sumbangan.com

sumbangan.com Pusat pengurusan sumbangan kebajikan secara automatik, mudah, telus dan sistematik. korban.sumbangan.com Sumber Saham Akhirat Anda
(3)

Di luar sana, mungkin bagi sesetengah daripada kita, menikmati hidangan daging adalah perkara biasa. Namun, tahukah kita...
10/05/2026

Di luar sana, mungkin bagi sesetengah daripada kita, menikmati hidangan daging adalah perkara biasa.

Namun, tahukah kita… masih ramai lagi anak-anak yatim, penghafal al-Quran, dan saudara-saudara kita dari golongan asnaf yang hanya mampu melihat, berharap dan berdoa agar suatu hari nanti mereka dapat merasai kelazatan daging korban.

Melalui program Sedekah Daging Korban, kami menjemput anda semua untuk menjadi sebahagian daripada kebahagiaan mereka.

Nabi Muhammad ﷺ mengajar kita bahawa sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.

Apa sahaja yang anda berikan, insyaAllah akan menjadi sedekah yang berterusan. Ia mungkin juga... menjadi sebab keberkatan dalam hidup anda dan keluarga anda.

Semoga Allah membalas setiap titisan kebaikan yang anda berikan dengan rahmat yang melimpah ruah, nikmat yang berlipat ganda, dan nikmat yang tidak terhingga.

10/05/2026

Kisah silam anak-anak Al-Barakh sangat menyedihkan. Di sebalik wajah mereka, tersimpan sejarah hidup yang perit dan terlalu berat untuk ditanggung oleh kanak-kanak seusia mereka.

Realitinya di Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al-Barakh inilah, hampir 50 anak yatim dan asnaf berusia 3 hingga 16 tahun bergantung sepenuhnya di sini untuk teruskan hidup.

Namun, setiap bulan, keperluan asas mereka semakin terhad kerana dana yang ada terlalu sedikit.

Dengan sumbangan anda hari ini:
✅ Seorang penghuni dapat makan, pakaian & tempat tinggal selamat
✅ Pendidikan dan kelas tuisyen untuk 50 anak dapat diteruskan.
✅ Kos rawatan bila sakit, terjaga
✅ Asrama, bil utiliti & van sekolah dapat ditampung

👉 Semua ini hanya bergantung pada anda, para dermawan.
🕌 Sabda Rasulullah SAW: “Aku dan penjaga anak yatim di syurga begini,” sambil Baginda merapatkan dua jarinya. (Riwayat Muslim)

Mereka perlukan sumbangan anda HARI INI ☝🏻
Dan mereka hanya ada kita untuk menghulurkan bantuan.

Berminat untuk bantu kempen ini? Layari sumbangan.com untuk menyumbang.

Semoga sumbangan anda membantu mereka yang memerlukan di sini.

Rasulullah ﷺ bukan sekadar menyampaikan dakwah. Rasulullah ﷺ adalah sebaik-baik manusia. Dan antara tempat paling jelas ...
09/05/2026

Rasulullah ﷺ bukan sekadar menyampaikan dakwah.

Rasulullah ﷺ adalah sebaik-baik manusia. Dan antara tempat paling jelas kasih sayang baginda adalah dalam keluarga.

Baginda membantu kerja rumah, bergurau dengan isteri, melayani anak-anak dengan penuh kelembutan, dan tidak pernah kedekut menunjukkan kasih sayang kepada ahli keluarganya.

Walaupun baginda seorang pemimpin umat, Rasulullah ﷺ tetap meletakkan keluarga dengan penuh ihsan dan perhatian.

Hari ini ramai yang sibuk mencari bahagia di luar, tapi lupa bahawa rumah juga perlukan cinta, kelembutan dan akhlak yang baik.

Kalau kita benar-benar mencintai Rasulullah ﷺ, mulakan dengan menghargai keluarga sendiri. Kerana keluarga yang dipenuhi kasih sayang akan melahirkan hati yang tenang dan jiwa yang kuat 🤍

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ 🤍

Jom bantu mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah, yang telah menjejaskan ribuan penduduk dan memusnahkan b...
08/05/2026

Jom bantu mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah, yang telah menjejaskan ribuan penduduk dan memusnahkan banyak kediaman.

Pada awal pagi 19 April 2026, satu kebakaran besar telah melanda perkampungan rumah atas air di Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah.

Dalam keadaan ini, mangsa memerlukan bantuan segera seperti makanan siap makan, air minuman, pakaian, kit kebersihan diri, lampin bayi, susu, selimut, tikar, keperluan wanita, ubat-ubatan asas dan sokongan tunai untuk membeli keperluan mendesak.

Melalui Rayuan Kecemasan Sandakan, HUMAM Relief akan menyalurkan bantuan kecemasan bagi membantu mangsa kebakaran mendapatkan keperluan asas seperti makanan dan sokongan segera.

Dengan bantuan kita, mereka tidak perlu menghadapi musibah ini bersendirian. Bersama kita ringankan beban mangsa kebakaran Sandakan.

Kadang kita dah usaha sehabis baik, tapi hati tetap risau tentang pengakhiran setiap urusan.Sebab tu pentingnya kita ber...
07/05/2026

Kadang kita dah usaha sehabis baik, tapi hati tetap risau tentang pengakhiran setiap urusan.

Sebab tu pentingnya kita bergantung penuh kepada Allah SWT. Minta agar setiap langkah dipermudahkan, setiap kesulitan diberi jalan keluar, dan setiap urusan diakhiri dengan kebaikan.

