelantan This is the official page for the Kelantan State Government

*๐—ฆ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ง ๐—ง๐—˜๐—”๐—  ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐——๐—œ๐—ก๐—ข๐—•๐—”๐—ง๐—ž๐—”๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐ฎ๐›๐ฅ๐ข๐œ ๐—ฆ๐ž๐œ๐ญ๐จ๐ซ ๐—”๐—œ ๐—ก๐ž๐ฑ๐ฎ๐ฌ ๐—–๐ก๐š๐ฅ๐ฅ๐ž๐ง๐ ๐ž (๐๐’๐€๐ˆ๐๐‚) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ & ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—จ๐—Ÿ ๐—”๐—ก๐—จ๐—š๐—˜๐—ฅ...
03/09/2026

*๐—ฆ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ง ๐—ง๐—˜๐—”๐—  ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐——๐—œ๐—ก๐—ข๐—•๐—”๐—ง๐—ž๐—”๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐ฎ๐›๐ฅ๐ข๐œ ๐—ฆ๐ž๐œ๐ญ๐จ๐ซ ๐—”๐—œ ๐—ก๐ž๐ฑ๐ฎ๐ฌ ๐—–๐ก๐š๐ฅ๐ฅ๐ž๐ง๐ ๐ž (๐๐’๐€๐ˆ๐๐‚) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ & ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—จ๐—Ÿ ๐—”๐—ก๐—จ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—›๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—•๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—” ๐—”๐—ก๐—จ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—›๐—”๐—ฆ ๐—จ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ ๐—–๐—”๐—ฆ๐—˜*

Majlis Daerah Tanah Merah mengukir kejayaan gilang-gemilang selepas pasukan inovasi MDTM, SMART TEAM, dinobatkan sebagai Johan Public Sector AI Nexus Challenge (PSAINC) 2026 pada Majlis Penyampaian Anugerah PSAINC 2026 bersempena Seminar AI Sektor Awam 2026 yang berlangsung di Putrajaya pada 3 September 2026.

Pertandingan ini telah disertai oleh 40 organisasi di peringkat Pusat, Negeri dan PBT dan yang membanggakan adalah MDTM merupakan satu-satunya peserta dari Kelantan.

Kemenangan bermakna ini lebih manis apabila SMART TEAM MDTM turut merangkul Anugerah Khas Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Anugerah Khas User Case oleh Amazon Web Services (AWS) sekali gus membuktikan keupayaan dan daya saing PBT di peringkat daerah dalam memacu transformasi digital serta pengaplikasian teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di peringkat kebangsaan.

MDTM telah mempertaruhkan aplikasi myLicensePBT yang berasaskan teknologi AI bagi membantu melancarkan operasi bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan yang sekaligus meningkatkan hasil PBT serta pematuhan terhadap undang-undang.

Majlis perasmian dan penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.

Turut hadir memberikan sokongan moral dan menyaksikan kejayaan bersejarah ini ialah YBhg. Dato' Haji Azi Rahimee bin Haji Mohamed, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pengurusan) bersama YABrs. Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanah Merah.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan khusus kepada pasukan SMART TEAM atas dedikasi serta usaha gigih yang ditunjukkan.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐‰๐ˆ๐–๐€ ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€, ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“KOTA BHARU, 30 Ogos 2026 โ€“ Semangat cintakan tanah air terus bergema menerusi Sambutan H...
01/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐‰๐ˆ๐–๐€ ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€, ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“

KOTA BHARU, 30 Ogos 2026 โ€“ Semangat cintakan tanah air terus bergema menerusi Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 yang berlangsung penuh meriah, bersemangat dan sarat dengan nilai patriotisme.

Majlis yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Datoโ€™ Panglima Perang Nasaruddin Daud, menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat serta warga perkhidmatan awam, pasukan keselamatan dan badan beruniform dalam satu semangat yang sama โ€“ menzahirkan kecintaan kepada Malaysia serta memperkukuh perpaduan rakyat.

Kemerdekaan bukan sekadar sebuah peristiwa yang dikenang, tetapi amanah yang perlu dipelihara. Keamanan, kestabilan dan keharmonian yang dinikmati hari ini merupakan tanggungjawab bersama untuk dipertahankan demi generasi akan datang.

Justeru, marilah kita menyambut Hari Kebangsaan dengan penuh rasa syukur, menyemai semangat cintakan negara dan terus memperkukuh Malaysia yang bersatu, berdaulat dan sejahtera.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐€๐ˆ๐‘๐Š๐”.
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐Š๐ˆ๐“๐€ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026!
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€! ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€! ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ






30/08/2026
Jumpa malam ini! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
30/08/2026

Jumpa malam ini! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

29/08/2026

Live!๐Ÿ›œ
Kelantan Future Leaders Summit 2026

-Keynote Speech: Kelantan Future State 2033
Disampaikan oleh: Tan Sri Dato Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir

-KELTalks: Building Future Leaders: Knowledge and Innovation In Industries

-Majlis Perasmian oleh YB Dato Dr Timbalan Menteri Besar Kelantan

25/08/2026
24/08/2026

Bengkel Intervensi Sosial (Profesional dan Efektif)

24/08/2026

TEMASYA SUKAN MALAYSIA (SUKMA) XXII, SELANGOR 2026

๐Ÿ“… Jadual 24 Ogos 2026 [ISNIN] Kontinjen Kelantan

Misi tambahan Pingat Emas.

Selamat berjuang dan semoga berjaya!
Ayuh atlet Kelate...
DEMI KELATE KITO LAWE!!!



24/08/2026

๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐Š๐ˆ๐๐ˆ ๐๐ˆ๐๐†๐€๐“ ๐Š๐Ž๐๐“๐ˆ๐๐‰๐„๐ ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐

Kontinjen Kelantan terus mempamerkan semangat juang yang tinggi pada SUKMA XXII Selangor 2026.

Sehingga 23 ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”, Kontinjen Kelantan telah berjaya mengumpul:

๐Ÿฅ‡ 14 ๐ฉ๐ข๐ง๐ ๐š๐ญ ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ
๐Ÿฅˆ 5 ๐ฉ๐ข๐ง๐ ๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ค
๐Ÿฅ‰ 16 ๐ฉ๐ข๐ง๐ ๐š๐ญ ๐ ๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š

Tahniah kepada semua atlet, jurulatih dan pegawai kontinjen atas pencapaian yang membanggakan ini.

Perjuangan masih diteruskan. Marilah kita bersama-sama memberikan sokongan dan semangat kepada seluruh Kontinjen Kelantan yang sedang berjuang membawa cabaran negeri di bumi Selangor.

Teruskan berjuang, Team Kelantan

#๐“๐ž๐š๐ฆ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐š๐ง
#๐’๐”๐Š๐Œ๐€๐’๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐จ๐ซ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
#๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ ๐š๐š๐ง๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐š๐ง

Address

Tumpat

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097481957

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kerajaan Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kerajaan Negeri Kelantan:

Shortcuts

Share