Ayuh Tumpat

Ayuh Tumpat Padu Tumpat adalah sebuah Badan Bebas bertujuan menjejaki dan membantu golongan dan asnaf dan memerlu

Halaman ini turut berkongsi berkaitan isu-isu semasa membabitkan Palestin dan sebagai plafform untuk media rasmi aktiviti Palestin

Amalan Menyembuhkan Sakit*Selain dari aktiviti senaman, pemakanan dan herba, ada ke kaedah lain untuk sihat? Ada, namun ...
24/02/2024

Amalan Menyembuhkan Sakit*

Selain dari aktiviti senaman, pemakanan dan herba, ada ke kaedah lain untuk sihat?

Ada, namun ia adalah lebih kepada psikologi dan ikhtiar, yang mana dengan Izin Allah sembuh dari penyakit, dipanjangkan umur dan terhindar dari penyakit.

jom baca 👇👇👇:

1. Berbaik Sangka @ Niat Yang Baik
- Berbaik sangka ini amalan ke? ya ia adalah amalan, dan mendapat ganjaran pahala, dalam konteks psikologi, orang yang sentiasa berbaik sangka, jiwanya akan tenang, jiwa yang tenang dapat mengelakkan risiko darah tinggi, sakit jantung dan stress.

2. Mengeratkan Silaturrahim
- Dalam hidup kita semua, pasti ada peristiwa yang menjadikan terputusnya hubungan, sama keluarga, jiran atau kawan. Agak sukar untuk kita semua lepas dari konflik ini, sebab itulah ia merupakan perjuangan yang besar.
- Nabi bersabda: Barang siapa ingin dipanjangkan umurnya, dilapangkan rezekinya dan dihindarkan daripada kematian yang buruk maka hendaknya dia bertakwa kepada Allah dan menyambung silaturahim (tali persaudaraan). - [HR Ahmad 1150]

3. Berkasih Sayang Sesama Insan
- Islam bukan hanya agama dan ibadat, ianya aturan hidup, maka wajiblah setiap aturan hidup mengikut etika islam, dan hubungan sesama makhluk Allah merupakan darjat ibadat yang paling tinggi.
- ketenangan dan kebahagiaan adalah kunci hidup yang sihat, bukan sekadar sihat badan tapi sihat rohani dan akal.

4. Berpuasa
- Amalan berpuasa adalah bertujuan untuk melatih badan, agar mengurangkan pengambilan makan, badan kita akan terikut gaya hidup kita, bila kita ajar makan banyak, maka perut akan sentiasa lapar, bila kita latih agar sentiasa lapar, maka perut akan mudah kenyang
- perut adalah punca penyakit, itulah kata hikmah orang dulu, kurangkan pengambilan kalori dan banyakkan pembakaran kalori, dengan pelbagai aktiviti.

5. Bersedekah, Istighfar, Membaca Al-Quran dan banyakkan iktikaf di Masjid
- Ada satu kisah, pernah viral suatu ketika dahulu, seorang hamba ini mengidap barah, doktor kata ada enam bulan untuk hidup, maka dia habiskan sisa hidupnya dengan membaca Al-Quran, hingga dia berjaya hafaz 30 juzu', bila dia buat pemeriksaan kesihatan sekali lagi, doktor sahkan barahnya sudah sembuh.
- Ada juga kisah hamba Allah yang nazak, bertemu seorang guru, bertanya bagaimana mahu sembuh, guru itu mengajarnya untuk banyakkan istighfar dan sedekah, maka dia terus amalkan, maka penyakit sembuh hingga tiada kesan lagi.
- Ada juga kisah seorang tabligh yang mengidap kencing manis kronik, dia banyakkan iktikaf, keluar dakwah, asbab itu Allah sembuhkan penyakit dia.

