Pejabat Pertanian Jajahan Tumpat

Pejabat Pertanian Jajahan Tumpat Khidmat Nasihat Pertanian

20/05/2026

AUDIT MS ISO 9001:2015

Pelaksanaan Audit Kualiti MS ISO 9001:2015 Negeri Kelantan telah diadakan pada 13/5/2026 melibatkan beberapa Jajahan dan Jajahan Tumpat antara yang terlibat.

Antara perkara yang terlibat dalam sesi audit hari ini ialah:
- Fail-fail di pejabat
- Stor
- Sekitar Pejabat
- E-Laporan Sistem Geotanaman

Audit yang dijalankan memberi fokus kepada aspek pematuhan prosedur kerja, keberkesanan sistem pengurusan, tadbir urus organisasi serta pelaksanaan sistem E-pelaporan Geotanaman.

Pelaksanaan audit ini juga menjadi platform penting dalam memperkukuhkan budaya kerja berkualiti warga kerja Jabatan serta memastikan penyampaian perkhidmatan pengembangan Negeri Kelantan sentiasa berada pada tahap terbaik.

Jabatan Pertanian Kelantan
Jabatan Pertanian Malaysia
Norbahani Zakaria
Murniwati Mohd

13/05/2026

Tahukah anda kelebihan menggunakan baja organik bukan sahaja membantu tanaman tumbuh subur, malah memberi manfaat kepada petani dan alam sekitar?
Baja organik dihasilkan melalui proses fermentasi semula jadi menggunakan bahan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan sisa tanaman bersama gula merah.
Selain itu, ia juga boleh dibuat daripada bahan alternatif seperti tulang, kulit telur dan cuka asli, menjadikannya pilihan yang mudah disediakan menggunakan sumber tempatan.
Penggunaan baja organik menawarkan pelbagai kegunaan kerana sesuai untuk semua jenis tanaman dan selamat digunakan dalam sistem pertanian yang mesra alam.
Dari sudut ekonomi, penggunaan baja organim dapat menjimatkan kos operasi harian dengan memanfaatkan bahan yang tersedia di sekitar ladang sekali gus meningkatkan keuntungan.
Pada masa yang sama, baja organik membantu memulihkan kesuburan tanah dengan meningkatkan struktur tanah serta menyokong aktiviti mikroorganisma yang penting untuk kesihatan tanah.
Penggunaan baja organik juga menyumbang kepada penghasilan tanaman yang lebih selamat dimakan kerana mengurangkan kebergantungan kepada bahan kimia sintetik.
Amalan ini menyokong kelestarian alam sekitar dan keselamatan makanan untuk jangka panjang.
Rujuk infografik untuk memahami ciri-ciri dan manfaat utama penggunaan baja organik.

04/05/2026

Kursus Pengurusan Tanaman Anggur.

Pengurusan tanaman anggur yang efektif di Malaysia melibatkan pemilihan varieti sesuai, penyiraman teratur, dan pemangkasan drastik untuk berbuah lebat. Aspek utama termasuk penggunaan tanah, pembajaan konsisten, dan perlindungan daripada hujan berlebihan.

Pemilihan varieti yang tahan cuaca panas dan lembap. Gunakan media tanam yang sesuai, seperti campuran tanah, kompos, Organik, dan cocopeat. Anggur juga memerlukan penyiraman rutin, terutama di musim kemarau, tetapi elakkan tanah terlalu basah untuk mencegah akar busuk. Gunakan sistem titisan untuk hasil terbaik.

Pemangkasan (Pruning) Ini adalah kunci pengurusan anggur. Cantas dahan yang tidak produktif dan bentuk pokok (panjat/trelis) untuk memastikan pengudaraan yang baik dan merangsang pertumbuhan tunas buah.

Gunakan baja yang seimbang untuk pertumbuhan vegetatif dan baja tinggi kalium/fosforus untuk merangsang pembungaan dan pembuahan.

Pengurusan Perosak & Penyakit: Pantau serangan kulat dan serangga dengan menggunakan racun organik atau kimia secara berhemah. Perlindungan daripada hujan lebat penting untuk mengelakkan penyakit. Pengurusan yang betul memastikan anggur dapat tumbuh sihat dan menghasilkan buah yang berkualiti, walaupun ditanam di persekitaran tropika atau di Malaysia.

