Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat - Rasmi

Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat - Rasmi Untuk Info Kesihatan dan Program Jabatan

PROGRAM JELAJAH KASIH KRESPA DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PULAU BELURU, TUMPAT, KELANTANAktiviti:-Pejabat Kesihatan Tu...
29/08/2026

PROGRAM JELAJAH KASIH KRESPA DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PULAU BELURU, TUMPAT, KELANTAN

Aktiviti:
-Pejabat Kesihatan Tumpat diwakili oleh Dr Nabilla Balqis Bt Azahar, Pegawai Perubatan dan Kesihatan Y/M Klinik Kesihatan Teluk Renjuna
-Ceramah pemakanan sihat oleh Puan Siti Farhanah Hanim Binti Adzhar, Pegawai Sains Pemakanan Klinik Kesihatan Bandar Tumpat
-Pameran pemakanan sihat oleh Puan Wan Hasmah Bt Wan Hassan, Pegawai Sains Pemakanan Klinik Kesihatan Wakaf Bharu

Semoga adik-adik berjaya menjalani kehidupan yang sihat setiap hari.


🦠 CERAMAH PENDIDIKAN KESIHATAN: INFLUENZA DI MRSM TUMPATPejabat Kesihatan Daerah Tumpat telah mengadakan Ceramah Pendidi...
24/08/2026

🦠 CERAMAH PENDIDIKAN KESIHATAN: INFLUENZA DI MRSM TUMPAT

Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat telah mengadakan Ceramah Pendidikan Kesihatan berkaitan Influenza kepada warga MRSM Tumpat sebagai usaha meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai penyakit influenza serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diamalkan.

🎯 Antara perkara yang dikongsikan termasuk:
• Mengenali tanda dan gejala influenza
• Cara penularan virus influenza
• Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan
• Kepentingan menjaga kebersihan diri dan persekitaran
• Amalan etika batuk dan bersin
• Kepentingan mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala

💙 Pendidikan kesihatan di peringkat sekolah amat penting bagi membentuk warga sekolah yang lebih peka, bertanggungjawab dan bersedia dalam mencegah penularan penyakit berjangkit.

Cegah Influenza, Lindungi Diri dan Komuniti! 🫶








TAHNIAH DAN SYABAS!Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Syarifah Nadwah Md Yunus, dari Pejabat Kesihatan Daerah...
24/08/2026

TAHNIAH DAN SYABAS!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Syarifah Nadwah Md Yunus, dari Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat, atas kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih Tempat Ketiga dalam kategori Oral Presentation sempena International Scientific Conference on Entomology & Pest (ISCEP) 2026.

Beliau telah membentangkan hasil kajian bertajuk:

“Strengthening Border Health Security Through Integrated Vector Surveillance: Evidence from Pengkalan Kubor International Point of Entry, Malaysia (2023–2025)”

Kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada warga Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat, malah turut membuktikan bahawa anggota kesihatan di peringkat daerah mampu menghasilkan dan membentangkan hasil kerja serta penyelidikan yang berkualiti di persada ilmiah.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pemangkin kepada seluruh warga PKD Tumpat untuk terus memperkukuhkan budaya inovasi, penyelidikan dan perkongsian ilmu demi meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.

Sekali lagi, tahniah dan syabas diucapkan kepada Puan Syarifah Nadwah serta seluruh pasukan yang terlibat. Teruskan kecemerlangan!

PEJABAT KESIHATAN DAERAH TUMPAT
“Bersama Membina Kesihatan, Bersama Mencipta Kecemerlangan”

19/08/2026

ADA BERITA GEMBIRA UNTUK WARGA TUMPAT! 🎉

Sempena Bulan Kesihatan Kanak-kanak Negeri Kelantan 2026, Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat dengan kerjasama Pasaraya Pantai Timor Tumpat akan mengadakan Program Saringan Kesihatan Kanak-Kanak secara PERCUMA selama sebulan!

Sambil-sambil membeli-belah barang dapur, anda boleh terus bawa si manja untuk pemeriksaan kesihatan. Sangat mudah, cepat dan mesra keluarga!