Apa pun, Allah SWT telah tetapkan dunia ini ada fitrahnya, perlu usaha dan ikhtiar, usaha untuk mencegah, merawat dan ikhtiar.

semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

kredit : fb Ahmad Nadzimuddin

Panggilan kepada kawasan sekitar terbak dan parlimen Tumpat 🗣️Bawak maklumat diri dan keluarga dan daftar PADU sekarang ...
22/01/2024

Panggilan kepada kawasan sekitar terbak dan parlimen Tumpat 🗣️

Bawak maklumat diri dan keluarga dan daftar PADU sekarang untuk kesejahteraan bersama.

HAPPY NEW YEAR SEMOGA TAHUN BARU INI SEMUA KAWAN-KAWAN LEBIH BERKAT LAGI DAN JUGA SEMOGA DIJAUHI DARI SEGALA KEJAHATAN .
01/01/2024

HAPPY NEW YEAR
SEMOGA TAHUN BARU INI SEMUA KAWAN-KAWAN LEBIH BERKAT LAGI DAN JUGA SEMOGA DIJAUHI DARI SEGALA KEJAHATAN .

SELAMAT TAHUN BAHARU ❤️ Buat Semua Rakan - Rakan Tersayang Semoga kenangan tahun lalu jadi ingatan manis buat kita semua...
31/12/2023

SELAMAT TAHUN BAHARU ❤️ Buat Semua Rakan - Rakan Tersayang

Semoga kenangan tahun lalu jadi ingatan manis buat kita semua dan tahun ini jadi lembaran yang lebih baik. Welcome 2024 ! BERSEMANGAT ** BEKERJA KUAT ** BERGANDING BAHU **

14/12/2023

KIRA JADI DEH

30/11/2023

Tidak kena mengena dengan mana² kerajaan pun ini semua khas untuk Non Muslim dan dalam kawasan Non Muslim.
Cukup-cukuplah mengeruhkan suasana.

KEMPEN DERMA PAKAIAN 👕Kami mengalu alukan sesiapa yang mempunyai pakaian terpakai yang masih elok  untuk didermakan kepa...
24/11/2023

KEMPEN DERMA PAKAIAN 👕

Kami mengalu alukan sesiapa yang mempunyai pakaian terpakai yang masih elok untuk didermakan kepada mereka yang memerlukan di Musim Tengkujuh / Banjir kali ini.

Semoga kebaikan semua dibalas dengan kebaikan yang berlipat ganda ❤️

Hubungi kami https://www.wasap.my/+60164699599
https://www.wasap.my/+60142979846

01/10/2023
TERPAKSA BERHEMAT DEMI ANAK - ANAK 😔Kehilangan pekerjaan akibat jangkitan kuman menyebabkan Encik Nazim Bin Nasir terpak...
01/10/2023

TERPAKSA BERHEMAT DEMI ANAK - ANAK 😔

Kehilangan pekerjaan akibat jangkitan kuman menyebabkan Encik Nazim Bin Nasir terpaksa bergantung kepada bantuan JKM sebanyak RM500 sahaja untuk menampung keperluan 6 orang ahli keluarganya termasuk KEPERLUAN SEKOLAH ANAK ANAKNYA. Lebih menyayat hati beliau dan ahli keluarga juga terpaksa berhemat lagi untuk membayar sewa rumah mereka menggunakan wang itu semata - mata.

❤️❤️❤️ x 🙏🙏🙏 x ❤️❤️❤️
Sehubungan itu, kami di pihak AYUH PERPADUAN TUMPAT DAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN NEGERI KELANTAN turun melawat dan memberi sedikit sumbangan kepada beliau. Namun besar harapan kami agar ada pihak yang sudi bersama sama meringankan beban mereka sekurang kurangnya sehingga beliau dapat bekerja semula.

Sebarang sumbangan bolej disalurkan ke AKAUN AGRO : PERTUBUHAN KEBAJIKAN NEGERI KELANTAN [ 100 6571 000013449 ] @ Boleh juga hubungi pihak kami untuk memberikan sumbangan direct kepada mereka.

Kredit : Chantip, Ummi, Azahar, Su Rat Dan Vaksan

Address

Lot 115 Kampung Terbak
Tumpat
16200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ayuh Tumpat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ayuh Tumpat:

Share