Balai Polis Tumpat

Directions Website

Balai Polis Tumpat Facebok Rasmi Balai Polis Tumpat

18/10/2026

๐“๐€๐๐†๐Š๐€๐๐€๐ ๐Š๐„๐’ ๐Š๐‡๐ˆ๐€๐๐€๐“ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐„๐๐‚๐„๐Œ๐€๐‘๐Š๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐‰๐ˆ๐ƒ ๐€๐‹-๐€๐™๐ˆ๐™ ๐€๐‹-๐‡๐€๐ƒ๐ˆ, ๐“๐”๐Œ๐๐€๐“

Polis telah menahan seorang lelaki berusia 38 tahun bagi membantu siasatan kes khianat dan mencemarkan Masjid Al-Aziz Al-Hadi, Kota SPP Warisan, Tumpat. Siasatan lanjut sedang dijalankan.

#๐ˆ๐๐ƒ๐“๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ #๐๐ƒ๐‘๐Œ #๐๐จ๐ฅ๐ข๐ฌ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐š๐ง #๐“๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ #๐Š๐ก๐ข๐š๐ง๐š๐ญ #๐‡๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ๐ข๐‘๐ฎ๐ฆ๐š๐ก๐ˆ๐›๐š๐๐š๐ญ

29/09/2026

ALLAHU AKBAR. MERAFAK SEMBAH DAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH.

Ketua Polis Kelantan, YDH CP Dato' Haji Mohd Yusoff bin Mamat bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kelantan, YBHG Datin Hajah Hasnizan binti Hasan serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia Kontinjen Kelantan merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darulnaim serta segala jajahan takluknya, sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke-57, Tahun 2026.

Islam dijunjung, rakyat bersatu, negeri berkat, Raja berdaulat.

Semoga Allah SWT melindungi Tuanku dunia dan akhirat serta dikurniakan kesejahteraan, kesihatan dan keberkatan yang berpanjangan.

Daulat Tuanku!






12/09/2026

COMMUNITY POLICING - PROGRAM PENGIMARAHAN MASJID SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN PERASMIAN DEWAN SERBAGUNA MASJID AL AZIZ AL HADI MUKIM KOTA WARISAN TUMPAT

Tumpat - Pada 11/09/2026 (Jumaat) jam 1300hrs, Ketua Polis Balai Tumpat, Insp Dr. Zulkifli bin Mohamad bersama anggota telah hadir ke Masjid Al Aziz Al Hadi, Mukim Kota Warisan Tumpat bagi memenuhi undangan sempena program majlis sambutan Maulidur Rasul dan perasmian dewan serbaguna Masjid tersebut yang baru siap dibina.

Kehadiran KPB Tumpat bersama anggota dari Balai Polis Tumpat telah disambut oleh AJK masjid. Turut hadir dalam program ini, Al Fadil Ustaz Rosmadi bin Ramli, Pegawai Agama Jajahan Tumpat.

Seusai solat Jumaat, majlis diserikan dengan bacaan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW bersama parah jemaah sebagai tanda kecintaan dan penghormatan kepada Rasulullah SAW.

Di samping itu, turut diadakan majlis perasmian dewan serbaguna Masjid Al Aziz Al Hadi yang baru siap dibina. Dewan ini disediakan oleh pihak Masjid untuk kegunaan masyarakat, khususnya untuk urusan dan majlis akad nikah pada masa akan datang.

Kehadiran Ketua Polis Balai Tumpat dalam program tersebut mencerminkan komitmen PDRM dalam memperkukuhkan hubungan silaturahim bersama masyarakat serta menyokong program keagamaan dan kemasyarakatan di kawasan pentadbiran Balai Polis Tumpat.

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA ๐Ÿค



06/09/2026

๐ŸŒซ๏ธ JEREBU โ€“ ANCAMAN UNTUK SEMUA ๐ŸŒซ๏ธ

Udara bersih adalah hak kita bersama. Menjaga kualiti udara p**a merupakan tanggungjawab kita bersama.

Fenomena jerebu bukan sekadar mengurangkan jarak penglihatan atau menyebabkan langit kelihatan berkabus. Kualiti udara yang merosot akibat peningkatan zarah pencemar boleh memberi kesan kepada kesihatan, khususnya kepada kanak-kanak, warga emas, ibu mengandung serta individu yang mempunyai masalah pernafasan dan penyakit kronik.

Dalam keadaan jerebu, marilah kita mengambil langkah berjaga-jaga dan mengutamakan keselamatan diri serta keluarga.