📍 BUTIRAN PROGRAM:

📍 Tempat: Pasaraya Pantai Timor Tumpat
📅 Tarikh: 15 Ogos 2026 – 15 September 2026 (Setiap Hari Rabu hingga Sabtu)
⏰ Masa:
Rabu – Jumaat: 2.00 Petang – 6.00 Petang
Sabtu: 9.00 Pagi – 6.00 Petang

🏥 AKTIVITI & PERKHIDMATAN DENGAN PERCUMA:

1. Saringan Pengukuran Antropometri (Pemantauan berat & tinggi)
2. Saringan Kesihatan Mata
3. Pemeriksaan Kesihatan Gigi
4. Kaunseling Kesihatan

"Anak Sihat, Negara Hebat!" 💪❤️

Jangan lepaskan peluang emas ini demi kesihatan dan tumbesaran si manja anda. Jumpa anda di sana!

Jangan lupa SHARE hantaran ini kepada komuniti, rakan-rakan, dan ahli keluarga yang lain!

📣 PROGRAM SARINGAN KESIHATAN KANAK-KANAK DI PANTAI TIMOR, TUMPAT! 👧🏻👦🏻💚Ibu ayah di sekitar Tumpat, jom bawa anak-anak un...
15/08/2026

📣 PROGRAM SARINGAN KESIHATAN KANAK-KANAK DI PANTAI TIMOR, TUMPAT! 👧🏻👦🏻💚

Ibu ayah di sekitar Tumpat, jom bawa anak-anak untuk mendapatkan saringan kesihatan secara percuma! 🥰

Antara saringan dan perkhidmatan yang disediakan:
⚖️ Saringan berat & tinggi untuk menilai tumbesaran anak
👀 Saringan mata
🦷 Pemeriksaan gigi
👩🏻‍⚕️ Kaunseling dan nasihat kesihatan daripada doktor
🥗 Kaunseling pemakanan daripada Pegawai Sains Pemakanan

📍 Lokasi: Pasaraya Pantai Timor Tumpat

Tak sempat datang hari ini? Tak apa! 😊
Program ini berlangsung selama SEBULAN (15/8/2026-15/9/2026) jadi ibu bapa masih mempunyai masa untuk membawa anak-anak mendapatkan saringan.

👉 Sila rujuk maklumat program pada gambar terakhir untuk tarikh, masa dan lokasi program.

💚 Ibu bapa yang hadir ke program saringan ini juga dijemput untuk bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari Kesihatan Kanak-Kanak Negeri Kelantan yang dijangka akan diadakan pada 19 September 2026, bersama Program Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) anjuran Cawangan Promosi Kesihatan (CPK) Negeri Kelantan.

Jangan lepaskan peluang untuk memastikan anak sihat, membesar dengan baik dan mendapat pemeriksaan kesihatan yang diperlukan. 🌱👶🏻

Kesihatan Anak, Tanggungjawab Kita Bersama! 💚

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan atas kesud...
13/08/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan atas kesudian meluangkan masa untuk menziarahi keluarga Allahyarham En. Aman bin Adam, kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat yang telah kembali ke rahmatullah.

Kunjungan serta keprihatinan YBrs. Pengarah amat kami hargai dan pastinya menjadi tanda ingatan serta sokongan moral kepada keluarga Allahyarham dalam menghadapi saat yang penuh kesedihan ini.

Semoga segala kebaikan dan keprihatinan YBrs. Pengarah mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham En. Aman bin Adam, mengampuni segala dosa-dosanya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan atas kesudian mel...
13/08/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan atas kesudian meluangkan masa menziarah serta bertanya khabar warga kerja Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat.
Kehadiran dan keprihatinan YBrs. Pengarah amat kami hargai serta menjadi suntikan semangat kepada seluruh warga kerja PKD Tumpat untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Terima kasih YBrs. Pengarah atas keprihatinan, sokongan dan ingatan yang diberikan kepada kami. Semoga hubungan dan kerjasama yang terjalin terus kukuh demi kecemerlangan perkhidmatan kesihatan di negeri Kelantan.