Kerana bukan semua permulaan yang indah akan berakhir indah, melainkan dengan izin Allah.

Semoga apa yang sedang kita tunggu, usahakan, dan doakan hari ini berakhir dengan khabar yang menenangkan hati.

Zaman sekarang dosa boleh tersebar dengan satu klik, tetapi begitu juga dengan pahala.Bila kita share posting dakwah... ...
05/05/2026

Zaman sekarang dosa boleh tersebar dengan satu klik, tetapi begitu juga dengan pahala.

Bila kita share posting dakwah... kita kena tanamkan niat bahwa dengan sharing kita ni, kita bakal membantu lebih ramai orang dan membantu untuk mana-mana individu kembali melakukan kebaikan.

Jadi, jangan takut untuk share kebaikan di social media.

Tapi ingat! ⚠️
Pastikan check dahulu kesahihan ilmu dan perkongsian itu sebelum share tau!☝️

05/05/2026

Seorang wanita yang dipandang penuh dosa oleh manusia, rupa-rupanya diampunkan oleh Allah hanya kerana satu kebaikan kecil yang ikhlas.

Dia memberi minum seekor anjing yang kehausan, lalu Allah mengampunkan dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga.

Kadang-kadang amalan yang nampak kecil di mata manusia, sangat besar di sisi Allah SWT.

Tonton sampai habis. Kisah ini mungkin ubah cara kita melihat rahmat Allah.

Pernah tak rasa penat sangat sampai tak tahu nak cerita dekat siapa?Luaran nampak okay, masih mampu senyum, masih mampu ...
03/05/2026

Pernah tak rasa penat sangat sampai tak tahu nak cerita dekat siapa?

Luaran nampak okay, masih mampu senyum, masih mampu gelak dengan orang sekeliling. Tapi dalam hati, hanya Allah yang tahu betapa serabutnya fikiran, beratnya beban, dan letihnya jiwa nak hadap semua benda seorang diri.

Kadang kita terlalu sibuk jadi kuat untuk semua orang, sampai lupa hati sendiri pun perlukan rehat.

Kalau hari ini hati anda sedang penat, semoga Allah permudahkan segala urusan, tenangkan segala kekusutan, dan gantikan setiap kesedihan dengan kebahagiaan yang tak disangka.

Baca doa ni. Semoga doa ini memberi ketenangan yang diperlukan. Aamin.

03/05/2026

Hakikatnya, sudah ramai warga emas di Pusat Jagaan Warga Emas Al-Ikhlas sudah memilih untuk tinggal kekal di sini.

Kos operasi setiap bulan mencecah RM30,000 termasuk sewa rumah, bil utiliti, makanan harian, gaji penjaga, ubat-ubatan dan pampers.

Inilah perkara asas yang perlu dijaga setiap bulan untuk mereka terus bertahan.

Tanpa sokongan anda, semua keperluan asas ini boleh terhenti bila-bila masa.

Kerana anda, warga emas di rumah ini akan terus mendapat:
✅ Tempat tinggal yang selamat untuk berteduh
✅ Barang basah & kering yang mencukupi setiap bulan
✅ Makanan berkhasiat dimasak oleh penjaga demi kesihatan mereka
✅ Ubat-ubatan & pampers yang diperlukan setiap hari
✅ Bayaran bil utiliti supaya hidup mereka lebih selesa

Mereka tidak minta lebih. Mereka cuma mahu hidup mereka cukup terjaga, tanpa dihimpit kesusahan.

JOM rebut peluang pahala jariah untuk diri & keluarga anda.

Layari sumbangan.com untuk membantu kempen ini. Terima Kasih Orang Baik!

Mungkin sumbangan ini kecil di mata kita, tapi ia adalah 'gunung' harapan bagi mereka yang memerlukan. Mari kita pastika...
02/05/2026

Mungkin sumbangan ini kecil di mata kita, tapi ia adalah 'gunung' harapan bagi mereka yang memerlukan. Mari kita pastikan tiada lagi anak-anak asnaf yang tidur dalam kelaparan di kawasan kita.

Bagi kita, RM50 mungkin hanya harga sekali makan di kafe atau kos mengisi minyak kenderaan. Namun, bagi seorang bapa asnaf, RM50 itulah yang menentukan sama ada anak-anaknya dapat makan nasi malam ini.

Kami tidak sanggup lagi melihat air mata ini terus mengalir. Melalui program Bakul Prihatin Asnaf, kami menyasarkan untuk menyantuni keluarga yang telah dikenal pasti berada dalam keadaan sangat memerlukan.

Setiap Bakul Prihatin ini bukan sekadar kotak, tetapi ia adalah simbol kasih sayang daripada anda. Ia mengandungi:

1. Beras 5kg / 10kg

2. Minyak Masak & Gula

3. Tepung Gandum & Susu Pekat

4. Protein (Sardin/Telur)

5. Keperluan Asas Lain (Kopi/Teh/Biskut)

Berminat untuk bantu kempen ini? Scan QR tertera untuk menyumbang di sumbangan.com

Address

70X, Jalan Keramat Hujung, Jalan Bukit Keramat, Kampung Datuk Keramat
Ulu Kelang
54000

Opening Hours

Monday 09:00 - 06:00
Tuesday 09:00 - 06:00
Wednesday 09:00 - 06:00
Thursday 09:00 - 06:00
Friday 09:00 - 06:00

Telephone

+60194475555

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when sumbangan.com posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to sumbangan.com:

Share