Penceramah : WAN YUSOFF BIN ABDUL RAHMAN Usahawan Tani (tanaman Anggur) Jajahan Tumpat.
Tarikh : 29 April 2026

Norbahani Zakaria
Murniwati Mohd
Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Kelantan


Send a message to learn more

28/04/2026

𝙆𝑼𝙍𝑺𝙐𝑺 𝑷𝙀𝑹𝘾𝑼𝙈𝑨 !!!
Hebahan Kursus percuma untuk petani di Jajahan Tumpat pada 7 Mei 2026

Tajuk : Kursus Tanaman Padi

Daftar kursus yang berminat,Klik link dibawah.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSclaSgnBu5X2oVd6GNmw7JLKtLTaTaS7X76gBxzPuPVtdCZHg/viewform?usp=header

𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗻𝗶 𝗱𝗶 𝗝𝗮𝗷𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗺𝗽𝗮𝘁 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮, 𝗽𝗲𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝘆𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗶 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁.
Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Kelantan
Norbahani Zakaria
Murniwati Mohd

21/04/2026

Insentif Pengeluaran Tanaman Makanan: Galakan Tingkatkan Hasil Tempatan
Dalam situasi semasa yang dipengaruhi oleh krisis tenaga global serta peningkatan kos pengeluaran, usaha memperkukuh pengeluaran makanan tempatan menjadi semakin penting.
Sehubungan itu, insentif pengeluaran tanaman makanan sebanyak RM200 bagi setiap tan metrik diperkenalkan sebagai galakan kepada pengusaha untuk meningkatkan hasil tanaman dan menyokong keterjaminan makanan negara.
Melalui insentif ini, jumlah bantuan akan dikira berdasarkan hasil pengeluaran semasa dengan had maksimum sebanyak RM1,000 bagi setiap penerima.
Permohonan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berdaftar dalam sistem GeoTanaman, serta memiliki sijil myGAP atau myOrganic yang masih sah khusus bagi tanaman makanan.
Selain itu, pemohon juga perlu mempunyai akaun Agrobank yang aktif, kerana pembayaran bantuan akan dibuat melalui kaedah pindahan elektronik (EFT).
Bagi melengkapkan permohonan, beberapa dokumen perlu disediakan, termasuk salinan kad pengenalan atau dokumen pendaftaran syarikat (SSM), salinan sijil pensijilan myGAP atau myOrganic yang masih aktif serta rekod hasil pengeluaran seperti ringkasan pengeluaran, rekod jualan dan invois yang disahkan melalui borang berkaitan.
Maklumat akaun Agrobank yang aktif juga perlu dikemukakan bagi tujuan penyaluran dana.
Proses permohonan bermula dengan penghantaran borang lengkap ke Pejabat Pertanian Daerah berhampiran.
Permohonan seterusnya akan dinilai dan disahkan sebelum dimajukan ke Jabatan Pertanian Negeri untuk kelulusan.
Setelah diluluskan oleh Ketua Pengarah Pertanian, bayaran insentif akan dikreditkan terus ke akaun pemohon melalui akaun Agrobank.
Inisiatif ini bukan sahaja membantu mengurangkan beban kos pengeluaran, malah menggalakkan pengeluaran makanan tempatan secara lebih mampan.
Dalam menghadapi cabaran krisis tenaga global, peningkatan pengeluaran domestik merupakan langkah strategik bagi memastikan bekalan makanan negara terus mencukupi dan stabil.

Borang permohonan : https://t.me/mydoa_hq/2491



Sumber : Jabatan Pertanian Malaysia

15/04/2026

Lawatan pemantauan tanaman jagung.

Bertujuan memastikan pertumbuhan tanaman optimum, dan pengurusan perosak dan memastikan produk tanaman bermutu tinggi serta selamat untuk dimakan. Pemantauan ini penting untuk mencapai sasaran hasil yang tinggi dan pendapatan usahawan tani yang konsisten.

Perkara Penting Semasa Lawatan Pemantauan:
1. Kesihatan Tanaman: Memeriksa tanda-tanda penyakit , serangan perosak, atau kekurangan nutrien.
2. Pengurusan Inisiatif: Memastikan projek berjalan mengikut garis panduan dan jadual tanaman yang ditetapkan.
3. Progres Pertumbuhan: Menilai tahap pertumbuhan tanaman mengikut fasa (semaian, vegetatif, berbuah).
4. Lawatan ini biasanya dilakukan oleh pegawai APT untuk memberikan bimbingan teknikal kepada petani.

Lawatan dilakukan pada 5 April 2026

Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Kelantan
Norbahani Zakaria
Murniwati Mohd



06/04/2026

Lawatan pengembangan telah dijalankan oleh Encik Mohd Khairi bin Mohamed, APT Wakaf Bharu di kebun Ismail bin Awang di Kg.Pulau Raja.

Beliau mengusahakan tanaman sayuran seperti Jagung Manis seluas 0.5ha. dan telah mula tuai Hasil pada 1/4/2026

Lawatan ini bertujuan untuk melihat perkembangan tanaman serta memberi khidmat nasihat berkaitan amalan agronomi, pengurusan tanaman dan kawalan perosak bagi memastikan pengeluaran hasil yang lebih berkualiti dan berterusan.

Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Kelantan
Norbahani Zakaria
Murniwati Mohd

Send a message to learn more

31/03/2026

Address

Pejabat Pertanian Jajahan Tumpat
Tumpat
16200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 15:30
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6097257343

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pertanian Jajahan Tumpat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pertanian Jajahan Tumpat:

Share