24/01/2017
KUALA LUMPUR: Empat pengurusan kanan FELDA termasuk seorang bergelar Datuk, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), dipercayai menyalahgunakan kedudukan bagi projek penternakan ikan Sturgeon bernilai RM47.6 juta sejak 2014. Mereka ditahan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang antara jam 11.30 pagi hingga 1.30 tengah hari tadi, menerusi Operasi Caviar dilancarkan SPRM. Sumber berkata, mereka disyaki terbabit dalam penyelewengan projek Pemindahan Teknologi Penternakan Ikan Sturgeon bernilai kira-kira RM47.6 juta (AS$10 juta) sejak tahun 2014.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/23913
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) mengucapkan syabas dan tahniah atas tindakan SPRM menahan 4 orang pegawai kanan Felda yang terlibat dengan Projek Ternakan Ikan Sturgeon yang gagal dan disyaki mempunyai unsur salah guna kuasa dan penyelewengan.
Pada 23 Nov 2016, saya bersama 8 orang yang lain telah membuat Laporan Polis di Balai Polis Central JB, ekoran Laporan Jabatan Audit Negara mengenai projek2 Felda yang dibentangkan di Parlimen. Saya telah diambil keterangan lebih sejam oleh pihak polis.
Saya bersama Dato' Ezam Mohd Nor, Sdr Wan Shahrir Abd Jalil dan pimpinan ANAK kemudiannya membuat susulan di SPRM Putrajaya pada 29 dis lalu, mendesak SPRM menyegerakan siasatan dan mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
Pada 3 jan 2017 lalu, saya telah menerima pemakluman resmi dari SPRM, mengenai status siasatan.
Di samping mengalu alukan tindakan SPRM, ANAK turut menggesa agar siasatan mesti menyeluruh kepada pemimpin lebih kanan termasuk mereka yang terlibat dalam memutuskan projek, yang membawa kepada lesapnya wang Felda dan peneroka pada keseluruhannya.
ANAK akan terus memberi kerjasama kepada SPRM, POLIS dan mana mana pihak demi mempastikan intergriti dan kepentingan rakyat di pertahankan.
MENERAJUI PERUBAHAN
Mazlan Aliman
24 Jan 2017