KRT Geting

KRT Geting Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KRT Geting, Social service, Kawasan Rukun Tetangga Geting, Tumpat.

Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan kepada Engku Zaid  Pengerusi KRT Geting  atas penganjuran program "Makan Santai...
23/05/2025

Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan kepada Engku Zaid Pengerusi KRT Geting atas penganjuran program "Makan Santai Ukhuwah". Juga penghargaan buat semua AJK yang sudi luangkan masa dan tenaga – walau sibuk, tetap hadir dengan senyuman!

Naik basikal ke pasar pagi,
Singgah sekejap beli roti.
Sahabat sejati susah dicari,
Yang datang ni memang berkualiti!

Kawan ketawa ramai yang datang,
Kawan berduka itulah sayang.
Hari ni kita makan berdendang,
Esok lusa jangan hilang!

Moga ukhuwah yang terjalin terus mekar, dan program sebegini jadi medan eratkan lagi persahabatan yang penuh makna.

Majlis sambutan hari raya aidil fitri bersama komuniti Madani kg 7 bersama KRT Geting
19/04/2025

Majlis sambutan hari raya aidil fitri bersama komuniti Madani kg 7 bersama KRT Geting

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pengerusi KRTGeting Engku Zaid atas penganj...
19/04/2025

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pengerusi KRTGeting Engku Zaid atas penganjuran Program Jamuan Hari Raya Aidilfitri KRT Geting bersama , , dan .

Program ini bukan sahaja berlangsung dengan meriah, malah sarat dengan semangat perpaduan dan kekeluargaan. Terima kasih juga diucapkan kepada semua hadirin yang turut hadir memeriahkan majlis – kehadiran anda semua amat kami hargai dan benar-benar menceriakan suasana!

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Nadia Haneem binti Zaminuddin, Penolong Pengarah Cawangan Gerak Saraf dan Pengurusan Isu (GSPI) yang mewakili Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. En. Mohd Zulkarny bin Salleh, Pegawai Perpaduan Daerah Pasir Mas/Tumpat yang mewakili Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Kelantan.

Tahniah dan syabas kepada semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga semangat sebegini terus mekar dalam komuniti kita!




Alhamdulillah, tahniah atas kejayaan mesyuarat Bil.1/2025 yang dipengerusikan oleh Pengerusi KRT Geting Engku Zaid . Sem...
19/01/2025

Alhamdulillah, tahniah atas kejayaan mesyuarat Bil.1/2025 yang dipengerusikan oleh Pengerusi KRT Geting Engku Zaid . Semoga pelbagai program yang dirancang untuk tahun 2025 dapat dilaksanakan dengan lancar dan memberi manfaat besar kepada komuniti.Ucapan terima kasih kepada AJK-AJK KRT Geting atas kehadiran dan komitmen mereka dalam mesyuarat amatlah dihargai. Semoga semangat kerjasama ini terus terjalin untuk memastikan kejayaan program-program yang dirancang bagi tahun 2025. Teruskan usaha murni ini!
Kementerian Perpaduan Negara

Pengerusi KRT Geting Engku Zaid berserta Ajk2 telah menghadiri "Majlis Sanjungan Budi Setulus Kasih" sebagai tanda Pengh...
04/01/2025

Pengerusi KRT Geting Engku Zaid berserta Ajk2 telah menghadiri "Majlis Sanjungan Budi Setulus Kasih" sebagai tanda Penghargaan dan Terima Kasih buat Tuan Pengarah JPNIN Kelantan atas segala jasa dan kenangan indah yang tercipta sepanjang kita bersama. Kepimpinan Tuan telah memberi inspirasi kepada kami, dan segala ilmu yang dicurahkan akan kami hargai sepanjang hayat. Terima kasih atas segalanya, dan semoga terus sukses di masa depan."

Terbaik KRT Geting semoga terus maju kehadapan
06/12/2024

Terbaik KRT Geting semoga terus maju kehadapan

Alhamdulillah kerja-kerja pengagihan  sumbangan mangsa yang terkesan banjir oleh Pengerusi KRT Geting Engku Zaid  bersam...
05/12/2024

Alhamdulillah kerja-kerja pengagihan sumbangan mangsa yang terkesan banjir oleh Pengerusi KRT Geting Engku Zaid bersama AJK KRT Geting telah selesai dilakukan di KG Geting dan sekitarnya

Jutaan penghargaan kepada atas sumbangan. Moga Allah menerima amal ini.
💪🏻💪🏻💪🏻




Alhamdulillah...Ybrs Dr. Muhammad Razak Bin Idris Setiausaha Politik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama ...
16/11/2024

Alhamdulillah...Ybrs Dr. Muhammad Razak Bin Idris Setiausaha Politik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama sudi hadir di Majlis Jamuan Akhir Tahun KRT Geting bersama-sama AJK-AJK..

10/10/2024

Selamat Datang Ke Page KRT Geting. Dipersilakan like dan share untuk memeriahkan lagi page ini.

Address

Kawasan Rukun Tetangga Geting
Tumpat

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Geting posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category