PERHEBAT Johor

PERHEBAT Johor Mengurus & Melaksana Latihan Peralihan kepada Bakal Pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta kursus* kepada Veteran ATM

08/06/2026

🎓 JSkills Open Day 2026

Lepasan sekolah dan individu yang berminat untuk mengikuti program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dijemput menghadiri Sijil Kemahiran Malaysia Open Day 2026.

Terokai pelbagai program kemahiran, peluang pembiayaan latihan, laluan kerjaya, serta prospek pekerjaan dalam industri yang semakin berkembang.

📅 13 Jun 2026 (Sabtu)
🕘 9.00 pagi – 3.00 petang
📍 Johor Skills Development Centre (JSkills)

Mulakan langkah pertama ke arah kerjaya yang lebih cerah melalui pendidikan dan latihan TVET.

Jom ke JSkills dan bina masa depan anda dengan kemahiran!

06/06/2026
06/06/2026

Sebanyak 3,208 kekosongan jawatan dalam sektor pengangkutan telah dikenal pasti sebagai langkah awal kerjasama strategik antara Kementerian Pengangkutan (MOT), dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi membuka lebih banyak peluang kerjaya kepada bakal pesara serta veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kekosongan jawatan itu meliputi subsektor pelabuhan, logistik, rel, pengangkutan awam, pengangkutan darat dan rantaian bekalan, sekali gus menyediakan laluan kerjaya kedua yang lebih tersusun dan mampan kepada anggota ATM selepas menamatkan perkhidmatan.




02/06/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Azhan bin Haji Md Othman, Panglima Tentera Darat, atas kurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Tahun 2026.

Kurniaan ini merupakan satu pengiktirafan tertinggi terhadap jasa, kepimpinan dan sumbangan beliau dalam memperkukuh keupayaan Tentera Darat Malaysia serta mempertahankan kedaulatan, keamanan dan keselamatan negara.

02/06/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM, Panglima Tentera Udara, atas kurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Tahun 2026.

Semoga kurniaan yang amat bermakna ini menjadi inspirasi untuk terus memacu kecemerlangan, memperkukuh keupayaan pertahanan udara negara serta menyumbang kepada keamanan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia.

02/06/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera, atas kurniaan Darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran Tan Sri sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Tahun 2026.

Kurniaan ini mencerminkan penghargaan tertinggi negara terhadap kecemerlangan kepimpinan, dedikasi serta sumbangan besar beliau dalam memperkukuh keupayaan Angkatan Tentera Malaysia, memelihara kedaulatan negara serta memastikan kesiapsiagaan angkatan sentiasa berada pada tahap tertinggi dalam mendepani cabaran keselamatan semasa dan masa hadapan.

26/05/2026
26/05/2026

TAWARAN PELUANG KERJAYA KEDUA BERSAMA MARA DI BAWAH INISIATIF VETERAN MYWIRA

MARA dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), TalentCorp, Mara Corporation, Glocal Link (M) Sdn Bhd dan ATM membuka peluang kerjaya kedua khusus untuk veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai Warden Luar MRSM . Gaji bermula daripada RM2100 dan lantikan secara kontrak.

Rujuk lokasi bertugas, syarat kelayakan dan cara memohon pada pautan yang disediakan.

Tarikh tutup permohonan : 31 Mei 2026
Pautan: https://forms.gle/EFW9sGX1543pyTNX6
Pertanyaan : [email protected] atau www.wassap.my/60196635179 (En Najib)

Sekiranya anda layak, anda akan dipanggil untuk sesi temuduga yang akan diadakan di Inkubator Teknologi Makanan MARA, Kepong.

✨ Mohon sekarang dan rebut peluang membina kerjaya baharu bersama MARA!

25/05/2026

Address

Markas Pasukan Simpanan TLDM Pangkalan TLDM Johor Bahru Jalan Permas 18 Bandar Baru Permas Jaya
Ulu Tiram
81750

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 16:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PERHEBAT Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PERHEBAT Johor:

Shortcuts

Share