๐Ÿ›ก๏ธ LANGKAH-LANGKAH PERLINDUNGAN

โœ… Pakai pelitup muka yang sesuai seperti N95/KN95 sekiranya perlu berada di luar ketika keadaan jerebu teruk.

โœ… Hadkan aktiviti luar dan elakkan aktiviti fizikal berat di kawasan yang mempunyai bacaan IPU tinggi.

โœ… Banyakkan minum air kosong bagi memastikan tubuh kekal terhidrat.

โœ… Lindungi golongan berisiko, terutama kanak-kanak, warga emas, ibu mengandung dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

โœ… Elakkan kawasan yang mengalami jerebu teruk dan sentiasa peka terhadap perkembangan kualiti udara semasa.

โœ… Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala seperti sesak nafas, batuk berpanjangan, sakit dada, iritasi mata atau kesukaran bernafas.

๐Ÿšซ BERSAMA CEGAH JEREBU

Jerebu juga mengingatkan kita tentang pentingnya menjaga alam sekitar.

โŒ Jangan melakukan pembakaran terbuka atau membakar sampah.

โŒ Elakkan sebarang aktiviti yang menghasilkan asap dan pencemaran udara.

โŒ Jangan membuka atau membakar kawasan tanah serta hutan secara sewenang-wenangnya.

๐ŸŒฑ Peliharalah alam sekitar kerana udara yang kita hirup hari ini adalah amanah untuk generasi akan datang.

Pada masa yang sama, orang ramai disarankan untuk sentiasa menyemak bacaan Indeks Kualiti Udara (IPU) semasa dan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan keadaan setempat.

Jangan tunggu sehingga kesihatan terjejas untuk mula mengambil langkah pencegahan.

Marilah kita bersama-sama memainkan peranan โ€” lindungi diri, lindungi keluarga, lindungi masyarakat dan pelihara alam sekitar.

๐Ÿคฒ Semoga kita semua sentiasa dikurniakan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan.

โ€œKESEJAHTERAAN UMMAH, TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA.โ€











06/09/2026

KUNJUNGAN KETUA POLIS BALAI TUMPAT KE MAJLIS PEMBUKAAN RESTORAN MARRYBROWN

TUMPAT, 5 September 2026 โ€“ Ketua Polis Balai Tumpat, Insp Dr. Zulkifli bin Mohamad, telah menghadiri dan melawat majlis pembukaan restoran Marrybrown yang terletak di kawasan Bandar Bentara Tumpat pada pagi semalam.

Kunjungan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha menjalinkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan kerjasama antara pihak Polis dengan komuniti dan pengusaha perniagaan setempat.

Semoga pembukaan restoran Marrybrown ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat serta merancakkan lagi aktiviti ekonomi di kawasan Tumpat.

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA.



03/09/2026

COMMUNITY POLICING - PROGRAM PENGIMARAHAN MASJID DI MASJID AT TOHIR MUKIM BERANGAN

Tumpat - Pada 02/09/2026 (Rabu) jam 1300hrs, Ketua Polis Balai Tumpat, Insp Dr. Zulkifli bin Mohamad bersama anggota hadir ke Masjid At Tohir Mukim Berangan untuk menunaikan solat Zohor secara berjemaah bersama penduduk setempat.

Kehadiran KPB Tumpat bersama anggota dari Balai Polis Tumpat telah disambut oleh Imam Masjid At Tohir, Tuan Haji Mohd Pauzi Jusoh dan AJK masjid serta mengucapkan terima kasih kerana memberi ruang untuk program ini.

Seusai solat, KPB Tumpat telah memberikan perkongsian ringkas kepada para jemaah mengenai situasi jenayah semasa termasuk berkenaan jenayah narkotik dan juga jenayah komersil yang semakin membimbangkan.

Di samping itu, para jemaah dinasihatkan supaya memantau anak-anak agar mematuhi undang-undang semasa memandu kenderaan di jalan raya dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti jenayah dan penyalahgunaan dadah.




SALAM MAULIDUL RASUL ๏ทบInsp Dr. Zulkifli bin Mohamad, Ketua Polis Balai Tumpat bersama seluruh warga Balai Polis Tumpat m...
25/08/2026

SALAM MAULIDUL RASUL ๏ทบ

Insp Dr. Zulkifli bin Mohamad, Ketua Polis Balai Tumpat bersama seluruh warga Balai Polis Tumpat mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H/2026M kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama menghayati sirah, akhlak dan sunnah junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai panduan kita dalam kehidupan harian serta memperkukuh kecintaan kita kepada Rasulullah SAW.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

โ€œMadani Dihayati, Ummah Diberkatiโ€





16/08/2026

Address

Balai Polis Tumpat
Tumpat
16200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Tumpat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category