🏆 TAHNIAH & SYABAS! 🏆Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada 49 orang kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat ...
11/08/2026

🏆 TAHNIAH & SYABAS! 🏆

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada 49 orang kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025. 🌟

Pengiktirafan ini merupakan tanda penghargaan atas komitmen, dedikasi, integriti dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab demi memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja untuk terus memberikan perkhidmatan dengan penuh profesionalisme dan semangat, serta menjadi pemangkin untuk terus mencapai kecemerlangan pada masa akan datang. 💪🏻✨

Tahniah kepada semua penerima APC 2025!
Teruskan kecemerlangan dan jadikan pencapaian ini sebagai motivasi untuk melangkah lebih jauh. 👏🏻👏🏻







🥗*PROGRAM PERTANDINGAN MIMO MASTERCHEF 2026 PEJABAT KESIHATAN DAERAH TUMPAT*🍹​Alhamdulillah, Program Pertandingan MIMO M...
10/08/2026

🥗*PROGRAM PERTANDINGAN MIMO MASTERCHEF 2026 PEJABAT KESIHATAN DAERAH TUMPAT*🍹

​Alhamdulillah, Program Pertandingan MIMO Masterchef 2026 Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Ogos 2026 bertempat di Dewan Sayang, Generasiku Sayang. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Generasiku Sayang selaku tuan rumah yang telah menyediakan fasiliti dewan terbaik bagi membolehkan program ini dilaksanakan dalam suasana yang meriah, penuh semangat kerjasama berpasukan, serta sarat dengan mesej pembudayaan amalan pemakanan sihat.

​Program ini merupakan anjuran Unit Multidisciplinary Integrated Management Of Obesity (MIMO) Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat dengan kerjasama Klinik Kesihatan Bandar Tumpat, di samping komitmen padu seramai 11 orang barisan AJK pelaksana yang bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Program ini tidak lengkap tanpa kehadiran ​seramai 24 orang peserta MIMO yang terdiri daripada peserta perintis serta peserta baharu dari pelbagai klinik kesihatan di seluruh PKD Tumpat yang semangat menjayakan program ini. Semua peserta telah dibahagikan kepada 4 buah kumpulan untuk bertanding secara sihat , sedap dan kreatif.

​Acara dimulakan seawal jam 8.00 pagi dengan aktiviti senamrobik bagi menyemarakkan lagi semangat gaya hidup aktif.

​Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Dr. Tuan Zailina binti Tuan Ngah, Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Bandar Tumpat merangkap Penasihat MIMO KKB Tumpat.
Majlis seterusnya disempurnakan dengan ucapan perasmian dan gimik perasmian oleh Dr. Hasneezah binti Hassan, Pegawai Kesihatan Daerah Tumpat merangkap Penaung MIMO PKD Tumpat diiringi oleh Dr Mohd Khairul Hanan bin Mohd Wajiah,
Pegawai Perubatan Sarjana Kesihatan Awam (mewakili Dr Mohamad Hafiz Bin Harun, Penasihat MIMO PKD Tumpat).

Bagi memastikan kelancaran pertandingan, Penyelaras Program MIMO PKD Tumpat,
Dr. Nur 'Aini Sofia binti Rosman telah menyampaikan taklimat pertandingan sambil meniupkan semangat dan mengalu-alukan kehadiran terutamanya peserta MIMO baharu.

​Kemuncak program menyaksikan kesungguhan dan kreativiti 4 kumpulan bertanding dalam menyediakan hidangan sihat & sedap yang merangkumi 'appetizers, main dishes& drinks'.
Sesi penilaian juri yang teliti telah dikendalikan oleh:
🔹 Dr. Tuan Zailina binti Tuan Ngah (Pakar Perubatan Keluarga KKB Tumpat)
​🔹 Dr Mohd Khairul Hanan bin Mohd Wajiah
(Pegawai Perubatan Sarjana Kesihatan Awam)
🔹 Pn. Siti Farhanah Hanim binti Adzhar
(Pegawai Sains Pemakanan KKB Tumpat)
🔹 Cik Athirah Sorfina Binti Sa'ari
(Pegawai Dietetik Mystep)

​Majlis turut diselitkan dengan penyampaian anugerah khas iaitu Goal Achiever Award dan Best Active Award yang disempurnakan oleh Dr Mohd Khairul Hanan bin Mohd Wajiah, disusuli penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan MIMO Masterchef 2026 oleh
Dr. Tuan Zailina binti Tuan Ngah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh jawatankuasa pelaksana, panel juri, serta kesemua peserta MIMO yang telah memberikan komitmen luar biasa dalam menjayakan program ini.
​Semoga usaha ini terus menjadi pemangkin kepada amalan pemakanan dan gaya hidup yang sihat terutamanya dalam kalangan warga kerja PKD Tumpat.








Address

Jalan Kelaboran
Tumpat
16200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category